Labels

Cerpen (18) html (16) movie (12) modul (7) Business (3) Kisah Cinta tipu-tipu (2) SAP Security (2) c++ (2)

Tuesday, 30 July 2024

Kisah Cinta tipu-tipu Episod 2

Alif melihat Aena seakan terpegun melihat kalung itu, lalu merasa gembira kerana Aena seakan senang dengan hadiah itu.

“Awak ambil lah loket ni, sesuai untuk awak” hulur Alif. Aena mengambilnya dan setelah pelbagai persoalan bermain dalam fikiran dia pun bertanya, “Awak tinggal dalam banglo di Bukit Assam tu ke?” Alif terkejut. “Eh macam mana awak tahu? Stalk saya ye…..”

 

“Bukan…bukan..”


"Saya main teka2 je..."

hahahaa Alif gelak berdekah. 

"Awak ni agak2 lah, kita baru kenal pastu tekaan awk random sgt...klu awk teka sy suka warna biru pastu betul kira ok lgi sbb xbyk pilihan warna...ni tempat kot. ada beratus2. awk bkn sebut negeri tpi betul2 nama tempat. Dah2 sy nk dgr penjelasan awk dsebalik tekaan tu. Jom g minum"


"Oh...sy masih kena kerja..."

Lekas tangan Aena menyapu nyampah.

"Baik. Klu mcm tu sy tunggu awk smp hbis keje. sy nk kan penjelasan awk hari ni jgak,"

Aena mula tergamam. Adui aq punya nk larik skli terlepas ayat tak patut. Aena rasa ingin memarahi dirinya kerana tidak berhati2 dalam berkata2 hingga menjeratkan diri dalam situasi kekok ini.


"Sebenanrnya sy dpt mimpi malam tadi..." Ilham Aena untuk mengelak pun muncul. Sy harap itu menjelaskan dan tak perlu membazir duit, tenaga dan masa minum kat luar.

"Uish! Ni buat saya lagi curious..kita baru jumpa sekali awk da termimpi2 bumbung rmh sy? Sekali nama tempat plak tu. Ceritakan lebih byk ttg mimpi awk tu. Sy nk dgr dan verify betul ke x maklumat awk dpt tu."

'Ah sudah...'

"Pastu sy mimpi ada naga terbang tiup api dia da jadi merepek2, jdi xde maklumat lain dah utk awk verify.."

"Hebat awk eah.." ujar Alif sambil mengelus janggut nipis di dagunya.

Riak muka Aena da berubah cuak. Adakah dia da tahu aq memain..

"camne awk pandai ckp English, hebatla tukang sapu pun pandai sebut verify."

lol. ingt apa lah td. 


"Hey ingt sy xbljr sekolah ke?"

"Haha takdelah, okla skrg da pkul 5 waktu utk awk checkout. Jom sy nk culik awk bwk jln2"

"Sorry sy xrela diculik awk" Aena berlalu pergi dari situ dengan kadar segera.

Alif menjerit memanggil dari kejauhan, "awk awk nama awk apa".


Aena keesokan harinya ingin menukar tempat sapu sampah daripada di depan bangunan ke bahagian lain kerana dia tidak mahu terserempak dengan Alif. Namun semua orang tidak mahu bertukar kerana sudah selesa dengan tempat masing-masing. Lagipun di bhg depan kena pastikan betul2 bersih kerana itulah tempat pertama orang lalu lalang jadi siapa yang mahu kerja lebih setelah ada kerja sedia ada yang senang.


Aena pasrah. Dia meneruskan kerja seperti biasa dan mahu mempercepatkan kerja supaya tidak terjumpa lagi itupun jika dia datang hari ini.


Setelah siap menyapu dan mengemop lantai dengan cepat Aena bersiap untuk menyorok di belakang. 
Alif: Wah cepat, cekap dan efesien ya awk keje hari ni? Tak sabar nk keluar dengan saya ya.
Dah jom kita kluar makan sy lapar.

Aena: Eh eh sy ada urusanlah lps kerja sori awk. pastu sy da kenyang.

Alif: Kenyang makan apa?
Aena : tak ingat
Alif: Sy xnmpk pun awk mkn lunch td...yg sy nmpk awk baring2 kt tangga.
Aena dengan muka terkejut: Apa?! Awk stalk sy? Sy report polis
Alif: Polis..polis... sy nk buat aduan dulu. Ada orang curi benda penting dalam hidup sy..
Aena: Apa? kata Aena sambil menjeling.
Alif: Ada orang mencuri perhatian sy...wakaka
hahah

Alif sendiri pun hairan bagaimana dia boleh berkelakuan dan berkata yang sedemikian jauh berbeza dgn karakter sebenar dia yang selalu berdiam diri.
Dia rasa seolah sudah kenal lama dengan Aena dan watak perempuan itu menarik untuk lebih dikenali.

Aena: Ok fine.. jdi apa  yg patut sy bt spya awk xkacau sy kerja lagi?  sy xtenang tau x? awk kata sy curi perhatian awk? awk plak curi ketenangan kerja sy bole plak??
Aena mula sedikit berangin.

Alif: woooo rilek2 chill cool.. ok awk ikut sy skli ni pastu sy janji dah xkn kacau awk lgi boleh?

Aena berfikir pjg dan kemudian menghantar msg kpd adiknya sebelum mengangguk setuju.
Aena: kena berpegang pada janji ye utk xkacau sy lh....dan satu lgi saya ikut ni jgn bt yg bkn2 sy ada karate. haa

Alif hanya tergelak.

--------------------------

Tempat yang paling Aena nak elak untuk jejakkan kaki dan disitulah kakinya berpijak sekarang. Rumah agam tempat dia pernah menjadi orang gaji. Rumah keluarga Aeman, majikannya. 

----------------------------

"Kenapa awk bawak sy ke sini.."
"Saya saja nak bawak awk ke sini sbb awk kan smp termimpi2 bumbung rmh sy, sama x dgn mimpi awk? jgn risau sy bkn tinggal sorg kt sini tpi dgn family ada org gaji skli. Family ada buat majlis makan2 kt dalam, boleh lah join skli hari ni."

"Saya pening kepala, sy nk baliklah."
"Maila masuk tngok2 dlu, xmkn pun xpe..."
"sy xnk nnti sy pengsan. sy xsuka klu ramai2 org nnt sesak nafas" helah Aena.
"ok baik2. sori awk"

----------------------------------------------------
Di rumah Aena sedang berfikir utk menukar kerja lain supaya dia tak terlibat dengan keluarga itu lagi.


Dia memejamkan mata ingin melupakan segalanya. 
'Oh sampai bila lah aku kena berlari-lari bertukar kerja bagai. Macam pesalah yang lari dari penjara je gayanya'

Malam itu dia bermimpi...

Aeman mendatanginya dalam keadaan terawang-awang, ''Aena...ketahuilah sesuatu...saya sangat sayangkan awak. Sangat-sangat..."
Riak Aena sangat terkejut. 
Aeman menyambung, "Awak dah ambil seluruh hati saya dan seluruh hidup saya." Mata Aena sebak dan sambil air mata mengalir tanpa izin, Aena meminta maaf.
"Saya tak berniat nak bermain dengan hati sesiapa, saya minta maaf jika melukai awak tapi kenapa sampai sekarang awak tak pernah muncul dalam hidup saya jika benar awak sayang?"

Aeman hanya tersenyum kecil sebelum bayangannya hilang ditiup angin..

Aena terjaga. Dalam jaganya air matanya mengalir juga. Terasa seperti mimpi yang ikhlas atau mungkin ini adalah pengharapan paling dalam daripada lubuk hatinya?

Aedel adiknya sering menasihatkan supaya melupakan kisah lama dan teruskan kehidupan baru tanpa lelaki kaya tersebut. Namun, seperti ada untaian tersimpul yang belum terurai.

-------------------------------------------

Di hadapan rumah agam itu, dia beranikan diri menekan loceng. Dia perlukan penjelasan yang pasti. Adakah Aeman sudah bahagia dengan orang lain seperti sangkaannya atau ada kisah lain? Dia bersedia untuk dimaki,dihina bahkan untuk dihalau keluar saat loceng rumah itu ditekan.

Terjengul keluar guard baru dan mempersilakan dia masuk saat dia diterima untuk melawat Alif.

Di hadapan taman kecil di hadapan rumah itu, Alif tersenyum2. Pertama melihat Aena memakai kalung pemberiannya dan kedua usaha Aena mendatangi dirinya.
"Ya Aena, apa yang saya boleh bantu? Susah2 awak datang rumah saya. Kalau rindu katakan rindu, tidak perlu tercari2"

"Malam tadi saya mimpi..."

"Oh, nampaknya parah awak ni, mimpikan saya berkali2 saya faham saya kacak saya..."

Sebelum Alif sempat menghabiskan ayatnya Aena menyampuk, "Saya sebenarnya mencari Aeman..."

Alif terdiam.
Alif sedar yang dia sedang mengambil tempat Aeman sekarang ini. Arwah Aeman yang lebih tepat.

"Macam mana awk kenal Aeman?"

Aena tidak tahu untuk bercerita bagaimana. Lalu bergumam ringkas, "Kami pernah bercinta dan dia pernah berikan kalung ini kepada saya."

Alif terdiam.

"Bila kali terakhir awak jumpa dia?"

"Saya pernah berkerja di sini dan sebelum dia berlepas ke luar negara, itulah kali terakhir saya berjumpa dengan dia. Hmm..dia masih tinggal di sini ke?" tanya Aena.

Alif tidak tahu harus bercerita bagaimana juga. Lidahnya kelu.
"Boleh ke, esok saya bawak awak jumpa Aeman?"

"Baiklah"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alif menyelongkar di dalam stor mencari barang-barang kepunyaan Aeman dan dia terjumpa buku tulisan. Ternyata ada diari tersimpan di situ. Dia laju membuka dan membaca keseluruhan isi dalam satu duduk.

Kotak kayu itu diambil lalu dilap kemas sebelum dibawa keluar. Datin yang kebetulan melalui kawasan tersebut tertanya2 keadaan Alif yang mengalir air mata keluar daripada stor.
"Saya dah baca diari Aeman dan saya sudah berjumpa Aena.."
Datin terkejut.
Alif lalu menyambung, "Izinkan saya memberi barang2 Aena kepada tuannya semula."
Datin gugup lalu berkata, "Baiklah. Nanti bila jumpa Aena sampaikan maaf datin kepadanya juga.."

=====================================

Babak akhir

Keesokan harinya awal pagi Aena terpacak di tempat yang dijanjikan. Aedel ingin menemani tetapi ditolak Aena atas alasan ingin menghadapi situasi ini secara matang. Hatinya berdebar-debar ingin berjumpa dengan Aeman.
Seribu satu macam persoalan bermain di fikiran. 'Apa yang terjadi pada dia? Keadaan  yang bagaimana dia sekarang hingga dia tidak boleh berjumpa aku sendiri, hilang ingatankah, apakah? atau Datin sudah menjodohkan dia dengan orang lain? Sudah beranak-pinak?'

Akhirnya wajah Alif terpacul jua.

Membawa sebakul barang berisi hadiah serta telefon yang pernah menjadi miliknya pemberian Aeman.
"Apa ni?"
Alif menjelaskan,"Datin nak minta maaf sebab pernah ambil barang awak. Ini saya pulangkan semula. Saya harap awak dapat terima. Saya yakin dan pasti yang Aeman pun mahu perkara yang sama."

"Dimana Aeman?"

Alif lalu mengajak Aena ke keretanya lalu membuka pintu penumpang hadapan,
"Mari ikut saya tunjukkan,"

============================
Mereka berhenti di kawasan perkuburan dan Aena berasa sangat tidak sedap hati.
Permainan apakah ini lagi. Jangan prank yang bukan2 sudah.

Mereka membaca doa masuk kubur lalu Aena mengikuti Alif daripada belakang sehingga sampai di hujung kawasan perkuburan dan tertera nama Aeman di batu nisan tersebut.
Mata Aena seakan tidak percaya lalu matanya mahukan penjelasan.

"Sejak bila..." lirih Aina bertanya...

"Dia sebenarnya sangat sayangkan awak...saya dah baca diari tulisan dia...serta saya juga dah tanya Datin tentang dia.."

Alif melanjutkan, "Kalau awak nak tahu, Alif berhajat untuk melamar awak di Swiss...Datin tahu hal ini, sebab itulah dia menghalang untuk awak pergi kerana tidak mahu bermenantukan orang biasa.."

"Dia juga sebenarnya diam-diam membeli tanah sebelah rumah awak untuk tinggal hingga tua di tempat yang awak sukai. Di jarinya ketika meninggal terdapat cincin yang terukir nama awak dan mayatnya dijumpai sedang mencium cincin tersebut.."

Aena menangis kerana dia tidak tahu menahu langsung tentang hal ini.

Dia kemudian berasa bersalah kerana memberi cinta tipu-tipu sahaja kepada Aeman selama ini sedangkan Aeman tulus mencintainya..

Di kubur itu, Aena menyedekahkan bacaan Alfatihah dan berazam untuk setiap hari sebelum subuh memberi sedekah atas nama Aeman dan menyedekahkan Alfatihah kepadanya.

Meskipun mereka tidak dapat bersama di dunia, mudah-mudahan di akhirat mereka berjumpa dan saling tulus mencintai.

Sekian...





No comments:

Post a Comment