Warkah akhir
Arkan yang merupakan ayah angkat Asiah menghadapi sakit tua dan bila- bila masa sahaja akan menemui tuhannya. Aryana yang kecewa dengan keluarganya, mengenepikan egonya dan datang untuk melawat di masa akhir Arkan.Arkan tidak mempunyai sebarang harta untuk diberikan namun dia sempat memberikan sedikit nasihat untuk Aryana,"Ingatlah! Sungguh bapa cuba menjadi yang terbaik meski Arkan sendiri bukan yang terbaik namun jangan jadikan ini sebagai penghalang untuk Aryana menjadi lebih baik daripada Arkan bahkan daripada Aryana sendiri."Asiah hanya mengangguk dalam sendu.
Akhirnya Arkan melepaskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat di kediamannya. Asiah tidak tahu bagaimana untuk reaksi, kadang dia berasa adakah dia jahat apabila dia tiada sebarang perasaan untuk ibu dan bapa angkatnya?
Asiah menyedekahkan alfatihah sebagai hadiah untuk Arkan. Air mata mengalir terkenang pristiwa pahit yang pernah berlaku di antara mereka dan dia memilih untuk memaafkan mereka semua.
Cinta manis
Asiah berkenalan dengan Affan melalui applikasi dating di mana Affan menegurnya dahulu. "Selamat Pagi! Saya Affan," begitu tegurnya. Asiah yang baru sahaja membasuh kain, membalas, "Selamat pagi, awal bangun hari ni?" Mereka berbalas mesej dan Asiah rasa hubungan mereka berpotensi untuk ke peringkat yang lebih serius. Namun itu cuma mimpi dimana ketika dalam satu perjumpaan secara berdepan, Asiah tidak sengaja melihat screen saver Affan adalah seorang perempuan cantik. Dia juga melihat Affan berbalas mesej dengan perempuan kerana ternampak ada gambar perempuan. Chat mereka yang saling menyemangati sebelum ini tidak lagi memberi makna kepada Asiah setelah dia mengetahui hal itu.
Dia ingin menoktahkan perkenalan ini dan berfikir mahu fokus dalam memajukan dirinya sahaja.
Bertambah rezeki
Asiah ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi daripada kerja asalnya. Itu membuatkan Asiah berasa sangat gembira. Minggu itu, dia demam. Dia keseorangan merawat luka hatinya serta merawat suhu badannya. Dia sedar hidup berseorangan memang apa sahaja yang dimahukan perlu diusahakan sendiri. Asiah melihat akaun banknya hanya berbaki RM20 dan dia tidak mampu untuk membeli air kelapa atau bubur melalui applikasi penghantaran makanan. Apa yang boleh dilakukannya adalah memasak meskipun dia sangat tidak larat dan memakan ubat.
Asiah berasa sedikit gembira dan bersemangat apabila memikirkan tentang kenaikan gaji yang bakal diterimanya selepas ini. Itu yang membuatkannya bangun daripada katil dan mula memotong bawang.
Asiah bertekad ingin menjadi pelabur sepenuh masa, dia tekun menelaah buku-buku yang terlibat serta menonton video berpelajaran. Dia juga sudah memulai berdagang di pasaran bursa meskipun tidak mempunyai modal yang besar.
Asiah bertekad untuk tidak mahu bekerja di bawah orang sehingga tua kerana dia mahu menjana pendapatan sendiri dan bebas kewangan. Dia berhasrat untuk membantu orang susah dan juga dapat menerokai dunia di luar sana.
Setelah hampir setahun, dia belajar tanpa putus asa, akhirnya dia berjaya mendapat pulangan yang memberangsangkan. 2 tahun kemudian dia berjaya menjana keuntungan 3% daripada modal yang ada setiap bulan serta dividen yang diterima setiap bulan daripada syarikat besar membuatkan portfolio Asiah bertambah kukuh.
Kini Asiah berumur 30 tahun dan masih bujang. Dia sudah dapat menjana 5 angka setiap bulan.
Dia sedar wang yang banyak tidak dapat membeli kebahagiaan. Namun sekurangnya dia sedar bahawa dengan duit dan masa yang dia punyai, dia boleh melakukan pelbagai aktiviti yang dia mahukan seperti skytrex, paragliding, hang gliding, bungee jumping, parachuting, parasailing dan pelbagai lagi. Dia juga dapat melancong ke pelbagai negara selagi mempunyai internet untuk membantu dia melakukan kerja sepenuh masanya itu.
Sekali sekala dia akan mendermakan sebahagian wangnya kepada pusat kebajikan, anak yatim dan sewaktu dengannya.
Asiah berasa sangat gembira dengan kehidupannya sekarang. Jauh di sudut hati dia masih dahagakan kasih sayang seseorang dan inginkan peneman hidup namun dia sedar ini seperti coretan tertulis dalam takdir buku hidupnya untuk hidup mandiri.
Kesendirian seorang diri dan dirinya sendiri hingga ke akhir hayat.
Di penghujung umur 30 tahun, ada lelaki ingin melamarnya dan ingin menjadikan dia sebagai suri hati sepenuh masa. Ada yang mengatakan lelaki itu tertarik dengan hartanya tetapi Asiah malas mempedulikan hal itu kerana memang semua manusia pentingkan diri sendiri. Asiah batuk dan terasa sangat sakit di kepala. Setelah menemui doktor, Asiah berasa sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia menghidap kanser otak tahap 4 di mana dia mempunyai beberapa bulan sahaja untuk hidup lagi.
Asiah yang mendengarkan berita ini terdiam dan tidak tahu bereaksi bagaimana. Di sepanjang perjalanan hidupnya dia selalu berdoa supaya dimatikan dalam husnul khotimah iaitu sebaik-baik kematian. Beberapa minggu lagi majlis pertunangan antara Asiah dan lelaki yang serius ingin melamarnya akan berjalan. Asiah pasrah.
Setelah majlis pertunangan selesai, Asiah memberitahu Aryana yang dia mahu ke Palestin beberapa bulan untuk menjalani aktiviti kemasyarakatan sebelum berkahwin. Aryana kelihatan berat hati. Asiah meyakinkan ibu angkatnya tidak ada perkara buruk yang terjadi. Alasan sama yang diberikan Asiah kepada tunangnya. Mujur mereka merelakan setelah puas dipujuk. Asiah ingin menghembuskan nafas terakhir di sana tanpa membiarkan orang sekeliling mengetahui niat asalnya.
Mati hidup semula?
Khairul seorang petani berjaya dan dia sudah menjalankan bisnis tanamannya secara import dan eksport ke merata negara. Suatu masa ketika dia sudah menjadi begitu jutawan mempunya kereta mewah dan banglo hebat dia masih terasa kosong di hati. Dia sedar itu bukan hanya sekadar peneman tetapi jauh lebih besar. Dia berhasrat untuk memberikan makanan terbaik kepada mangsa perang dan dia teringat kepada Palestin.Dia ingin ke negara itu dahulu dan menemui NGO atau badan yang diiktiraf jujur sebelum menyalurkan bantuan. Dia tidak mahu bantuan yang dihulurkan disalah guna pihak tertentu.
Asiah yang sedang sibuk membantu merawat seorang pesakit merasa sangat terkejut ketika mendengar dentuman bom yang tidak jauh dari tempatnya berada sekarang. Dia beristigfar berkali-kali.
Sebelum Asiah sempat mengucap seketul bom jatuh di tempat dia berdiri sekarang. Innalillah.
Berita kematian rakyat Malaysia di Palestin terpapar di akhbar dan siaran televisyen. Keluarga angkat Asiah merasa sangat sedih termasuk tunang Asiah juga. Tidak puas dengan hal ini, tunang Asiah menuntut pampasan rugi kerana banyak wang sudah dibelanjakan untuk majlis kahwin yang bakal berlangsung. Meskipun Asiah banyak mengeluarkan modal tapi tunangnya itu tidak segan silu meminta ganti rugi.
Khairul yang berada tidak jauh daripada kawasan letupan itu segera mencari tempat perlindungan di celah runtuhan bangunan. Sepatutnya dia harus pulang ke Malaysia hari ini mengikut jadual kerana urusannya sudah selesai di sini tetapi entah mengapa hatinya mahu tinggal sehari dua lagi di sini dan nah ini padahnya ketika tidak mahu mengikut rancangan asal. Marahnya kepada diri sendiri di dalam hati. Dia sedikit gentar akan situasi itu namun masyarakat di situ seperti tidak memberi respon yang sama kerana mereka sudah lali dengan bunyi bom di sana sini, mayat bergelimpangan. Bunyi itu terdengar seakan bunyi mercun sahaja di telinga mereka.
"La ila.....ha.." Sayup terdengar suara ingin mengucap dari dalam runtuhan bangunan. Khairul dengan pantas mengalihkan batu bata yang menghempap. Dalam kesamaran Asiah dapat melihat cahaya semakin lebar di atas kepalanya. Dia beranggapan yang mungkin dia sudah meninggal namun dia harus mengumpul tenaga untuk mengucapkan kalimah syahadah yang suci itu. "...illallah..." Mata Asiah pun tertutup. Khairul melihat wajah perempuan itu yang kuyu lemah dan seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Dia segera memeriksa nadi dan ternyata masih berdenyut dengan sangat lemah.
TAMAT
Epilog:
Kenapa tamat sedangkan cerita macam baru nak start? Sebabnya setelah babak itu berlaku Asiah tidak lagi bersendiri dengan dirinya sendiri lagi. Dia akan menemui bahagia bersama peneman yang mahu susah senang bersama, berkongsi cerita serta ingin belajar lebih menyayangi diri Asiah...dan babak2 seterusnya akan menjadi persis sama seperti novel romantis cinta yang lain fiuu~
Asiah ingin memasak kerana seperti itulah tanggungjawab seorang isteri dan ingin mengemas rumah serta membasuh baju. Namun itu semua telah selesai dilakukan Khairul kerana itu memang rutin hariannya bangun 4 pagi melakukan kerja rumah. Asiah memuncungkan mulut kerana tidak berpuas hati hampir setahun usia perkahwinan mereka dia masih belum melakukan kerja rumah sepenuhnya. Dia tidak mahu menjadi beban kepada pasangannya. "Dah kunci alarm pukul 3 pagi dah, nape asik terbangun pkul 6 nihh," rungut Asiah dalam suara serak basah bangun tidurnya...Khairul hanya tersengih kecil, "Abang tak mahu sayang bangun terlampau awal buat kerja berat, abang masih mampu buat. Sayang kena dapatkan rehat yang cukup..." "Tapi nanti abang bosan, penat dan letih,," "Taklah." "Macam mana klu nnt abg benci syg tpi xsampai hati nk ckp?" "Please jgn fikir negatif?" Akhirnya Asiah mengalah, "Tapi abg kena janji klu abg rasa penat dan perlukan bantuan tlg bgthu Asiah sbb Asiah sygkan hubungan kita sgt2". "Baiklah syg, abg janji meskipun abg rasa xkn penat bt benda ni smp bila2....."
No comments:
Post a Comment