Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Tuesday, 20 December 2022

Modul kreatif, best dan tidak bosan. Sesuai untuk kanak-kanak.

 Modul kreatif.

1. Bahagikan kepada kumpulan dan pastikan setiap orang boleh muat dalam sehelai kertas A4.
Penyelesaian kepada modul ini ada dalam video berikut.
https://www.facebook.com/watch/?v=530542135611186 2. Kegunaan gear utk pergerakan https://www.instagram.com/reel/CiwZUonBM9-/?igshid=YmMyMTA2M2Y= 3. Pilih imej orang atau apa-apa gambar yang menarik dan print gambar spiral itu. Kemudian warnakan spiral itu untuk menghasilkan gambar. https://spiralbetty.com/

4. Cara menghasilkan kapal terbang kertas yang unik. Boleh bertanding siapa yang paling laju.


6. Cara menghasilkan kapal terbang bentuk kelawar.  Boleh bertanding siapa terbang paling jauh.

7. Permainan ini memerlukan tiang dan tali. Boleh dinamakan kura2 dan arnab, siapa paling laju.

8. Permainan ini hanya perlukan kertas. Tengok sejauh mana anjing boleh kalahkan kucing.

9. Menjadi kreatif menghasilkan lukisan indah menggunakan kayu, kertas dan daun2 kering. 


Aktivit menarik guna kertas

Friday, 16 December 2022

Senarai Cerita Best untuk tontonan semua

 Best movie to chill up.


1. English Vinglish

Mengisahkan isteri yang dipandang rendah keluarga kerana dia tidak pandai cakap English. Sering dimarahi, dimalukan dan terpinggir. Akhirnya dia berjaya membuktikan bahawa dia juga mampu berdiri setara dengan orang lain.

2. Yevadu (cerita tamil ada dekat Youtube.)

Bertema keberanian. Ada dua sisi kisah ini tetapi ambil sisi kedua dimana sebuah kampung yang sering ditindas oleh seorang kaya. Hero cuba mengembalikan perasaan berani kepada mereka dan mengajak mereka supaya bersatu menentang orang kaya itu. Hero meskipun mati dibunuh tetapi semangat kesatuan dan keberanian yang disuburkan tidak akan pernah padam dalam kampung itu. Akhirnya orang kaya itu mendapat balasan saat penyamar menyemarakkan rasa kesatuan itu.

3. Horton Hears a Who! (boleh dijadikan cerita wayang dekat asrama)

Gajah itu mampu mendengar suara halus. Ternyata dalam debu itu ada kehidupan bermasyarakat. Di akhir cerita kita akhirnya sedar bahawa kita juga ibarat jutaan debu di dalam angkasa raya ini. A person still a person, no matter how small it is.

4. Fantastic Mr Fox.

Mr Fox yang miskin sangat licik mengambil ayam. Strategi Mr Fox berlawan dengan usahawan peladang meski tidak bersua muka.Meskipun Mr Fox dikepung dengan bom dan perlu menyerah namun akhirnya kemenangan berpihak kepada Mr Fox dan mengalahkan usahawan peladang kaya itu dengan teruk sekali.

5. The Mortal Instruments: City of Bones (2013) Fantasi dan aksi

Cerita bertema keberanian. Seorang wanita menjalani kehidupan seperti biasa. Pergi sekolah dan berkawan sehinggalah suatu hari perkara menakutkan menimpa dirinya. Ternyata dia terlibat dalam dunia mistik tanpa disedari dan bagaimana dia ingin menyelamatkan ibunya dari dunia yang menakutkan itu tanpa ilmu pertahanan diri.

6. Legend of The Legend of Hei 2019 ‧ Fantasy/Action ‧ 1h 41m

Pelajaran yang dapat diambil dari cerita ini adalah kita takkan tahu pihak mana yang benar dan salah dengan sedikit informasi dan pandangan yang kita ada. Jawapan terakhir ada pada penonton sendiri untuk menentukan pihak mana yang betul dan salah. Pada pendapat saya keduanya betul cuma usah menetapkan pegangan itu terlampau kuat sehingga sanggup memusnahkan dan memudaratkan orang lain.

Senarai tambahan yang lain sila tambah di ruangan komen. ^^

Thursday, 24 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod Akhir)

 Daniyah menyibukkan diri dengan kegiatan dakwah dan berpesatuan. Petang itu dia baru sahaja selesai daripada memberikan makanan kepada fakir miskin di kawasan terpencil bersama-sama sahabat yang lain. Dia mahu mandi dan beristirihat. Datang panggilan telefon dalam begnya, lantas dia menjawab. Ternyata ada beberapa urusan yang perlu diuruskan tentang persiapan majlis ilmu yang akan diadakan nanti. Setelah mandi dia terus keluar tanpa sempat menjamah apa-apa makanan.


Syurahbil menerima panggilan daripada pengerusi persatuan dakwah. Dia sibuk menguruskan kemasukan pelajar baru sebagai ajk dan menekuni ilmu dengan para ulama. SMS dan panggilan daripada tunangya tidak sempat untuk dibalas lagi.


Beberapa minggu kemudian.


Syurahbil sudah pulang ke tanah airnya. Ibunya berasa sangat gembira dan berpuas hati setelah sekian lama akhirnya permintaannya tertunai jua. Dia ingin Syurahbil melangsungkan perkahwinan dengan segera. Raisa tidak mahu terburu-buru kerana sekarang merupakan puncak kejayaannya sebagai pelakon tetapi dia tidak menolak pada masa akan datang dia perlukan peneman yang menyakinkan.


Malam itu dan seperti malam-malam lainnya, Syurahbil berdoa di atas sejadah memohon petunjuk hidayah tuhan. Hatinya mahu melupakan muslimah itu namun sesibuk mana pun dia, tetap ada gemersik lembut menjentik hatinya tentang wanita itu. 'Ah,lupakan, dia sebentar lagi akan jadi milik orang.'


"Esok akad nikah akan diadakan di Masjid Khadijah. Jangan lambat bersiap." Ujar ibu Daniyah kepada anak-anaknya. Matanya tertumpu kepada muka Daniyah. Tidak dapat dipastikan riak seperti apa itu. Tak terlihat gembira, gugup atau keliru cuma seperti pasrah dengan keadaan.

Ketika subuh hendak menjelma, Daniyah menunaikan solat sunat sebelum subuh. Sebelum itu dia bangun bertahajud merayu bersungguh-sungguh kepada tuhannya untuk membantunya dalam membuat keputusan ini.Doanya seperti pada waktu sahur yang sebelum-sebelum ini, mahu dikurniakan kebaikan serta ketaatan dalam berpasangan. Di waktu sahur itu dia berdoa mohon untuk diluputkan rasa cinta kepada lelaki lain yang bukan suaminya kerana hal hati ini walaupun puas untuk dilupakan namun masih menyergah dan memeluk erat hatinya. Dia tidak mahu berlaku curang meskipun di dalam hati.

"Ya Allah, aku mohon kepadamu, hilangkanlah bayangan Syurahbil dalam hatiku andai bukan dia tertulis dalam takdir jodohku..." Di balik pintu, ibu Daniyah mengelap air mata.

Pagi yang hening itu, ketika berada di masjid dan bersedia untuk membina alam baru bagi 2 mempelai, sekumpulan polis datang. Mereka datang untuk menyoal siasat Cikgu Jabil berkenaan kes kemalangan yang melibatkan Raisa Adriana.  Raisa dilaporkan nazak dan sedang berada di hospital bertarung nyawa. Semua orang gempar.


 Syurahbil mengesat air matanya. Datin Lily marah-marah dan tidak jelas kepada siapa. Raisa disahkan meninggal dunia. Keluarga Raisa yang berada di luar negara sedang dalam perjalanan untuk kembali mengambil mayat ketika menerima khabar duka itu.

Maqsing-masing terkejut, terkelu dan terkedu di masjid itu. Tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka bahawa Cikgu Jabil boleh terlibat dalam perkara sebegitu. Lagipun apa faedah yang diterima? "Ini semua fitnah!". Masih bergema suara jeritan dan penafian yang sangat lantang itu.

"Doamu dijawab tuhan", bisik ibu Daniyah. Daniyah tersentak dan jelas tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh ibunya.


Tamat Siri 1.



Wednesday, 16 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod 5)

Raisa Adriana selesai merias dirinya. Dia ingin mengunjungi rumah anak yatim bersama krew produksi untuk program santai anak yatim bersama artis. Dia merupakan artis jemputan minggu ini.

Dalam hati Raisa dia memang sukakan budak terutama anak yatim kerana mereka tiada penjaga yang benar-benar menatang mereka seperti mereka yang punyai ibu bapa. Dia teringin mempunyai anak tetapi takut akan risiko badan selepas kelahiran dan juga populariti selalunya akan menurun selepas berkahwin apatah lagi mempunyai anak. 

Selesai penggambaran, Datin Lily yang menunggu tidak jauh dari kawasan penggambaran datang menghampiri. Dalam hati Raisa,'ni tak lain mesti nak cakap pasal kahwin atau pasal lelaki. Bosan betul'.
Raisa tersenyum sambil memberi salam kepada Datin Lily. Perlakuan mereka tidak lepas dari lensa selebriti, ada sahaja kamera yang bekerja. 

Datin Lily yang menyedari kelakuan mereka diperhati wartawan memeluk Raisa seolah-olah mereka rapat dan menyatakan secara berbisik kepada Raisa untuk berjumpa di tempat lebih privasi. 

Di dalam bilik mekap, ibu Syurahbil menyatakan tindakan Syurahbil sangat melampau kerana dia pergi ke luar negara begitu lama seolah-olah hendak melarikan diri. Tambahan pula sikap Syurahbil sangat jauh berbeza dari sebelum ini. Datin Lily memujuk Raisa untuk pergi ke luar negara juga untuk memujuk Syurahbil pulang ke pangkuan keluarga.

Raisa bersetuju tetapi dia harus memberitahu keluarganya dahulu. Datin Lily lantas menyatakan bahawa keluarga Raisa sudah pun bersetuju. Penggambaran jelajah istimewa akan diadakan di luar negara di tempat yang sama. Program itu tidak terlalu padat dan mempunyai beberapa episod sahaja. Raisa mengangguk.

Setelah bakal mentuanya berlalu pergi, Raisa langsung menelefon Syurahbil. 
Raisa seorang yang cantik dan berbakat. Tidak sedikit yang mahu mendekatinya termasuk ahli perniagaan yang kaya raya, ahli politik dan lain-lain. Dia tidak mahu kelihatan terlalu terhegeh-hegeh pada lelaki tetapi dia mahu tahu asal kedudukan dia dengan lelaki itu. 


Friday, 11 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod 4)

 Langkah yang kedua, Cikgu Jabil berhenti. Dia berfikir jika keluarga Daniyah mengetahui hal ini pastinya mereka akan menjodohkan mereka berdua. Dia terdiam dah memilih pendekatan berbeza.

Syurahbil memanggil Daffa untuk memberitahu hajatnya ingin bertemu dengan Daniyah di bawah pokok besar di tanah tinggi. Daniyah dengan ragu pergi bersama-sama Daffa ke pokok itu.Daffa agak keberatan mulanya untuk meneman kerana dia mempunyai ujian pada keesokan pagi dan banyak yang perlu diulangkaji. Mereka berdiri di samping Syurahbil. Daniyah hanya merenung tanah sambil sekilas melihat Syurahbil yang seakan menyusun ayat sambil merenung kehadapan. Bayu pagi menghembus lembut.

"Terima kasih kerana sudi berjumpa. Mengenai surat itu,..." Sebelum sempat Syurahbil menghabiskan ayat, Daniyah dengan perasaan yang sangat malu terus mencantas,"Lupakan segala isi surat itu jika ianya negatif. Perkara lain boleh balas semula dalam surat. Tak elok berjumpa untuk elak fitnah. Jika tiada yang penting, saya gerak dahulu." Daniyah lantas pergi dengan muka merah padam kerana terlampau malu. Dia tidak mahu isi surat itu dibahas lagi jika tiada respond positif kerana itu sangatlah tidak wajar baginya untuk memulakan jika lelaki itu tiada hati padanya. Daffa hanya mengikut dari belakang sambil menggeleng kepala.'Jumpa tak sampai 5 minit, baik suruh orang lain teman,'gerutunya.

Petang itu, Cikgu Jabil tersenyum-senyum sambil membawa buah-buahan kepada keluarga Daniyah.

Di meja makan, mereka berbual-bual mesra sebelum Suhail bertanyakan perjalanan Syurahbil ke Mesir bagaimana. Daniyah tersentak.Cikgu Jabil melihat Daniyah sebelum menyatakan bahawa Syurahbil ingin hidup dan belajar terus dengan alim ulamak di sana jadi Cikgu Jabil membantu mengaturkan kerana sekarang adalah waktu terbaik. Perkara elok tidak baik ditunda-tunda.

Rumah sudah gelap dan semua orang seperti diulit mimpi lena. Daniyah tidak dapat melelapkan matanya. Dia berfikir apakah benar mahu mendalami ilmu agama atau ah~

Ternyata perjumpaan mereka dibawah pokok itu adalah perjumpaan terakhir sebelum Syurahbil dihantar keluar negara. Alangkah ruginya dia kerana terburu-buru menilai keadaan.

Semalaman dia tidak dapat tidur, bermunajat kepada tuhan dan akhirnya dia mengambil satu keputusan besar. Dia ingin mendalami ilmu agama juga dan pastinya hanya keluarga yang patut tahu hal ini. Dia tidak mahu membesar-besarkan perkara ini sampai ke pengetahuan orang lain.

Ibu bapa mereka bersetuju dan sahabat rapat Daniyah iaitu Alya akan ikut sekali untuk pergi ke Mesir bertalaqi.

Cikgu Jabil menumbuk telapak tangannya kerana fikirnya satu saingan akan kurang, ternyata Daniyah beralasan mahu berjaulah pula dengan rakannya.  Daniyah sememangnya mahu meluruskan hatinya belajar ilmu dengan alim ulamak. Dia dan Alya sering ke masjid bertalaqi dengan guru, para ustaz dan ustazah.

Sekian lama belajar di sana kelibat Syurahbil langsung tak dapat dilihat sehinggalah suatu hari, ketika majlis tadarus anjuran Persatuan Melayu Nusantara di adakan di Masjid Ibn Tulun antara masjid terbesar di daerah itu. Penganjur melakukan ice breaking untuk lebih mengenali sesama rakan senegara lalu meminta untuk berkumpul ikut negeri masing-masing. Dalam kumpulan itulah dia ditemukan dengan Syurahbil. Dalam diam hati Daniyah tersenyum gembira. Syurahbil nampak tidak terkejut dan berlagak seperti biasa, seperti baru pertama kali berjumpa.

Mereka membaca tadarus seperti biasa dan Syurahbil mengetuai kumpulan itu. 

Tidak lama kemudian, datang seorang Syeikh mencari lelaki bernama Syurahbil. Syeikh itu berkenan dengan pekerti Syurahbil dan berhajat ingin menjodohkan dengan puterinya yang cantik dan beragama.

Daniyah yang mengetahui hal itu merasa seperti kelam dunia sebentar. Baru terasa gembira menyentuh tetapi seakan sudah hilang untuk dicapai. Seperti tiada harapan lagi. Dalam kumpulan tadarus itu, para jejaka mengatakan itu seperti sebuah peluang keemasan. Siapa yang tidak mahu bermenantukan orang sini yang beragama. Tambah pula Syeikh itu berharta dan mempunyai anak yang baik budi pekerti. Ibarat seperti bulan jatuh keriba. Sungguh rugi kalau ditolak. Daniyah hanya mampu menangis di dalam hati menahan sesak di dada. Di dalam masjid itu, dia berdoa supaya dikurnia kekuatan dan diberi petunjuk hidayah.







Thursday, 10 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod 3)

 Hampir sebulan Syurahbil belajar di pondok itu bersama-sama abang Daniyah. Perubahan sikap dan penampilan perlahan-lahan dapat dilihat. Tiada lagi besi rantai yang terlihat di badan Syurahbil. Dalam diam hati Daniyah berkocak.

Ketika majils tadarus mengaji bergilir-gilir dalam satu kumpulan, ada seorang pelajar tua yang terbaca salah baris pada ayat Quran, dengan segera Syurahbil membetulkan bacaan baris tersebut. Ahli kumpulan hanya mengangguk-angguk. Daniyah yang berada dalam kumpulan tadarus yang lain tersenyum melihat hal itu. Cikgu Jabil hanya memerhati.

Selesai daripada majlis itu, Cikgu Jabil mendekati Daniyah dan kawan-kawannya yang sedang berbual. Cikgu Jabil dapat menangkap puji-pujian yang disebut terhadap Syurahbil kerana dia memang terkenal berani dengan pelbagai perbuatannya. Cikgu Jabil tidak dapat menahan lalu menyuarakan hasrat hatinya, tentang apakah jawapan Daniyah dapat diterima kerana sudah lama dia menunggu. Sebelum ini hasrat disampaikan melalui abangnya tapi masih belum menerima jawapan.

“Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang kepada kamu untuk meminang anak kamu, maka hendaklah kamu menikahkan orang tersebut dengan anak perempuan kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” tegas  Cikgu Jabil.

Daniyah kemudian menjelaskan,“Apabila engkau tidak berhasrat untuk menikah dengan seseorang maka engkau tidaklah berdosa untuk menolak pinangannya, walaupun dia seorang lelaki yang soleh. Ini adalah kerana pernikahan dilangsungkan atas pilihan untuk mencari pendamping hidup yang soleh disertai dengan kecenderungan hati terhadapnya. Namun apabila engkau menolak dia dan tidak suka padanya kerana perkara agamanya, sementara dia adalah seorang yang soleh dan berpegang teguh pada agama maka engkau berdosa dalam hal ini kerana membenci seorang mukmin, padahal seorang mukmin harus dicintai kerana Allah, dan engkau berdosa kerana membenci keteguhannya dalam memegang agama ini.

Akan tetapi baiknya agama lelaki tersebut dan keredhaanmu akan kesolehannya tidaklah mengharuskanmu untuk menikah dengannya, selama tidak ada di hatimu kecenderungan terhadapnya.”

Cikgu Jabil seolah dapat membaca penolakan Daniyah tetapi dia tidak mahu mempercayainya.

Malam itu, Daniyah bermimpi sesuatu yang aneh. Kambing dapat terbang ke langit hingga mencecah awan. Ramai yang melihat dan merasa takjub akannya, Kemudian kambing itu bertukar menjadi kuda dan mendarat di hadapan Daniyah. Dia lalu menaikinya dan terbang bersama-sama ke langit biru. Daniyah berasa sangat gembira ketika itu.

Pukul 3 pagi Daniyah terjaga dari tidur dan terfikir apakah makna disebalik mimpi itu, apakah baik atau buruk. Sekiranya baik alhamdulillah, sekiranya buruk dia mohon doa untuk dijauhkan. Lantas Daniyah mengambil wuduk dan mengerjakan solat sunat. Selepas solat dan mengaji, dia tidak dapat melelapkan mata lalu mengambil keputusan untuk membaca buku bertajuk Pesan Buat Hati nukilan Azura Zamri 

Entah bagaimana terdetik dalam hatinya untuk menulis surat. Surat untuk Syurahbil.

Assalamualaikum wbt.

Pertama-tamanya surat ini amat tidak wajar untuk ditulis dan dibaca namun masalah hati amat sukar untuk dikawal. Surat ini tiada madah tiada pantun tetapi straight to the point.

Baru-baru ini saya menerima lamaran daripada seorang ustaz dan sekarang masih berfikir untuk memberi jawapan. Dalam tempoh berfikir itu saya mengenali Syurahbil dan perlahan-lahan hati saya terpaut. Saya sedar ini seperti perigi mencari timba, tetapi amat sukar saya meneka apa yang ada di dalam hati timba itu. Sekilas mata kita tak pernah terpandang, apatah lagi untuk bertukar senyum.

Selalu saya ingin berfikir bahawa tindakan saudara Syurahbil menunjukkan tiada hati langsung untuk saya tetapi kenapa hati saya mengatakan sebaliknya? Mohon maaf terlebih dahulu jika apa yang hati saya rasakan itu salah tetapi saya takut tersalah membuat keputusan tanpa mengetahui isi hati saudara.

Keluarga saya tidak ada masalah apabila saya menanyakan sifat saudara dan saya pasti keluarga kita lambat laun boleh menerima. Jika tiada balasan, saya akan melupakan rasa ini selama-lamanya dan menerima pinangan ustaz serta berlaku setia kepadanya.

Mohon surat ini dibakar setelah dibaca bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Sekian terima kasih.

Yang menunggu,

Daniyah


Surat itu dibaca berulang kali dan seperti ingin menulis surat lain yang kedengaran lebih sopan dan tertib tetapi itu nampak sangat macam nak mengorat. Lebih baik begini berbunyi tegas dan matang. Dilipat kemas dan diletak ke tepi. Sekarang bagaimana cara untuk sampaikan surat ini kepada Syurahbil? Nak bersua muka amatlah kekok sekali. Kali terakhir berbual hanyalah di hospital. Itupun beberapa patah perkataan.

Adik Daniyah, Daffa membawa beberapa buah buku hadis lalu memberikannya kepada Syurahbil yang sedang makan di kantin. "Ni kakak bagi untuk rujukan", Daffa segera berlalu setelah menyelesaikan amanat yang dipinta kakaknya pagi tadi. 'Bila masa pula mintak buku-buku ni? Takpelah nanti aku baca' getus hati Syurahbil. Selepas makan, Syurahbil menyelak-nyelak helaian buku tersebut untuk membaca isi kandungan buku lalu terjatuh sekeping surat.Dia kemudian ragu untuk membuka sebelum memilih untuk membacanya.

Cikgu Jabil yang baru selesai kelas melihat Syurahbil membaca kertas dengan wajah yang sukar difahami. Dia kemudian mendekati Syurahbil. "Buku apa ni, Syurahbil?"Syurahbil hanya tersenyum sambil membalas, Daniyah bagi untuk rujukan tambahan. Mengertilah kini Cikgu Jabil tentang perantaraan buku tersebut untuk memberi surat, lalu dia mengatakan,"Rasanya abang Daniyah, Suhail ingin berjumpa dengan kamu. Buku-buku boleh tinggal dahulu nanti ambil semula.InsyaAllah aman di sini." Syurahbil lalu menyelit surat di celah buku dan berlalu pergi.

Setelah kelibat Syurahbil hilang, Cikgu Jabil membaca isi surat tersebut. Dia mengambil keputusan untuk membawa surat itu kepada ahli keluarga Daniyah untuk meminta penjelasan.



Mencari cinta dalam ketidaksempurnaan (Jalan cerita sahaja bukan kisah penuh lagi)

 

Mencari cinta dalam ketidaksempurnaan

 (Kisah pasal seorang yang kekurangan belajar mencintai dirinya sendiri)

-          Prisha seorg yang buta warna dan tidak mempunyai kaki dan tangan. Semenjak kecil dia kurg berkeyakinan diri untuk bersosial sementelah ibu bapanya selalu mengurung dia di bilik kerana malu dengan dirinya.

-          Akibat kurang bersosial, Prisha juga tidak mampu berkomunikasi dengan baik.

-          Dia tidak mempunyai kawan Ketika kecil kerana tidak ke sekolah. Dia hanya dikurung dan hanya mampu belajar dari pengasuh dan dari alam melalui tingkap kecil biliknya.

-          Dia sangat membenci dirinya kerana merasa tidak berguna langsung kepada keluarga, masyarakat dan tidak memahami alasan tuhan mencipta dirinya yang serba kekurangan.

-          Kini Prisha sudah berusia remaja dan kebanyakan yang seusianya sudah banyak menikah dan punya anak.

-          Prisha bosan dan ingin segera menamatkan hidupnya namun dihalang pengasuhnya. Pengasuhnya Alice mengajak Prisha untuk menginap di kampungnya dan berjanji kepada ibu bapa Priisha untuk merawatnya dengan baik serta memberinya keyakinan diri.

-          Mereka membenarkan tetapi pengasuh tidak akan dibayar gaji kerana tiada di rumah untuk mengemas dan itu dikira sebagai cuti tanpa gaji.

-          Prisha benci semua nya, tidak mahu belajar

-          Nenek Alice bersabar tunjuk yang dia tak punya tangan tapi lukisan indah Cerita pasal kisah kejayaan jutawan yg xde kaki tgn tu.

-          Prisha mula terima

-          Belajar dari bawah dengan segala kekurangan

-          Nenek Alice bawa ke persatuan upaya hebat di kawasannya

-          Situ Prisha belajar lebih banyak dan mula bermasyarakat

-          Mula mencintai dirinya sendiri

-          Datang Hairi seorang pelawat yang ingin membeli barang di kedai persatuan itu

-          Hairi seorang gemuk dan mukanya sangat berjerawat. Penampilan yang sangat tidak menarik serta badannya agak berbau. Hairi terpikat dengan hasil kerja Prisha dan mula berusaha mendekati Prisha.

-          Prisha tolak.

-          Hairi marah. Katanya dasar perempuan tak sedar diri! Kalau ada lelaki minat kat kau kira bersyukurlah sebab kau tu bukannya cantik sangat, banyak kekurangan! Klu kau tak terima aku sampai mampuslah ko takde pasangan. Jangan nak memilih sgt!

-          Prisha sedih. Klu buta mata takpe jangan buta tengok cinta aku phm tak, marah Hairi

-          Prisha ckp dlm hati, klu sblum kawin pun layanan xsemengah cmni baik aku hidup sendiri je smp bila2. Hidup aku sbg perempuan bkn sbb utk berkahwin je dan ckuplah aku pernah membenci diriku sndri slama ini, skg aku nk sygi diri aku. Tunaikan impian yg terpendam selama ini.

-          Setahun kemudian. Prisha masuk pertandingan.

-          Menang dpt travel ke Poland

-          Jumpa dengan mat saleh Poland

-          Prisha menolak sbb xnk jdi beban

-          Lelaki Poland itu ikut skli balik Malaysia

-          Setetlah dipujuk rayu akhirnya mereka bertunang.

-          Prisha tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan tapi dia mhu menikmati momen-momen ini dan mencintai sekedarnya.

-          Ibu bapa Prisha bangga dengan Prisha kerana mempunyai bakal suami yang kacak dan kaya. Lebih baik drp adik beradik yang lain.

-          Prisha mahu pengasuhnya Alice menjadi pengapitnya Ketika berkahwin kerana dialah yang banyak membantu dalam hidupnya Ketika susah sebelum ini.

-          Tanpa disangka rupanya Alice adalah ex kepada tunang Prisha.

-          Prisha tahu dia jauh lebih kurang daripada Alice sendiri dan mengatakan kepada Alice bahawa dia ingin undur diri.

-          Alice menolak kerana katanya perasaan pada Alex telah lama luput.

-          Prisha Nampak ada sisa kasih antara mereka dan mengatakan jika benar kenapa Alice tidak berkahwin lagi.

-          Alice mengatakan belum jumpa yang sesuai setelah terdiam agak lama.

-          Prisha malas untuk teruskan kerana dia tidak mahu dicurangi selepas perkahwinan. Mujur dia tidak terlampau cinta pada Alex kerana dia tahu perasaan berlebihan boleh menyakiti dirinya juga.

-          Alex menelefon Prisha berkali-kali tetapi tiada jawapan. Ketukan bertalu di pintu juga tidak dibuka.

-          Keesokan harinya Prisha terbang ke Terengganu untuk mendapatkan bayu laut dan menenangkan diri.

-          Dia bertemu lelaki kacak dan lemah lembut percakapannya di tepi pantai.

-          Lelaki itu menegurnya dan mereka berborak. Lelaki itu duda tiada anak, isterinya baru meninggal tahun lepas.

-          Mereka mula berkongsi cerita,masalah hidup.

-          Lelaki itu mahu nombor Prisha.

-          Prisha menolak dengan baik kerana dia hanya menganggap sebagai teman borak saja.

-          Lelaki itu memahami dan berlalu.

-          Di tepi pantai menghadap laut cina selatan itu, angin menghembus laju . Prisha memandang pemandangan hitam putih itu lalu melihat kaki dan tangannya yang kudung. Prisha bertekad untuk lebih menyayangi dirnya dan tidak membenarkan sesiapapun untuk membuli atau menyakiti dirinya lagi.



PS: klu sy nk panjangkan kisah ni lagi boleh komen, nanti sy tulis lagi. kisah ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan hidup dan mati


Wednesday, 9 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod 2)

"Wa Ja Da", Daniyah mengajar menggunakan lidi panjang pada muqaddam itu. Syurahbil lalu mengajuknya dan melihat dengan tekun huruf-huruf arab itu. Awalnya Daniyah menolak namun melihat kesungguhan insan yang mahu berubah itu, dia berubah fikiran. Lantas memberi peluang dengan mengatakan bahawa untuk pemula memang tidak boleh baca Quran terus, tetapi kena mula daripada Muqaddam. Mengenal huruf-huruf Hijaiyah dahulu. Syurahbil harus membeli Muqaddam dahulu dan sekarang mereka sedang belajar membaca.

Seminggu di hospital pun berlalu dan ternyata Syurahbil merupakan insan yang mudah tangkap serta cepat belajar. Muqaddam telah habis dibacanya siang dan malam. Tiba masanya untuk membaca Al-Quran pula meskipun lambat dan merangkak. Sebenarnya bukan sahaja pesakit sebelah katil Daniyah sahaja yang belajar, ada juga beberapa mak cik tua yang ingin membetulkan bacaan mereka dengan Daniyah namun tidak sekerap Syurahbil memandangkan masing-masing punyai isu kesihatan.

Ketika membaca surah mudah sebelum An-Nas iaitu Al-Falaq, ibu bapa Syurahbil datang melawat. Mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti dan itu mengekang mereka untuk datang lebih awal. Lagipun mereka tahu Syurahbil sering keluar masuk hospital atas kegiatan jenayahnya. Sebenarnya bagi penjenayah jarang atau hampir tidak pernah mahu masuk hospital kerana dapat diganggu oleh polis dan sewaktu dengannya namun bagi Syurahbil itu bukan satu masalah kerana dia mempunyai faedah dari hospital ini.

Ibu bapa Syurahbil yang melihat adegan itu mula berasa kurang senang. Ibu Syurahbil, Datin Lily menjegilkan mata kepada Daniyah umpama memberi amaran untuk tidak berhubungan dengan anaknya lagi meskipun semata untuk mengajar membaca dan mendalami ilmu akhirat. Daniyah hanya tertunduk malu. "Dasar tak sedar diri, pipit ada hati nak terbang dengan enggang," luah Datin Lily.

Syurahbil tidak mahu memanjangkan babak ini lalu pergi ke katil sebelah sambil mengajak ibu bapanya. Daniyah hanya menyembunyikan diri di bawah selimut sambil menyeka air mata.

Terdengar suara lantang Datin Lily memarahi anaknya, "Kenapa duduk katil sini, kan dah tempah bilik special untuk kamu dengan ada pengawal semua!". Suara Syurahbil perlahan membalas kata-kata ibunya seperti tidak mahu orang lain selain ibunya mendengarkan.
"Kamu tu dah bertunang dengan Raisa Adriana, jangan lupa! Dia artis paling popular sekarang ni dan jangan terfikir nak menduakan dia." Datin Lily mengingatkan.

Daniyah yang terdengar ayat itu tersentak. 'Bertunang?'

Setelah ibu bapa Syurahbil berlalu pergi, Syurahbil datang ke katil Daniyah sambil membawa Quran yang baru dibelinya. Dia ingin menyambung bacaan yang terhenti tadi pada surah Al-Falaq yang membawa erti waktu subuh.

Daniyah yang menyedari kehadiran jirannya itu, lantas mengatakan bahawa abangnya Suhail akan datang untuk mengajar Syurahbil sendiri.Terkejut dengan kenyataan yang datang tiba-tiba itu, Syurahbil membalas,"Mak saya memang jenis cakap kasar, tapi please tolong jangan simpan dalam hati. Saya masih mahu belajar dan tak biasa dengan orang lain."

"Jangan risau abang saya tidak garang. Bahkan dia salah seorang  tenaga pengajar yang disukai ramai di pondok kami. Berkenaan hal ini tiada kaitan dengan kata-kata mak kamu kerana memang sudah lama saya memberitahu hal ini kepada abang dan pada hari ini yang dia baru boleh datang mengajar."

Syurahbil diam dan menggangukkan kepalanya.

Tuesday, 8 November 2022

Kisah kasih di hati (Sinopsis)

 Mengisahkan kisah perkenalan antara Daniyah keluarga ustaz yang terpelajar dalam ilmu agama dan Syurahbil orang kaya yang berlatarkan hidup bebas. Syurahbil sendiri seorang gengster sering kali terlibat dalam masalah dan berjiwa kasar. Takdir menemukan mereka berdua dan dalam diam ada rasa yang timbul. 

Keluarga Syurahbil sangat membenci keluarga Daniyah apabila anak tunggal mereka menunjukkan perubahan perangai. Daniyah dituduh mata duitan dan handal berpura-pura. Syurahbil juga sudah menjalin ikatan tunang dengan seorang artis terkenal yang banyak memenangi anugerah dan Syurahbil tidak sesekali berfikir untuk curang.

Untuk melupakan rasa yang tidak perlu, mereka terbang jauh dari tanah air. Daniyah masih berfikir tentang lamaran ustaz yang baik pekertinya dan seorang pelajar pondok seusianya yang mahu membangun tarbiyah islamiah bersama-sama.

Syurahbil mahu memantapkan ilmu di dan menambah jaringan kenalan di luar negara. Dia yakin dengan aturan tuhan.

Ini kisah tentang mereka berdua yang menyimpan jauh di dalam hati tentang perasaan masing-masing dan bagaimana takdir tuhan menemukan mereka setelah jauh berpisah.








Kisah kasih di hati (Episod 1)

Kitab mulia bacaan umat Islam itu dibuka dan ayat- ayat wahyu dari langit dibaca. Lisan itu basah dengan ingatan kepada tuhannya yang agung. Mereka sekeluarga merupakan pelajar pondok dan terpelajar dalam bidang agama. Masing-masing berserban, berjubah putih, membela janggut dan menutup aurat dengan sebaiknya.

Daniyah membetulkan jilbabnya dan menadah tangan berdoa. Hujan lebat yang datang tiba-tiba memberi peluang untuk Daniyah meminta hajat kerana itu adalah waktu digalakkan berdoa. Solat istikharah yang dilaksanakannya sebelum ini untuk menjawab lamaran Cikgu Jabil masih samar. Daniyah memohon petunjuk atas urusan ini dan tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan yang melibatkan usianya sendiri.

Asyraf  yang kebetulan lalu di tepi surau terpandang akan aksi Daniyah yang bersungguh merayu tuhannya. Hujan lebat ketika itu membuatkan ramai pelajar pondok masuk ke surau juga menumpang teduh. Asyraf tidak menyia-nyiakan panggilan tuhan ke situ lantas mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat. Dia teringat kali pertama bersua dengan anak ustaz itu ketika melihat dia berdebat dengan ilmu untuk menjelaskan perkara fiqih. Hatinya terpaut akan ketinggian ilmu yang dijelaskan beserta nas dalil yang lengkap serta mudah difahami. Naluri hatinya sangat mengagumi sikap wanita itu dan dari kawannya dia mengetahui yang Daniya datang daripada keluarga soleh ,solehah, hafiz dan hafizah.

Daniyah ketika bangun untuk menunaikan solat sunat datang seorang akhwat(saudara perempuan) berjumpa dengannya dan mengatakan Ustazah Asiah iaitu emaknya mahu berjumpa atas perkara yang mustahak. Daniyah tanpa berfikir panjang terus menunggang motor dan memecut ke rumah dengan laju kerana dia baru teringat akan pesan ibunya malam tadi untuk berjumpa selepas kelas.

Di persimpangan jalan, ketika  lampu baru hijau, Daniyah terus memulas minyak namun tanpa disangka dari arah berbeza datang kenderaan laju melanggar dan pemandu tersebut tidak sempat menekan brek. Hujan ketika itu membuatkan pandangan ramai kabur dan tidak jelas. Ramai yang tidak menyedari kemalangan terjadi. Daniyah dalam sedar tidak sedar mengucap kalimah syahadah berharap dapat mati dalam keadaan husnul khatimah.

Ketika mata dibuka, kaki Daniyah berbalut dan tidak boleh digerakkan sangat. Daniyah mengucapkan syukur alhamdulillah kerana masih diberi kurniaan untuk bernafas di atas muka bumi. Daniyah berasa sangat bersyukur kerana kebanyakan keperluannya seperti Quran, tudung sarung dan lain-lain sudah disediakan ahli keluarganya di meja kecil sebelah katil. Setelah menunaikan solat, Daniyah membaca Al-Quran dengan perlahan.

Suara sayup-sayup itu didengari Syurahbil yang terlantar di katil sebelah Daniyah. Dia tidak mahu mempedulikan apa jenis bunyi yang didengarinya. Dia seorang gangster yang tahu dunianya sudah gelap dan mustahil untuk kearah itu. Hati kecilnya mengiyakan bahawa mendengar Quran itu sangat tenang. Padanlah mendengar juga mendapat pahala. Keluarganya kaya tinggal di rumah agam besar yang indah namun tiada siapa menegurnya untuk solat apatah lagi menegur gaya hidupnya yang bebas.
Ibu bapanya sendiri pun seksi dan terangan terlalu mengikut arus moden dunia tanpa acuan syariat.

"Sadaqallahul azim(Allah Almighty speaks the truth)" gumam Daniyah. Ketika mahu menutup alkitab itu, mengucap panjang Daniyah kerana muka Syurahbil yang terpacul di sebelahnya. Bergelang tembaga,bertindik telinga dan berantai besi menunjukkan imej yang agak menakutkan buat Daniyah.
"Ajarkan aku mengaji," ujar Syurahbil. Awalnya Syurahbil mahu melupakan niat lucu itu namun setelah setiap hari mendengar dan berasa tenang, dia ingin mengekalkan rasa itu terhadap dirinya dengan membacanya sendiri. Nanti pasti Daniyah akan keluar dari hospital, jadi tiada siapa yang dapat memberinya ketenangan seperti itu lagi. Mahu ke masjid atau surau dia berasa sangat kotor. Hanya ini satu-satunya peluang di depan mata.

Cikgu Jabil datang membawa buah-buahan serta air bacaan doa untuk Daniyah. Ditemani ahli keluarga Daniyah mereka berborak panjang sambil diselang selikan gelak ketawa. Daniyah banyak mendiamkan diri. Namun topik yang mahu dielakkan timbul juga akhirnya berkenaan keputusan lamaran Cikgu Jabil. Daniyah dalam diam bersyukur kerana sekarang ada alasan baru untuk memanjangkan tempoh berfikir. Meskipun tidak dinafikan akhlak dan ketinggian ilmu Cikgu Jabil sangat mantap namun hatinya masih ragu.