Labels

Cerpen (18) html (16) movie (11) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Thursday, 24 July 2025

Door to Door Sinopsis serta Pandangan. (Salesman movie)


Sinopsis:


Diinsipirasikan daripada kisah benar.


Mengisahkan seorang yang ada sakit tulang belakang, dan terlihat jalan terhenjut2 serta bongkok serta kelihatan tidak sihat di mata orang dan menjadi salesman, dari pintu ke pintu hingga akhirnya dia menjadi top salesman dalam company tersebut.


Ibunya merupakan seorang yang selalu menyemangatinya.


Ibunya selalu menyuruh dia untuk sentiasa sabar dan konsisten dalam pekerjaan.

Dia berkali kali dirijek ketika meminta pekerjaan, tetapi dia meminta pekerjaan itu berkali-kali sehingga recruiter menyerah dan memberikan dia kerja tersebut. Tidak salah penulis, kerja ini tiada basic dan berdasarkan komisyen semata-mata.


Jadi recruiter tidak rugi apa2 jika dia tak dapat sales. Dia memujuk bahawa recruiter itu akan menjadi hero jika memberikan dia pekerjaan. Akhirnya dia mendapat juga pekerjaan tersebut.


Waktu tengahri ibunya selalu membekalkan dia dengan makanan.


Dia selalu pergi pintu ke pintu tanpa henti. Ada yang dia nampak budak menangis2 dalam rumah, binantang menyalak2 , pergaduhan rumah tangga, kecurangan, wanita yang kesunyian dan lain2 watak yang ditemui setiap kali mengetuk pintu. Meskipun ada yg ingin memberi dia sedekah kerana kasihan, tetapi dia menolak. kerana dia bukan peminta sedekah tetapi penjual barang.

Akhirnya ada juga orang membeli drp dia.

Saat ada orang membeli drp dia mulai bersemangat tetapi recruiter tidak mahu mengambil dia berkerja lagi.

Manager tersebut mengatakan yang dia ada mendapat aduan drp komuniti yg mereka takut melihat dia, kerana itulah dia terpaksa diberhentikan.

Bill Porter menyatakan yg dia akan cuba selesaikan isu tersebut dan berikan dia sebulan lagi tempoh sebelum dia diberhentikan kerana dia masih sedang membina skill. Ia mengambil masa.

Dia mencuba menjadi ramah, mesra kelakar untuk semua orang supaya tiada yg rasa takut dengan dia.

Suatu hari ibunya yg selalu menjaga dia, mendapat penyakit spt nyanyuk. Ibunya tidak ingat apa2 dan hampir membakar rumah penuh asap.

Akhirnya dgn berat hati Bill menghantar ibunya ke rumah orang tua untuk mendapat penjagaan namun ibunya meninggal tidak lama kemudian.

Bill merasa sangat sedih.

Dia berjumpa dengan doktor atas faktor kesihatan.

Doktor menyatakan yang dia tidak boleh bekerja lagi, kerana tulang belakang dia sangat lemah. Tidak boleh berjalan terlalu lama. 



Bill menerima berita itu dengan berat hati dan mengambil keputusan untuk mengupah orang gaji untuk melakukan kerja berat sambil dia masih bekerja sbg salesman.

Orang yg dtg setelah melihat kekurangan dirinya, terus menarik diri drp menjadi orang gaji kerana terlihat sgt sukar mengurus orang yg tidak spt kbykn org lain.

Akhirnya ada seorang student universiti yang mahu pekerjaan tersebut. Dia melakukan pekerjaannya dengan sangat baik sehingga Bill tersalah anggap bahawa mungkin kah ini perasaan lebih daripada sayang.

Setelah mendapat tahu Shelly mempunyai boyfriend, hancur hatinya dan dia terus bekerja keras untuk membuktikan kemampuannya berdikari dalam pekerjaan.


Akhirnya dia dinobatkan sbg top sales terbaik tahun tersebut.

Ucapan nya mudah:
Saya suka menjadi salesman. Ayah saya seorang salesman. 
Saya harap ayah saya di sini. Mak saya yang selalu menasihati saya untuk sentiasa sabar dan konsisten.
Terima kasih.

Dengan aliran air mata, di atas pentas ucapan tersebut menerima tepukan gemuruh dan stand oviation drp org ramai.

Masih pjg lg ceritanya...tetapi sy highlightkan di sini bahawa meskipun penampilan dia tidak sempurna, dia mampu mencapai apa yg dia mahukan.

Komuniti juga terlihat sgt syg kpd Bill Porter sehingga kisah dia yg menggembirakan org tersiar di akhbar.




*gmbr division door to door yg sudah ditutup company. maknanya department tu dah xwujud. hanya telesales. Bill antara yg terkesan dan kehilangan pekerjaan.



Kisah inspirasi Bill di dalam akhbar tetapi Bill tak peduli sgt pasal tulisan tu sbb skrg ni dia tgh takde keje!

Bagaimanapun good ending. Happy ending. Komuniti gembira, dia terlihat gembira.

Berbaloi untuk ditonton untuk mengutip pengajaran berharga.



Berikut link untuk cerita penuh di youtube: 

 https://www.youtube.com/watch?v=bEq6QMuQ5f8


No comments:

Post a Comment