Haaaa nama modul ni mcm nama lagu Mawi je,tpi sebenarnya takde kaitan pun dgn lagu tu,xde nyanyi2.
Baiklah nama game ni sya yg namakan sendiri sbb ada kaitan dgn siapa kita..
Alatan : Kertas, pen.
Cara permainannya begini. Setiap org harus taaruf diri mereka masing2 mcm biasa,nama,tempat tinggal,hobi dll.
Kemudian kertas diedarkan kpd setiap org dan mereka dikehendaki melukis diri mereka dan tambahkan sedikit objek2 yg mungkin mencerminkan diri mereka. Jgn tulis nama dlm kertas berkenaan.
Selepas itu,semua kertas tadi hendaklah dicampurkan dan dikacau sebati. Kemudian semua orang dikehendaki mengambil satu kertas yg bukan miliknya dan meneka siapakah org tersebut beserta sebab dia berkata begitu.
Alatan : Alam semula jadi
Game ni mcm kat atas tapi tak perlu lukis2. Setiap org dikehendaki mencari apa2 barang yg berkaitan dgn dirinya di kawasan sekeliling.
Cthnya bunga. Alasan memilih bunga adalah dia tenang dan keberkaitan dgn dirinya adalah bunga tersebut cantik dan tabah hadapi dugaan sama seperti dirinya.
Setiap org dikehendaki mempersembahkan barang yg tlh diambil dan nyatakan sebabnya.
Boleh utk memiliki barang yg sama ttpi penerangan tidak boleh sama. Harus mempunyai ayat sendiri. Berpendirian teguh.
Pengajaran:
- belajar untuk memahami diri sendiri
- melihat cara kawan berfikir ttg diri kita
- menyedari hakikat dunia ini sementara
No comments:
Post a Comment