Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Saturday, 12 March 2016

Game tema kerjasama

Cadangan nama game : hero to heroooo
Alatan : sellotape

Cara:
Buat kpd beberapa kumpulan dan pastikan setiap kumpulan mempunyai bilangan ahli yg sama.

Setiap kumpulan diberikan satu sellotape dan diarahkan untuk membuat alatan yg boleh mengangkat orang (mcm tandu), boleh guna apa shj disekeliling asalkan tidak berbahaya.
 Masa yg diberikan utk membuat adalah 30 minit.

Selepas itu,di garisan permulaan setiap kumpulan sudah bersedia dgn alatan ciptaan masing2 yg diperbuat drp selotip tu. Mereka harus pergi ke garisan penamat dan kembali ke garisan awal dgn membawa org yg baru pula dan begitulah seterusnya sehingga setiap org menaikinya.Sapa paling laju dan alatannya tidak musnah,dikira sbg pemenang. Okay, skrg di garisan sedia mula!




Nama game: Istana impian
Alatan: Straw, sellotape, pemberat (spt buku)

Cara:
Setiap kumpulan diberikan segenggam straw dan sellotape.
Mereka dikehendaki membina sebuah bangunan yg kukuh menggunakan straw dan mestilah tinggi bangunan itu.

Masa yg diberikan utk membina adalah 30 minit.

Kemudian,fasi akan mengumpulkan semua ciptaan bangunan dan mengumumkan bangunan yg paling tinggi. Kemudian pemberat akan diletakkan di atas bangunan. Satu setiap bangunan. Bangunan yg roboh, akan tersingkir. Manakala bangunan yg berjaya akan ditambah satu demi satu pemberat  terhadap bangunan2 tersebut.

Bangunan terakhir yg bertahan, layak menjadi juara,,
Yeayyyy.





Nama:  Tangan kakiku
Alatan: bola pingpong

Caranya:
Setiap kumpulan harus mereka satu landasan menggunakan tangan mereka untuk bola melaluinya utk llambat sampai ke lantai. Setiap tangan ahli kumpulan harus mengena pada bola tersebut. Kiranya tangan tak boleh letak kt bawah tangan kawan.
Masa yg diberikan adalah 30 minit.
Selepas itu ada 10 minit masa percubaan. Fasi akan melalukan bola terhadap landasan itu utk setiap group dan sebarang penambah baikan utk landasan boleh dilakukan.

Baiklah, masa percubaan dah tamat. Mula pada saat pertama,bola dilepaskan,kita tengok bola sapa paling lmbat sampai ke lantai,dialah pemenangnyaa,huhuuu

Kemudian boleh twist plak buat landasan utk jatuhkan bola paling laju,,hihiii

No comments:

Post a Comment