Sedikit latar belakang saya yang menulis, tidak biasa bercinta dan tidak berkahwin lagi. Tiada kawan rapat dan hidup keseorangan. Hasil tulisan daripada bacaan, movie serta pemerhatian saya, jadi nasihat pendapat dan komen daripada yg berpengalaman amat dialu-alukan.
Seni dalam perhubungan yang kekal panjang serta bahagia.
1. Mintak maaf.
Memang mudah nak minta maaf bila buat salah, tetapi sampai ada satu tahap pasangan atau diri orang itu rasa terlalu banyak buat salah dan kesalahan itu sendiri adalah diri dia membuatkan dia tidak dapat mintak maaf. Contoh suka pakai baju lusuh. Di mata orang dia sedang berbuat kesalahan dengan memalukan imej keluarga, menunjukkan sangat kemiskinan atau terlihat tidak padan berjalan sekali dengan gaya selekeh padahal dia memang suka pakai vintage macam tu.
Kesimpulannya : jika kesalahan atau perkara yg dianggap salah dalam komuniti/keluarga itu, tetaplah meminta maaf dan cuba berikan penjelasan supaya mereka faham akhirnya. Jika mereka tidak faham atau pasangan tak faham kenapa masih buat kesalahn itu spt pakai baju sama selama seminggu, teruskan mintak maaf. Di mata mereka , kita sedar yg kita sedang buat kesalahan dan mengakuinya.
2. Menerima maaf.
Saat kita meminta maaf, kita mahu dimaafkan. Begitu juga apabila pasangan, adik beradik atau keluarga membuat kesalahan kecil atau yang sangat dalam contohnya menghina di hadapan orang ramai sehingga rasa tak boleh tngok muka dia lagi kerana akan teringat kejadian jelik yg paling pahit itu. Tetaplah memberi maaf.
Memberi maaf bukan kerana kita melupakan kejadian itu tetapi kita menerima keadaan/situasi itu telah berlaku dan mengambil pengajaran daripadanya.
Kesalahan paling kecil hinggalah yang paling besar, kita cuba maafkan dan terima..itulah rahsia perhubungan untuk terus bahagia,,,
Memang benar ianya sangat pahit untuk perbuatan yg dilakukan orang itu, tetapi kita harus sedar bahawa hidup ini harus berani melepaskan apa/perkara yg bukan tertakdir menjadi milik kita dan belajar untuk menerima dengan kekuatan hidup tanpanya.
3. Belajar untuk berkomunikasi
A) Kadang mereka cuba sampaikan perkara yang baik untuk kita, tetapi di telinga kita dengar seperti dikritik, dibenci, dihina atau sewaktu dengannya yang membuatkan emosi kita tercalar sekaligus menimbulkan kebencian kepada sosok tersebut.
Daripada kita mengatakan ayat seperti, "awak ni melampau!" sebaiknya kita menyatakan dengan ayat berbunyi, "SAYA RASA awak ni melampau bila awak letak sabun baju 10 genggam". Dalam ayat itu, kita menyatakan perasaan yang kita rasakan apabila mereka melakukan sesuatu hal berbanding ayat pertama yang berbunyi tuduhan menyakitkan.
Pendengar ayat pertama akan respon macam mana? selalunya membawa kepada pergaduhan/perbincangan yg mungkin berlarutan. sedang ayat kedua lebih kepada menggali punca kepada permasalahan itu sendiri dan jawapan pendengar akan cuba menyelesaikan permasalahan itu sendiri.
B) Selalulah berterima kasih untuk segala apa yang dilakukan oleh pihak lain dari yang sekecil2 perkara hinggalah sebesar2 perkara supaya mereka merasakan setiap usaha mereka dilihat dan dihargai.
C) Sekiranya ada perkara yang dilakukan boleh membuat kecil hati, terasa diremehkan di hadapan rakan2 mereka, sebaiknya komunikasi dengan baik supaya kefahaman diantara dua pihak dapat dicapai. Kebanyakan kes penceraian berlaku disebabkan mereka memendam rasa itu sehingga lama-lama membarah dalam diri kemudian bila tidak tertahan lagi, segalanya mungkin terlambat sehingga pasangan tidak tahu menahu langsung bahawa dirinya sedang dalam kesilapan atau kebencian dalam diam.
Kesimpulannya: Sentiasa belajar dan terus belajar berkomunikasi secara efektif.
4 Mengajar untuk komunikasi.
Jika pasangan hanya diam, merajuk dan tak mahu cakap. Bagaimana harus atasi permasalah ini sedang sangat sayang kepada perhubungan ini. Langkah pertama adalah ajarkan dengan cara yang sangat berhemah dan sopan tentang respon yang baik. Tanamkan dalam kepala sentiasa akan ada dua kemungkinan iaitu diterima atau ditolak. Tidak kisah apakah hasilnya yang penting usaha kita.
5. Berani bertindak untuk membaiki
Pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk membaiki hubungan yang retak seperti lazimnya yang dilakukan orang-orang adalah berpura-pura tidak tahu, minta diajarkan, beralah dahulu, bertolak ansur dan lain-lain tindakan yang mampu dilakukan untuk menyelamatkan hubungan.
6. Sentiasa cuba untuk memandang positif
cubalah sentiasa memandang pasangan dengan mata hormat sama seperti mula2 kita kenal/jatuh cinta dengan dia. Cuba untuk menutupi aibnya, menyokong di setiap masa susahnya dan selalulah merasa apa sahaja yang kita lakukan sebenarnya tidak cukup dalam hubungan.
Teringat kata-kata Khadijah isteri Nabi, dia menangis bukan kerana harta dia habis tetapi sebab tiada apa lagi yang boleh diguna untuk membantu perjuangan Nabi.
Akhir kata hubungan untuk kekal lama harus ada kesinambungan usaha dari kedua belah pihak dan harus sentiasa belajar untuk memahami supaya tidak berlaku seperti drama Familiar Wife .
Kenapa dia tetap pergi juga? selalunya sebab apa yang dia cari tidak jumpa pada waktu itu dan di tempat itu..................
Manusia hati mereka mudah berubah-ubah. Seseorang pernah menyatakan bahwa usah percaya pada kata-kata manusia kerana mereka pun kadang tertipu dengan fahaman dan kehendak mereka, tetapi perhatikanlah betul2 PERLAKUAN mereka kerana itu jarang menipu dan jelas menunjukkan kesukaan/kebencian dalam hati mereka....
Semakin cepat sedar, semakin mudah hubungan untuk diselamatkan, dan cara tercepat untuk sedar adalah melalui komunikasi yang EFEKTIF.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=rgQvqi6aYD8
No comments:
Post a Comment