Abu dan Ali baru sahaja berpindah ke kota raya dan berjaya mendapatkan rumah sewa yang murah di pinggir bandar. Mereka berasal daripada kawasan kampung yang sama.
Setibanya mereka di rumah itu dan mendapatkan kunci daripada tuan rumah melalui bawah pasu, mereka pun melihat isi rumah itu. Kosong, suram dan tiada apa. 'Memang patutlah, murah,' gumam Abu.
Malam itu, mereka tidur beralaskan kain pelikat serta beg baju sebagai bantal. Memandangkan tiada kipas atas dan bawah, jadi mereka membuka semua tingkap untuk angin masuk.
Tiba-tiba Abu terjaga dan terdengar bunyi sret sret di luar seolah-olah bunyi kuku panjang mencakar dinding. Abu menjengah ke luar tingkap untuk melihat binatang apa tetapi tiada apa yang dapat dilihat.
Dilihat seperti semak samun di tepi rumah bergerak-gerak. 'Mungkin binatang tu dah lari ke situ,' fikir Abu. Abu yang terjaga tidak dapat melelapkan mata, terasa rumah ini masih panas. Dia lalu masuk ke tandas untuk mandi. Dari dalam tandas, dia mendengar bunyi seseorang berjalan di luar serta memasak. "Ali kalau masak, masak lebih sekali, aku pun lapar jugak" laung Abu dari dalam tandas yang menyangka Ali memasak di dapur. Kemudian dia teringat, mereka mana ada kuali, water heater atau apa jua peralatan, dia lalu menjenguk kepala ke luar.
Ternyata dapur gelap tiada orang yang memasak. 'Aku berkhayal ke,' detik Abu.
Dia menggeleng-geleng kepala dan meneruskan mandian. Dia memang mahu berlama-lama di situ. Seketika kemudian terdengar bunyi atap bumbung tempat Abu mandi dihentak-hentak seolah ada orang di atas bumbung yang melompat-lompat. Abu merasa sangat tidak selesa. Dia lalu menjerit, ''Sapa tu, hah, hidup jangan melampau!,"
Kemudian bunyi itu berhenti dan Abu segera menyelesaikan mandian. Ketika dia mahu mengambil tuala terlihat ada sepasang mata merah sedang melihatnya dengan tajam dari celahan lubang bilik mandi. Terkejut Abu.'Sapa pulak mengintai aku tengah malam buta nih'.
Abu bergegas keluar dan melihat daripada tingkap yang memang sedia ternganga di dapur dan tiada orang di luar. 'Efesien btul kerja.'
Abu kemudian memakai baju dan melihat Ali yang lena tidur di biliknya di bawah bungkusan selimut nipis.
---------------------------------------
Ali tidur dengan lena di hadapan tingkap biliknya. Angin berhembus sekali sekala. Pintu biliknya memang terbuka luas untuk pengudaraan. Sekejap dia beralih ke kanan dan sesekali dia beralih ke kiri ternampak ada kelibat rambut panjang melihat dari tingkap. Tersenyum.
Ali menggeliat dan menguap beberapa kali. Dia melihat jam dinding menunjukkan jam 5. 'Apa salahnya siap awal untuk kerja hari ini,'. Dia kemudian mandi dan bersiap untuk berjoging sekitar kawasan kampung yang baru sahaja mereka pindah. Angin bertiup dan pintu rumah terbuka luas gara-gara Ali tidak menutup dengan rapat.
Terasa agak pelik kerana kebanyakan jalan tiada lampu dan bergelap. Kebanyakan rumah juga gelap tidak memasang lampu di dalam atau di luar rumah. Ali malas mengendahkan hal itu dan menganggap mereka semua mahu berjimat. Dengan menggunakan headlamp, dia berjoging sambil mencari surau di kawasan sekitar. Terdengar bunyi sesuatu di semak samun dan Ali segera menyuluh. Khuatir juga akan kedatangan binantang buas. Namun tiada apa. Dia lalu berjalan santai ingin menikmati udara pagi. Dari belakang ada mata yang sedang memerhati.
-------------------------------------------------------
Abu terjaga dan melihat ke luar seperti hari hendak terang.Dia segera ingin ke tandas untuk menunaikan hajat dan membersihkan diri sebelum menyembah tuhan. Namun tidak disangka air tiada. Ada tandas buruk di luar, dia pun pergi ke situ dan mendapati ada air mengalir dari paip di tandas lama di luar rumah.
Dia mengambil tuala di dalam rumah dan membiarkan pintu dapur ternganga. Sebelum dia ke tandas, dia pergi ke bilik Ali untuk mengejutkan dia dan juga untuk memberitahu supaya jangan kunci pintu dapur untuk dia masuk nanti. Tubuh kaku di bawah selimut itu dikejut berkali-kali supaya bangun namun hampa kerana seolah-olah tidur mati. 'Mungkin penat sangat kot, takpelah lepas mandi kejut lagi.'
Ketika seronok-seronok mandi di luar tandas, ada bunyi di luar tandas seperti menebas- nebas semak dan Abu tidak mahu mengendahkannya. Kemudian terdengar jejak kaki itu berjalan dan berhenti di depan pintu tandas Abu. Abu melihat di bawah ruang pintu terlihat seperti kaki melayang. Perasaan seram mula menjengah. 'Pagi-pagi pun da buat kerja, rajin betul kacau orang,' desis Abu.
Kemudian benda itu mengetuk-ngetuk pintunya dengan kuat. Abu tidak tahu mahu bereaksi apa.
Terdengar bunyi kayu seperti disendal di hadapan pintu tandas Abu menyebabkan Abu tidak dapat keluar.
Dia menolak pintu itu dengan kuat namun hampa.Lalu dia menarik nafas dan menendang pintu itu dengan kuat sebelum pintu itu terbuka.
Abu seperti hendak marah, "Tak guna Ali ke nak kenakan aku pagi-pagi ni. Jagalah dia," . Ketika hendak masuk ke pintu dapur yang sudah sedia terbuka itu, Abu ternampak bayang-bayang laju melintasinya memegang pisau. Abu tergamam dan berhasrat menyorok kembali ke tandas lama.
Saat dia berlari ada benda ikut mengejar daripada belakang yang membuatnya semakin berdebar.
Ketika dia masuk ke tandas lama itu dan menutup pintu tandas, terkejut bukan kepalang, ada benda bergayut di belakang pintu menghadap pintu. Abu terjerit kemudian perlahan-lahan kepala benda itu menoleh ke arah Abu sambil merenyeh.
Abu segera ingin keluar dari situ sebelum benda itu memanjangkan tangannya dan memegang kain tuala Abu.
--------------------------------------------
Ali bersiar-siar di kawasan kampung itu dan melihat jumlah langkah di jam smart watchnya. Dia sudah melangkah hampir 10 ribu langkah namun kelibat orang, kedai mahupun surau tidak dijumpainya. Dia juga mulai sedar yang seakan-akan dia berpusing di tempat yang sama. Dia kemudian mematahkan satu dahan yang dijumpainya dan selepas 10 minit dia menjumpai dahan yang sama. Ali bingung. Tiba-tiba ada getaran dalam seluarnya dan terkeluar bunyi:
I'm a survivor (What?)
I'm not gon' give up (What?)
I'm not gon' stop (What?)
I'm gon' work harder (What?)
I'm a survivor (What?)
I'm gonna make it (What?)
I will survive (What?)
Keep on survivin' (What?)
I'm a survivor (What?)
I'm not gon' give up (What?)
I'm not gon' stop (What?)
I'm gon' work harder (What?)
Caller ringtone Ali berbunyi kuat.
Ali tidak mahu berputus asa, dia kemudia mengetuk pintu salah sebuah rumah di situ. Namun hampa ketukan bertalu-talunya tiada jawapan. Semua rumah juga menunjukkan reaksi yang sama. Akhirnya Ali bertekad untuk memecah masuk rumah itu. Dalam rumah itu serta rumah-rumah lainnya, semua seperti rumah tinggal tidak berpenghuni. Dia ke bilik dan melihat ada susuk yang terbaring dengan selimut nipis.
Dia menyelak dan sebelum sempat melihat insan di balik selimut terdengar bunyi pintu dapur terbuka. Dia menoleh dan berpaling semula melihat insan yang baring ternyata kerangka mayat dengan mulut ternganga sambil tangan naik ke atas. Sungguh mengejutkan.
Ali lantas ke dapur dan melihat ada sosok hitam memasuki kawasan belakang rumah. Di situ dia melihat ada tandas dan semak samun. Dia pun mengambil pisau dan mula menebas-nebas semak di luar dapur sebelum terdengar bunyi orang mandi di tandas lama itu. Dia ingin melihat orang di dalam, tetapi amat tidak mungkin dengan gelap dan suasana sunyi seperti itu makhluk bernama manusia di situ. Dia mengambil kayu dan menyendal pintu tandas itu lalu masuk ke dapur.
Tiba-tiba dari arah semak, muncul makhluk menyeringai dan menerkamya dengan laju sebelum dia sempat berbuat apa-apa.
Dia seperti mamai, mabuk dan tidak sedar apa yang dibuatnya selepas itu.
----------------------------------
Abu sekarang berada di dalam bilik, mengunci kejap pintu dan cepat-cepat memakai baju dan seluar. Dia mengintai melalui lubang pintu untuk melihat jika ada benda di luar. Ternyata ada sosok sama sepertinya sedang mengintai juga lubang pintu. Jelas seperti cerminan dirinya.
Dia terkejut dan berundur ke belakang, terlanggar dinding dan pintu biliknya berbunyi seperti dilanggar figura itu. Dia kemudian mengintai lagi di lubang pintu dan ada mata disebelah sana yang ikut mengintai.
Pengsan sekejap.
------------------------------------
Ali tidak sedar sekarang pukul berapa dan berada di mana. Dia seperti baru lepas bangun daripada tidur yang panjang. Termangu-mangu.
No comments:
Post a Comment