Alatan: Belon berisi air, kain pelikat
Permainan ini memerlukan 2 kumpulan bermain pada satu2 masa, setiap ahli kumpulan hendaklah memegang bucu kain pelikat dan setiap kumpulan diberikan 3 biji belon air. Kumpulan pertama harus membaling belon tersebut terhadap kumpulan lagi satu yg akan menangkap menggunakan kain pelikat juga. Kerjasama amat2 diperlukan ddlm permainan ini.
Kemudian kumpulan penerima pula menghantar belon air. Setelah berjaya menangkap atau tidak selepas itu harus berinjak selangkah lbh jauh antara kumpulan lg satu drp asalnya 1 meter.
Lpas satu demi satu belon diterima haruslah berinjak lebih jauh dan menjadikan belon air lbh susah untuk ditangkap dan dibaling.
Kumpulan yg berjaya menangkap belon air terbanyak dikira pemenang.
Pengajaran : Kerjasama amat penting dalam menjayakan ssuatu misi. Arahan ketua hruslah jelas untuk anak buah fahami.
Semangat juang yg tinggi meskipun dugaan menghantar belon semakin jauh jaraknya dan semakin susah.
Mencari bahagia
Alatan: Belon, marker
Bentuk kepada beberapa kumpulan kecil.Berikan marker kepada setiap kumpulan. Untuk setiap orang agihkan sebiji belon. Biar mereka tiup belon dan tulis nama mereka pada belon itu.
Setelah itu baling2 belon tersebut dan mereka beratur di tepi atau di luar. Fasi akan kacau belon2 tersebut supaya susah dicari.
Kemudian beri mereka masa 5 minit untuk cari belon nama masing2.
Kemudian beri mereka masa 5 minit untuk cari belon nama masing2.
Mungkin itu agak sekejap bagi mereka.
Setelah masa tamat. Tengok berapa ramai yang dapat belon nama masing2.
Kemudian moderator boleh katakan, pegang belon berhampiran dan berikan kepada nama pemilik belon itu.
Itu akan menjadi lebih cepat.
Kesimpulan:
Belon yang sudah dicampur adukkan itu ibarat kebahagiaan kita. Bila nak cari kebahagiaan sendiri amat sukar, tapi ketika kita mula memberi, kebahgiaan kita akan datang sendiri.
Belon yang sudah dicampur adukkan itu ibarat kebahagiaan kita. Bila nak cari kebahagiaan sendiri amat sukar, tapi ketika kita mula memberi, kebahgiaan kita akan datang sendiri.
No comments:
Post a Comment