Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Monday, 27 May 2024

Kisah bersendiri dan aku (Rekaan semata-mata) Part 2

Terhina dan terpinggir

Tahun 2024, Asiah sudah hampir berusia 28 tahun hampir 30 tahun ini dan sudah hampir 2 tahun dia bekerja dari rumah di kampung. Ini sangat menggusarkan hati ibunya yang mahu melihat Asiah bahagia sekaligus menimang cucu. Asiah kemudiannya dipaksa berkahwin dengan Sharifuddin yang dikenali melalui Baitul Jannah. Ketika Asiah menolak dengan baik, ibunya menjawab, kalau kamu tak mahu dengan Sharifuddin, sapa lagi yang nak kat kamu?!

Asiah merasa sangat terhina dengan pernyataan seperti itu. Adik bongsu dalam rumah itu yang merupakan anak kandung Arkan dan Aryana berbisik kepada Asiah,"Ini seperti cara halus mereka untuk menghalau kamu.." Asiah berasa sangat terkilan kerana sepanjang 2 tahun dia tinggal di kampung, dia selalu juga memasak,membuat kerja rumah serta membantu keluarga membeli barangan dapur. Sekali sekala membayar bil-bil rumah. Tidak pernah disangka-sangkanya kehadirannya di dalam keluarga itu menjadi beban. 

Pada suatu hari, Asiah membeli barang dapur di pasaraya besar seperti biasa. Itulah rutin bulanannya membeli hampir penuh 1 troli barangan rumah serta kerepek dan makanan ringan. Keluarganya sangat fanatik terhadap kempen boikot Palestin terutama adik keluarga angkatnya. Tanpa sengaja Asiah terbeli jenama softlan yang kemudia disedari adik keluarga angkatnya. Lalu dia dituduh pembunuh dalam keluarga tersebut. "Pembunuh kanak-kanak Palestin!" jerit adik angkatnya.

Asiah memandang adik-adik yang lain dan juga Aryana. Tiada siapa mahu membelanya.Semuanya berpihak kepada adik kandung mereka. Dia sedar dia hanyalah orang asing dalam rumah ini.

Asiah ingin mendamaikan suasana beberapa hari kemudiannya yang dirasakan api kehangatan sudah terpadam. Dia mula bersenda gurau dengan adik angkatnya itu namun ternyata adik angkatnya menarik rambutnya dan mengoyakkan bajunya sehingga terbelah 2. Peristiwa itu disaksikan oleh adik beradik yang lain namun semuanya diam membisu. Setelah ditarik rambut dan dikoyak baju, Asiah ditolak ke lantai sehingga berdentum bunyinya.

Asiah segera masuk ke bilik mandi kerana malu bajunya terkoyak. Pada masa yang sama dia menangis teresak-esak kerana tiada siapa yang membelanya. Dia tiada seorang kawan pun untuk dihubungi untuk meluahkan perasaan.

Asiah kemudiannya masuk ke bilik dan cuba menahan tangis namun air mata tetap berhamburan. Apakah salahnya sehingga diperlakukan sebgini sekali? Asiah beberapa hari kemudian menyoal perkara ini kepada Aryana namun Aryana hanya menjawab selamba, "Sapa suruh cari pasal."

Asiah membelikan sofa lembut yang mahal untuk keluarganya berharga ribuan ringgit. Dia berharap agar mereka menyukainya. Namun tanpa disangka sofa itu diletak di dalam stor rumah dengan alasan sempit. Asiah masih mahu berbaik sangka.Dia membelikan pelbagai barangan elektronik yang lain serta beberapa barangan berjenama untuk keluarganya dengan harapan soal perkahwinan tak perlu disebut-sebut lagi dan mereka menyukainya kembali. Jika ada tentu ada jodoh yang datang. Namun disangka hujan hingga ke petang namun panas di tengah hari. Tiba-tiba rombongan keluarga Sharifuddin datang ingin meminang Asiah. Asiah tidak mahu memandang rendah fizikal atau pekerjaan lelaki itu. Jelasnya kulitnya sangat gelap dan dia berkerja kilang. Aryana pernah mahu menjodohkan Asiah dengan lelaki umur 45 tahun duda pekerja kilang yang botak. Ini sangat menyakitkan hati Asiah seolah-olah dia tidak berkerja, tidak berpendidikan dan tidak ada rupa langsung. 

Ketika Asiah menolak dengan baik rombongan itu, Aryana naik berang dan mula memaki Asiah. Dia menyatakan,dalam banyak-banyak anak yang dijaganya, Asiah adalah anak yang paling banyak membuat air matanya mengalir. Dalam hati Asiah, sangat terkejut padahal 5 anak yang lain berkerja biasa serta ada yang tidak bekerja.Kebanyakan mereka tidak banyak yang membeli barangan rumah serta barangan elektrik. Merasa sangat terkilan dan terlalu dalam luka dengan kenyataan seperti itu, Asiah ingin pulang ke bandar. Lagipun adik beradik 5 orang dalam rumah itu seperti tidak menyukainya. Ketika di meja makan, semua bersembang riang, tatkala dia hadir semua akan diam membisu. Dalam perjalanan ke bandar, dia teringat pada Amin yang kulit cerah asal Kelantan yang pernah menyukainya. Dia ingin menolak dakwaan Aryana menyatakan yang tiada orang berpenampilan menarik yang mahukan dirinya.


Asiah baru membeli kereta beberapa bulan lalu menggunakan duit simpanan kerjanya. Ketika Asiah berkerja dari rumah selama hampir 2 tahun di kampung itu, Aryana serta adik beradik selalu meminjam kereta. Setelah Asiah ke bandar mereka tiada kereta dan menyuruh Asiah kembali pulang ke kampung untuk meminjam kereta. Asiah enggan kerana mereka seolah tidak menyedari kesalahan dan tidak meminta maaf. Dugaan Asiah untuk mereka memohon maaf jauh sekali apabila nenek dan pak cik-pak cik saudaranya menelefon bertanyakan kenapa tidak mahu meminjamkan kereta kepada keluarga. Asiah dituduh anak tidak sedar diri dan tidak mengenang budi.

Itu keluarga di sebelah Aryana, di sebelah Arkan pula dia dituduh penipu besar. Ini kerana sudah heboh dalam keluarga Arkan yang Asiah sudah bertunang namun dinafikan. Mereka mendakwa bahawa Asiah suka bercakap bohong. Asiah mendengar ini merasa ingin tertawa dalam kesakitan kerana masakan empunya diri boleh berbohong tentang status sendiri? Tetapi boleh jadi juga untuk lelaki yang sudah berkahwin berpura-pura bujang. Asiah malas mahu melayan dakwaan keluarga Arkan yang menghantar mesej tahniah dan sewaktu dengannya. Ada yang mahu cerita pertunangan, gambar dan lain-lain lagi. Jika Asiah menafikan tentu dituduh penipu, sebaiknya Asiah berdiam diri sahaja.

Asiah menyewa bilik sewa di bandar raya dan memulakan kerja dari rumahnya. Dia mengaktifkan semula applikasi-applikasi dating yang sekian lama tidak digunakan. Kini aturannya, mestilah berjumpa di tempat awam dan juga sebelum itu harus mesej-mesej dahulu selama beberapa minggu atau bulan bukan terus jumpa.

Dia bertekad mahu membawa pulang calon pilihan yang dikenalinya sendiri dan menunjukkan kepada Aryana yang dia boleh mendapatkan yang lebih baik. Dia bukan mahu menghina Syarifuddin. Tidak. Cuma jika kerja bagus tiada rupa boleh diterima juga atau ada rupa tidak bekerja bagus pun tidak mengapa. Ini apabila keduanya tiada seolah-olah begitu harga diri yang diletakkan Aryana kepada Asiah.

Soal Aryana menerima cincin tunang serta dakwaan adik beradik yang dia seperti Firaun yang banyak duit tidak mahu dipedulikannya. Itu biar tuhan saja yang mengadili di Padang Masyar.

Asiah mahu membuktikan dirinya juga boleh berjaya dunia dan akhirat. 

Khairul

Khairul seorang peladang yang ingin menjadi askar. Dia kerap bangun awal jam 5 pagi untuk berjoging. Kemudian dia akan memasak sarapan dan bersiap-siap untuk kerja. Dia tinggal di Pahang dan sering ke merata tempat untuk menghantar tanamannya. Khairul berkulit cerah, tinggi lampai dan mempunyai otot.Ciri-ciri yang sangat disukai dan digilai wanita.

Suatu hari nanti, takdir akan menemukan Asiah dan Khairul namun Khairul mempunyai kisah gelap dengan wanita dan agak trauma untuk menjalin apa-apa hubungan.


Bagaimanakah kesudahan Asiah dan Khairul? Nantikan episod seterusnya!!

No comments:

Post a Comment