Labels
Wednesday, 30 July 2025
Detective Conan Tag episode
Thursday, 24 July 2025
Door to Door Sinopsis serta Pandangan. (Salesman movie)
Sinopsis:
Diinsipirasikan daripada kisah benar.
Mengisahkan seorang yang ada sakit tulang belakang, dan terlihat jalan terhenjut2 serta bongkok serta kelihatan tidak sihat di mata orang dan menjadi salesman, dari pintu ke pintu hingga akhirnya dia menjadi top salesman dalam company tersebut.
Ibunya merupakan seorang yang selalu menyemangatinya.
Ibunya selalu menyuruh dia untuk sentiasa sabar dan konsisten dalam pekerjaan.
Dia berkali kali dirijek ketika meminta pekerjaan, tetapi dia meminta pekerjaan itu berkali-kali sehingga recruiter menyerah dan memberikan dia kerja tersebut. Tidak salah penulis, kerja ini tiada basic dan berdasarkan komisyen semata-mata.
Jadi recruiter tidak rugi apa2 jika dia tak dapat sales. Dia memujuk bahawa recruiter itu akan menjadi hero jika memberikan dia pekerjaan. Akhirnya dia mendapat juga pekerjaan tersebut.
Waktu tengahri ibunya selalu membekalkan dia dengan makanan.
*gmbr division door to door yg sudah ditutup company. maknanya department tu dah xwujud. hanya telesales. Bill antara yg terkesan dan kehilangan pekerjaan.
Kisah inspirasi Bill di dalam akhbar tetapi Bill tak peduli sgt pasal tulisan tu sbb skrg ni dia tgh takde keje!
Berikut link untuk cerita penuh di youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=bEq6QMuQ5f8
Thursday, 17 April 2025
Website to get direct supplier from China
Other website than AliBaba because they are the middle men.
Below are suppliers from China that made available online
1. Luggages , lady bags => bau66.com
Furniture => fobgoods.com
Shoes => xiebutou.com
Bags => bau178.com
Electrical component => hqew.com
Toys => ctoy.com.cn
Accessories => shipin.b2b.biz , gooddiy.com
2. Women Shoes => kaishan.com , sjq.cn
3. Kids clothing => shengyi.com
4. Commodities goods
=> chinagoods.com
=> made-in-china.com (heavy machinary)
=> pinduoduo.com (Chinese version of Temu)
=> globalsource.com (specialize in sporting goods and fashion accessories)
=>pc.pandadsc.com (wholesaler with low minimum quantity)
=> vipmro.com
=> qipieren.com
=> rangbuy.com
src:jojoexperttrade, lizchinasourcing
Direct place to go to get the materials
1. Cami tops => Guangzhou, Guangdong Province
2. Hair dryer => Cixi, Zhejiang Province
3. Crystal => Donghai Town, Jiangsu Province
4. Home Textile => Nantong, Jiangsu Province
5. Ambulance => Suizhou, Hubei Province
6. Functional Sugar => Yucheng, Shandong Province
7. Hyaluronic Acid => Jinan, Shandong Province
8. Eco friendly paper cups => Dongguan, Guangdong Province
9. Largest Jewelry Trading Center in China at Shuibei, Shenzhen city
src: Rangbuy_jenny
OEM/ODM Manufacturers in China for World-Renowned Brands
Sport shoes => www.yueyuen.com
Apparel & Fabric => www.shenzhouintl.com
Skincare => www.hknbc.cn
Cosmetic => www.gd-beihau.com
Electrical Appliances => en.donlim.com
Eyewear => www.handoptical.com
Bags and luggages => www.suissewin.com.cn
Hunting Cams => www.unioncam.net
Animatronics & Props => www.yjtoyscn.com
Outdoor Floor => www.fsjiabang.com
src:wendy_china_shipping
All other list up to 200 from bebop.anda
Upcoming events in China 2025
1. Yiwu International Commodiities Fair
2. Canton Fair
3. East China Fair
Tuesday, 8 October 2024
Puisi: Daging
Aku seketul daging.
Diberi nyawa aku bergerak.
Diberi lidah aku bicara.
Diberi nafsu aku mahu.
Dengan pancaindera aku mengguna.
Aku tertarik pada yang cantik.
Keinginan ramai lalu menjadi inginku.
Sungguh hati mudah pesona.
Pada segala yang nampak dunia.
Di bucu katil aku memikir.
Memikir alam serta kejadian.
Diriku ini apakah pengakhiran
Apakah terseksa atau bahagia
Terkadang rasa tiada guna,
Hari berlalu menambah dosa,
Segala ciptaan tiada yang sia-sia,
hatta debu ada gunanya.
Thursday, 8 August 2024
Bagaimana menjadi orang yang baik?
Sebenarnya jawapan dia susah untuk dilakukan.
Tetapi jalan akan menjadi agak mudah bila dah ada niat ke arah itu.
InsyaAllah Allah akan mudahkan kita untuk ke arah itu jika kita mahu.
Serta jangan lupa untuk sentiasa berdoa hati condong ke arah kebaikan.
Secara fitrah tidak dapat dinafikan yang perkara kurang baik, hiburan, maksiat, makanan segera dan sewaktu dengannya terlihat lebih menarik dan terasa ingin lebih melakukannya berbanding perkara baik yang kelihatan bosan, jumud serta ketinggalan. Namun diri harus kuat untuk melawan segala rasa yang terbit kerana ingin saya katakan di sini bahawa untuk menjadi orang yang baik memerlukan kekuatan dan keberanian.
Kenapa kuat?
Ya kena kuat mental dan jika kuat fizikal sekali tentu lebih baik. Kuat mental bukan sahaja kerana untuk tahan caci maki orang luar namun harus tahan dengan kata2 dari dalam diri yang kerap menyatakan perbuatan baik ini tiada balasan dan hanya sia2. Walhal setiap perbuatan kita di dunia ini ditulis oleh malaikat serta dilihat tuhan As Syakur.
Kenapa kena berani?
Kalau dalam lingkungan yang baik2, memang orang masjid, memang selalu join usrah agak mudah untuk berbuat baik dan tidak menghairankan. tetapi sedikit berbeza dengan orang biasa yang nak berbuat baik. kerana itu keberanian untuk menjelaskan, keberanian untuk mencegah dan lain2 amat diperlukan.
Tuesday, 6 August 2024
Seni dalam perhubungan
Sedikit latar belakang saya yang menulis, tidak biasa bercinta dan tidak berkahwin lagi. Tiada kawan rapat dan hidup keseorangan. Hasil tulisan daripada bacaan, movie serta pemerhatian saya, jadi nasihat pendapat dan komen daripada yg berpengalaman amat dialu-alukan.
Seni dalam perhubungan yang kekal panjang serta bahagia.
1. Mintak maaf.
Memang mudah nak minta maaf bila buat salah, tetapi sampai ada satu tahap pasangan atau diri orang itu rasa terlalu banyak buat salah dan kesalahan itu sendiri adalah diri dia membuatkan dia tidak dapat mintak maaf. Contoh suka pakai baju lusuh. Di mata orang dia sedang berbuat kesalahan dengan memalukan imej keluarga, menunjukkan sangat kemiskinan atau terlihat tidak padan berjalan sekali dengan gaya selekeh padahal dia memang suka pakai vintage macam tu.
Kesimpulannya : jika kesalahan atau perkara yg dianggap salah dalam komuniti/keluarga itu, tetaplah meminta maaf dan cuba berikan penjelasan supaya mereka faham akhirnya. Jika mereka tidak faham atau pasangan tak faham kenapa masih buat kesalahn itu spt pakai baju sama selama seminggu, teruskan mintak maaf. Di mata mereka , kita sedar yg kita sedang buat kesalahan dan mengakuinya.
2. Menerima maaf.
Saat kita meminta maaf, kita mahu dimaafkan. Begitu juga apabila pasangan, adik beradik atau keluarga membuat kesalahan kecil atau yang sangat dalam contohnya menghina di hadapan orang ramai sehingga rasa tak boleh tngok muka dia lagi kerana akan teringat kejadian jelik yg paling pahit itu. Tetaplah memberi maaf.
Memberi maaf bukan kerana kita melupakan kejadian itu tetapi kita menerima keadaan/situasi itu telah berlaku dan mengambil pengajaran daripadanya.
Kesalahan paling kecil hinggalah yang paling besar, kita cuba maafkan dan terima..itulah rahsia perhubungan untuk terus bahagia,,,
Memang benar ianya sangat pahit untuk perbuatan yg dilakukan orang itu, tetapi kita harus sedar bahawa hidup ini harus berani melepaskan apa/perkara yg bukan tertakdir menjadi milik kita dan belajar untuk menerima dengan kekuatan hidup tanpanya.
3. Belajar untuk berkomunikasi
A) Kadang mereka cuba sampaikan perkara yang baik untuk kita, tetapi di telinga kita dengar seperti dikritik, dibenci, dihina atau sewaktu dengannya yang membuatkan emosi kita tercalar sekaligus menimbulkan kebencian kepada sosok tersebut.
Daripada kita mengatakan ayat seperti, "awak ni melampau!" sebaiknya kita menyatakan dengan ayat berbunyi, "SAYA RASA awak ni melampau bila awak letak sabun baju 10 genggam". Dalam ayat itu, kita menyatakan perasaan yang kita rasakan apabila mereka melakukan sesuatu hal berbanding ayat pertama yang berbunyi tuduhan menyakitkan.
Pendengar ayat pertama akan respon macam mana? selalunya membawa kepada pergaduhan/perbincangan yg mungkin berlarutan. sedang ayat kedua lebih kepada menggali punca kepada permasalahan itu sendiri dan jawapan pendengar akan cuba menyelesaikan permasalahan itu sendiri.
B) Selalulah berterima kasih untuk segala apa yang dilakukan oleh pihak lain dari yang sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara supaya mereka merasakan setiap usaha mereka dilihat dan dihargai.
C) Sekiranya ada perkara yang dilakukan boleh membuat kecil hati, terasa diremehkan di hadapan rakan2 mereka, sebaiknya komunikasi dengan baik supaya kefahaman diantara dua pihak dapat dicapai. Kebanyakan kes penceraian berlaku disebabkan mereka memendam rasa itu sehingga lama-lama membarah dalam diri kemudian bila tidak tertahan lagi, segalanya mungkin terlambat sehingga pasangan tidak tahu menahu langsung bahawa dirinya sedang dalam kesilapan atau kebencian dalam diam.
Kesimpulannya: Sentiasa belajar dan terus belajar berkomunikasi secara efektif.
4 Mengajar untuk komunikasi.
Jika pasangan hanya diam, merajuk dan tak mahu cakap. Bagaimana harus atasi permasalah ini sedang sangat sayang kepada perhubungan ini. Langkah pertama adalah ajarkan dengan cara yang sangat berhemah dan sopan tentang respon yang baik. Tanamkan dalam kepala sentiasa akan ada dua kemungkinan iaitu diterima atau ditolak. Tidak kisah apakah hasilnya yang penting usaha kita.
5. Berani bertindak untuk membaiki
Pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk membaiki hubungan yang retak seperti lazimnya yang dilakukan orang-orang adalah berpura-pura tidak tahu, minta diajarkan, beralah dahulu, bertolak ansur dan lain-lain tindakan yang mampu dilakukan untuk menyelamatkan hubungan.
6. Sentiasa cuba untuk memandang positif
cubalah sentiasa memandang pasangan dengan mata hormat sama seperti mula2 kita kenal/jatuh cinta dengan dia. Cuba untuk menutupi aibnya, menyokong di setiap masa susahnya dan selalulah merasa apa sahaja yang kita lakukan sebenarnya tidak cukup dalam hubungan.
Teringat kata-kata Khadijah isteri Nabi, dia menangis bukan kerana harta dia habis tetapi sebab tiada apa lagi yang boleh diguna untuk membantu perjuangan Nabi.
Akhir kata hubungan untuk kekal lama harus ada kesinambungan usaha dari kedua belah pihak dan harus sentiasa belajar untuk memahami supaya tidak berlaku seperti drama Familiar Wife .
Kenapa dia tetap pergi juga? selalunya sebab apa yang dia cari tidak jumpa pada waktu itu dan di tempat itu..................
Manusia hati mereka mudah berubah-ubah. Seseorang pernah menyatakan bahwa usah percaya pada kata-kata manusia kerana mereka pun kadang tertipu dengan fahaman dan kehendak mereka, tetapi perhatikanlah betul2 PERLAKUAN mereka kerana itu jarang menipu dan jelas menunjukkan kesukaan/kebencian dalam hati mereka....
Semakin cepat sedar, semakin mudah hubungan untuk diselamatkan, dan cara tercepat untuk sedar adalah melalui komunikasi yang EFEKTIF.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=rgQvqi6aYD8
Friday, 2 August 2024
One piece tag for episode
Episode 120 something tell about Arabasta and miss Vivi
Episode 133 = Recipe for Sanji curry.
148 = kisah Liar Norland (Dongeng north blue) waktu Luffy crew mencari jalan ke Sky island
149= jalan untuk ke Sky Island
158 map perjalanan negara di Skyplea
187 kisah norlan sebenar. wise man speech atas sacrificial altar
193 golden bell berbunyi
206 escape stronghold marine base
220 semua krew hilang ingatan
236 pergaduhan serius pertama. Usop left the gang
248 sejarah keretapi air mula dibina di water 7 island
264 pulau tergantung atas air
274 menyelamatkan Robin yg xmahu diselamatkan di pulau judirikal govt.
313 atuk luffy muncul
323 Usop minta maaf dan rejoin the crew
337 Skeleton join the crew
399 Pertemuan 3 kapten Pirates dan kata2 mereka.
462 Permulaan pertempuran antara Whitebeard dgn Navy HQ untuk menyelamatkan Ace.
Wednesday, 31 July 2024
Kisah seram pendek : Jaga jaga belakang pintu
Abu dan Ali baru sahaja berpindah ke kota raya dan berjaya mendapatkan rumah sewa yang murah di pinggir bandar. Mereka berasal daripada kawasan kampung yang sama.
Setibanya mereka di rumah itu dan mendapatkan kunci daripada tuan rumah melalui bawah pasu, mereka pun melihat isi rumah itu. Kosong, suram dan tiada apa. 'Memang patutlah, murah,' gumam Abu.
Malam itu, mereka tidur beralaskan kain pelikat serta beg baju sebagai bantal. Memandangkan tiada kipas atas dan bawah, jadi mereka membuka semua tingkap untuk angin masuk.
Tiba-tiba Abu terjaga dan terdengar bunyi sret sret di luar seolah-olah bunyi kuku panjang mencakar dinding. Abu menjengah ke luar tingkap untuk melihat binatang apa tetapi tiada apa yang dapat dilihat.
Dilihat seperti semak samun di tepi rumah bergerak-gerak. 'Mungkin binatang tu dah lari ke situ,' fikir Abu. Abu yang terjaga tidak dapat melelapkan mata, terasa rumah ini masih panas. Dia lalu masuk ke tandas untuk mandi. Dari dalam tandas, dia mendengar bunyi seseorang berjalan di luar serta memasak. "Ali kalau masak, masak lebih sekali, aku pun lapar jugak" laung Abu dari dalam tandas yang menyangka Ali memasak di dapur. Kemudian dia teringat, mereka mana ada kuali, water heater atau apa jua peralatan, dia lalu menjenguk kepala ke luar.
Ternyata dapur gelap tiada orang yang memasak. 'Aku berkhayal ke,' detik Abu.
Dia menggeleng-geleng kepala dan meneruskan mandian. Dia memang mahu berlama-lama di situ. Seketika kemudian terdengar bunyi atap bumbung tempat Abu mandi dihentak-hentak seolah ada orang di atas bumbung yang melompat-lompat. Abu merasa sangat tidak selesa. Dia lalu menjerit, ''Sapa tu, hah, hidup jangan melampau!,"
Kemudian bunyi itu berhenti dan Abu segera menyelesaikan mandian. Ketika dia mahu mengambil tuala terlihat ada sepasang mata merah sedang melihatnya dengan tajam dari celahan lubang bilik mandi. Terkejut Abu.'Sapa pulak mengintai aku tengah malam buta nih'.
Abu bergegas keluar dan melihat daripada tingkap yang memang sedia ternganga di dapur dan tiada orang di luar. 'Efesien btul kerja.'
Abu kemudian memakai baju dan melihat Ali yang lena tidur di biliknya di bawah bungkusan selimut nipis.
---------------------------------------
Ali tidur dengan lena di hadapan tingkap biliknya. Angin berhembus sekali sekala. Pintu biliknya memang terbuka luas untuk pengudaraan. Sekejap dia beralih ke kanan dan sesekali dia beralih ke kiri ternampak ada kelibat rambut panjang melihat dari tingkap. Tersenyum.
Ali menggeliat dan menguap beberapa kali. Dia melihat jam dinding menunjukkan jam 5. 'Apa salahnya siap awal untuk kerja hari ini,'. Dia kemudian mandi dan bersiap untuk berjoging sekitar kawasan kampung yang baru sahaja mereka pindah. Angin bertiup dan pintu rumah terbuka luas gara-gara Ali tidak menutup dengan rapat.
Terasa agak pelik kerana kebanyakan jalan tiada lampu dan bergelap. Kebanyakan rumah juga gelap tidak memasang lampu di dalam atau di luar rumah. Ali malas mengendahkan hal itu dan menganggap mereka semua mahu berjimat. Dengan menggunakan headlamp, dia berjoging sambil mencari surau di kawasan sekitar. Terdengar bunyi sesuatu di semak samun dan Ali segera menyuluh. Khuatir juga akan kedatangan binantang buas. Namun tiada apa. Dia lalu berjalan santai ingin menikmati udara pagi. Dari belakang ada mata yang sedang memerhati.
-------------------------------------------------------
Abu terjaga dan melihat ke luar seperti hari hendak terang.Dia segera ingin ke tandas untuk menunaikan hajat dan membersihkan diri sebelum menyembah tuhan. Namun tidak disangka air tiada. Ada tandas buruk di luar, dia pun pergi ke situ dan mendapati ada air mengalir dari paip di tandas lama di luar rumah.
Dia mengambil tuala di dalam rumah dan membiarkan pintu dapur ternganga. Sebelum dia ke tandas, dia pergi ke bilik Ali untuk mengejutkan dia dan juga untuk memberitahu supaya jangan kunci pintu dapur untuk dia masuk nanti. Tubuh kaku di bawah selimut itu dikejut berkali-kali supaya bangun namun hampa kerana seolah-olah tidur mati. 'Mungkin penat sangat kot, takpelah lepas mandi kejut lagi.'
Ketika seronok-seronok mandi di luar tandas, ada bunyi di luar tandas seperti menebas- nebas semak dan Abu tidak mahu mengendahkannya. Kemudian terdengar jejak kaki itu berjalan dan berhenti di depan pintu tandas Abu. Abu melihat di bawah ruang pintu terlihat seperti kaki melayang. Perasaan seram mula menjengah. 'Pagi-pagi pun da buat kerja, rajin betul kacau orang,' desis Abu.
Kemudian benda itu mengetuk-ngetuk pintunya dengan kuat. Abu tidak tahu mahu bereaksi apa.
Terdengar bunyi kayu seperti disendal di hadapan pintu tandas Abu menyebabkan Abu tidak dapat keluar.
Dia menolak pintu itu dengan kuat namun hampa.Lalu dia menarik nafas dan menendang pintu itu dengan kuat sebelum pintu itu terbuka.
Abu seperti hendak marah, "Tak guna Ali ke nak kenakan aku pagi-pagi ni. Jagalah dia," . Ketika hendak masuk ke pintu dapur yang sudah sedia terbuka itu, Abu ternampak bayang-bayang laju melintasinya memegang pisau. Abu tergamam dan berhasrat menyorok kembali ke tandas lama.
Saat dia berlari ada benda ikut mengejar daripada belakang yang membuatnya semakin berdebar.
Ketika dia masuk ke tandas lama itu dan menutup pintu tandas, terkejut bukan kepalang, ada benda bergayut di belakang pintu menghadap pintu. Abu terjerit kemudian perlahan-lahan kepala benda itu menoleh ke arah Abu sambil merenyeh.
Abu segera ingin keluar dari situ sebelum benda itu memanjangkan tangannya dan memegang kain tuala Abu.
--------------------------------------------
Ali bersiar-siar di kawasan kampung itu dan melihat jumlah langkah di jam smart watchnya. Dia sudah melangkah hampir 10 ribu langkah namun kelibat orang, kedai mahupun surau tidak dijumpainya. Dia juga mulai sedar yang seakan-akan dia berpusing di tempat yang sama. Dia kemudian mematahkan satu dahan yang dijumpainya dan selepas 10 minit dia menjumpai dahan yang sama. Ali bingung. Tiba-tiba ada getaran dalam seluarnya dan terkeluar bunyi:
I'm a survivor (What?)
I'm not gon' give up (What?)
I'm not gon' stop (What?)
I'm gon' work harder (What?)
I'm a survivor (What?)
I'm gonna make it (What?)
I will survive (What?)
Keep on survivin' (What?)
I'm a survivor (What?)
I'm not gon' give up (What?)
I'm not gon' stop (What?)
I'm gon' work harder (What?)
Caller ringtone Ali berbunyi kuat.
Ali tidak mahu berputus asa, dia kemudia mengetuk pintu salah sebuah rumah di situ. Namun hampa ketukan bertalu-talunya tiada jawapan. Semua rumah juga menunjukkan reaksi yang sama. Akhirnya Ali bertekad untuk memecah masuk rumah itu. Dalam rumah itu serta rumah-rumah lainnya, semua seperti rumah tinggal tidak berpenghuni. Dia ke bilik dan melihat ada susuk yang terbaring dengan selimut nipis.
Dia menyelak dan sebelum sempat melihat insan di balik selimut terdengar bunyi pintu dapur terbuka. Dia menoleh dan berpaling semula melihat insan yang baring ternyata kerangka mayat dengan mulut ternganga sambil tangan naik ke atas. Sungguh mengejutkan.
Ali lantas ke dapur dan melihat ada sosok hitam memasuki kawasan belakang rumah. Di situ dia melihat ada tandas dan semak samun. Dia pun mengambil pisau dan mula menebas-nebas semak di luar dapur sebelum terdengar bunyi orang mandi di tandas lama itu. Dia ingin melihat orang di dalam, tetapi amat tidak mungkin dengan gelap dan suasana sunyi seperti itu makhluk bernama manusia di situ. Dia mengambil kayu dan menyendal pintu tandas itu lalu masuk ke dapur.
Tiba-tiba dari arah semak, muncul makhluk menyeringai dan menerkamya dengan laju sebelum dia sempat berbuat apa-apa.
Dia seperti mamai, mabuk dan tidak sedar apa yang dibuatnya selepas itu.
----------------------------------
Abu sekarang berada di dalam bilik, mengunci kejap pintu dan cepat-cepat memakai baju dan seluar. Dia mengintai melalui lubang pintu untuk melihat jika ada benda di luar. Ternyata ada sosok sama sepertinya sedang mengintai juga lubang pintu. Jelas seperti cerminan dirinya.
Dia terkejut dan berundur ke belakang, terlanggar dinding dan pintu biliknya berbunyi seperti dilanggar figura itu. Dia kemudian mengintai lagi di lubang pintu dan ada mata disebelah sana yang ikut mengintai.
Pengsan sekejap.
------------------------------------
Ali tidak sedar sekarang pukul berapa dan berada di mana. Dia seperti baru lepas bangun daripada tidur yang panjang. Termangu-mangu.
Tuesday, 30 July 2024
Kisah Cinta tipu-tipu Episod 2
Alif melihat Aena seakan terpegun melihat kalung itu, lalu merasa gembira kerana Aena seakan senang dengan hadiah itu.
“Awak ambil lah loket ni, sesuai untuk awak” hulur Alif. Aena mengambilnya dan setelah pelbagai persoalan bermain dalam fikiran dia pun bertanya, “Awak tinggal dalam banglo di Bukit Assam tu ke?” Alif terkejut. “Eh macam mana awak tahu? Stalk saya ye…..”
“Bukan…bukan..”
"Saya main teka2 je..."
hahahaa Alif gelak berdekah.
"Awak ni agak2 lah, kita baru kenal pastu tekaan awk random sgt...klu awk teka sy suka warna biru pastu betul kira ok lgi sbb xbyk pilihan warna...ni tempat kot. ada beratus2. awk bkn sebut negeri tpi betul2 nama tempat. Dah2 sy nk dgr penjelasan awk dsebalik tekaan tu. Jom g minum"
"Oh...sy masih kena kerja..."
Lekas tangan Aena menyapu nyampah.
"Baik. Klu mcm tu sy tunggu awk smp hbis keje. sy nk kan penjelasan awk hari ni jgak,"
Aena mula tergamam. Adui aq punya nk larik skli terlepas ayat tak patut. Aena rasa ingin memarahi dirinya kerana tidak berhati2 dalam berkata2 hingga menjeratkan diri dalam situasi kekok ini.
"Sebenanrnya sy dpt mimpi malam tadi..." Ilham Aena untuk mengelak pun muncul. Sy harap itu menjelaskan dan tak perlu membazir duit, tenaga dan masa minum kat luar.
"Uish! Ni buat saya lagi curious..kita baru jumpa sekali awk da termimpi2 bumbung rmh sy? Sekali nama tempat plak tu. Ceritakan lebih byk ttg mimpi awk tu. Sy nk dgr dan verify betul ke x maklumat awk dpt tu."
'Ah sudah...'
"Pastu sy mimpi ada naga terbang tiup api dia da jadi merepek2, jdi xde maklumat lain dah utk awk verify.."
"Hebat awk eah.." ujar Alif sambil mengelus janggut nipis di dagunya.
Riak muka Aena da berubah cuak. Adakah dia da tahu aq memain..
"camne awk pandai ckp English, hebatla tukang sapu pun pandai sebut verify."
lol. ingt apa lah td.
"Hey ingt sy xbljr sekolah ke?"
"Haha takdelah, okla skrg da pkul 5 waktu utk awk checkout. Jom sy nk culik awk bwk jln2"
"Sorry sy xrela diculik awk" Aena berlalu pergi dari situ dengan kadar segera.
Alif menjerit memanggil dari kejauhan, "awk awk nama awk apa".
Aena keesokan harinya ingin menukar tempat sapu sampah daripada di depan bangunan ke bahagian lain kerana dia tidak mahu terserempak dengan Alif. Namun semua orang tidak mahu bertukar kerana sudah selesa dengan tempat masing-masing. Lagipun di bhg depan kena pastikan betul2 bersih kerana itulah tempat pertama orang lalu lalang jadi siapa yang mahu kerja lebih setelah ada kerja sedia ada yang senang.
Aena pasrah. Dia meneruskan kerja seperti biasa dan mahu mempercepatkan kerja supaya tidak terjumpa lagi itupun jika dia datang hari ini.
Wednesday, 10 July 2024
Beautiful clothes
1. Pakaian ini nampak seperti pari-pari.
Thursday, 4 July 2024
Kisah bersendiri dan aku (Rekaan semata-mata) Part 3 Akhir
Monday, 27 May 2024
Kisah bersendiri dan aku (Rekaan semata-mata) Part 2
Terhina dan terpinggir
Tahun 2024, Asiah sudah hampir berusia 28 tahun hampir 30 tahun ini dan sudah hampir 2 tahun dia bekerja dari rumah di kampung. Ini sangat menggusarkan hati ibunya yang mahu melihat Asiah bahagia sekaligus menimang cucu. Asiah kemudiannya dipaksa berkahwin dengan Sharifuddin yang dikenali melalui Baitul Jannah. Ketika Asiah menolak dengan baik, ibunya menjawab, kalau kamu tak mahu dengan Sharifuddin, sapa lagi yang nak kat kamu?!
Asiah merasa sangat terhina dengan pernyataan seperti itu. Adik bongsu dalam rumah itu yang merupakan anak kandung Arkan dan Aryana berbisik kepada Asiah,"Ini seperti cara halus mereka untuk menghalau kamu.." Asiah berasa sangat terkilan kerana sepanjang 2 tahun dia tinggal di kampung, dia selalu juga memasak,membuat kerja rumah serta membantu keluarga membeli barangan dapur. Sekali sekala membayar bil-bil rumah. Tidak pernah disangka-sangkanya kehadirannya di dalam keluarga itu menjadi beban.
Pada suatu hari, Asiah membeli barang dapur di pasaraya besar seperti biasa. Itulah rutin bulanannya membeli hampir penuh 1 troli barangan rumah serta kerepek dan makanan ringan. Keluarganya sangat fanatik terhadap kempen boikot Palestin terutama adik keluarga angkatnya. Tanpa sengaja Asiah terbeli jenama softlan yang kemudia disedari adik keluarga angkatnya. Lalu dia dituduh pembunuh dalam keluarga tersebut. "Pembunuh kanak-kanak Palestin!" jerit adik angkatnya.
Asiah memandang adik-adik yang lain dan juga Aryana. Tiada siapa mahu membelanya.Semuanya berpihak kepada adik kandung mereka. Dia sedar dia hanyalah orang asing dalam rumah ini.
Asiah ingin mendamaikan suasana beberapa hari kemudiannya yang dirasakan api kehangatan sudah terpadam. Dia mula bersenda gurau dengan adik angkatnya itu namun ternyata adik angkatnya menarik rambutnya dan mengoyakkan bajunya sehingga terbelah 2. Peristiwa itu disaksikan oleh adik beradik yang lain namun semuanya diam membisu. Setelah ditarik rambut dan dikoyak baju, Asiah ditolak ke lantai sehingga berdentum bunyinya.
Asiah segera masuk ke bilik mandi kerana malu bajunya terkoyak. Pada masa yang sama dia menangis teresak-esak kerana tiada siapa yang membelanya. Dia tiada seorang kawan pun untuk dihubungi untuk meluahkan perasaan.
Asiah kemudiannya masuk ke bilik dan cuba menahan tangis namun air mata tetap berhamburan. Apakah salahnya sehingga diperlakukan sebgini sekali? Asiah beberapa hari kemudian menyoal perkara ini kepada Aryana namun Aryana hanya menjawab selamba, "Sapa suruh cari pasal."
Asiah membelikan sofa lembut yang mahal untuk keluarganya berharga ribuan ringgit. Dia berharap agar mereka menyukainya. Namun tanpa disangka sofa itu diletak di dalam stor rumah dengan alasan sempit. Asiah masih mahu berbaik sangka.Dia membelikan pelbagai barangan elektronik yang lain serta beberapa barangan berjenama untuk keluarganya dengan harapan soal perkahwinan tak perlu disebut-sebut lagi dan mereka menyukainya kembali. Jika ada tentu ada jodoh yang datang. Namun disangka hujan hingga ke petang namun panas di tengah hari. Tiba-tiba rombongan keluarga Sharifuddin datang ingin meminang Asiah. Asiah tidak mahu memandang rendah fizikal atau pekerjaan lelaki itu. Jelasnya kulitnya sangat gelap dan dia berkerja kilang. Aryana pernah mahu menjodohkan Asiah dengan lelaki umur 45 tahun duda pekerja kilang yang botak. Ini sangat menyakitkan hati Asiah seolah-olah dia tidak berkerja, tidak berpendidikan dan tidak ada rupa langsung.
Ketika Asiah menolak dengan baik rombongan itu, Aryana naik berang dan mula memaki Asiah. Dia menyatakan,dalam banyak-banyak anak yang dijaganya, Asiah adalah anak yang paling banyak membuat air matanya mengalir. Dalam hati Asiah, sangat terkejut padahal 5 anak yang lain berkerja biasa serta ada yang tidak bekerja.Kebanyakan mereka tidak banyak yang membeli barangan rumah serta barangan elektrik. Merasa sangat terkilan dan terlalu dalam luka dengan kenyataan seperti itu, Asiah ingin pulang ke bandar. Lagipun adik beradik 5 orang dalam rumah itu seperti tidak menyukainya. Ketika di meja makan, semua bersembang riang, tatkala dia hadir semua akan diam membisu. Dalam perjalanan ke bandar, dia teringat pada Amin yang kulit cerah asal Kelantan yang pernah menyukainya. Dia ingin menolak dakwaan Aryana menyatakan yang tiada orang berpenampilan menarik yang mahukan dirinya.
Asiah baru membeli kereta beberapa bulan lalu menggunakan duit simpanan kerjanya. Ketika Asiah berkerja dari rumah selama hampir 2 tahun di kampung itu, Aryana serta adik beradik selalu meminjam kereta. Setelah Asiah ke bandar mereka tiada kereta dan menyuruh Asiah kembali pulang ke kampung untuk meminjam kereta. Asiah enggan kerana mereka seolah tidak menyedari kesalahan dan tidak meminta maaf. Dugaan Asiah untuk mereka memohon maaf jauh sekali apabila nenek dan pak cik-pak cik saudaranya menelefon bertanyakan kenapa tidak mahu meminjamkan kereta kepada keluarga. Asiah dituduh anak tidak sedar diri dan tidak mengenang budi.
Itu keluarga di sebelah Aryana, di sebelah Arkan pula dia dituduh penipu besar. Ini kerana sudah heboh dalam keluarga Arkan yang Asiah sudah bertunang namun dinafikan. Mereka mendakwa bahawa Asiah suka bercakap bohong. Asiah mendengar ini merasa ingin tertawa dalam kesakitan kerana masakan empunya diri boleh berbohong tentang status sendiri? Tetapi boleh jadi juga untuk lelaki yang sudah berkahwin berpura-pura bujang. Asiah malas mahu melayan dakwaan keluarga Arkan yang menghantar mesej tahniah dan sewaktu dengannya. Ada yang mahu cerita pertunangan, gambar dan lain-lain lagi. Jika Asiah menafikan tentu dituduh penipu, sebaiknya Asiah berdiam diri sahaja.
Asiah menyewa bilik sewa di bandar raya dan memulakan kerja dari rumahnya. Dia mengaktifkan semula applikasi-applikasi dating yang sekian lama tidak digunakan. Kini aturannya, mestilah berjumpa di tempat awam dan juga sebelum itu harus mesej-mesej dahulu selama beberapa minggu atau bulan bukan terus jumpa.
Dia bertekad mahu membawa pulang calon pilihan yang dikenalinya sendiri dan menunjukkan kepada Aryana yang dia boleh mendapatkan yang lebih baik. Dia bukan mahu menghina Syarifuddin. Tidak. Cuma jika kerja bagus tiada rupa boleh diterima juga atau ada rupa tidak bekerja bagus pun tidak mengapa. Ini apabila keduanya tiada seolah-olah begitu harga diri yang diletakkan Aryana kepada Asiah.
Soal Aryana menerima cincin tunang serta dakwaan adik beradik yang dia seperti Firaun yang banyak duit tidak mahu dipedulikannya. Itu biar tuhan saja yang mengadili di Padang Masyar.
Asiah mahu membuktikan dirinya juga boleh berjaya dunia dan akhirat.
Khairul
Khairul seorang peladang yang ingin menjadi askar. Dia kerap bangun awal jam 5 pagi untuk berjoging. Kemudian dia akan memasak sarapan dan bersiap-siap untuk kerja. Dia tinggal di Pahang dan sering ke merata tempat untuk menghantar tanamannya. Khairul berkulit cerah, tinggi lampai dan mempunyai otot.Ciri-ciri yang sangat disukai dan digilai wanita.
Suatu hari nanti, takdir akan menemukan Asiah dan Khairul namun Khairul mempunyai kisah gelap dengan wanita dan agak trauma untuk menjalin apa-apa hubungan.
Bagaimanakah kesudahan Asiah dan Khairul? Nantikan episod seterusnya!!











