Dalam hati Raisa dia memang sukakan budak terutama anak yatim kerana mereka tiada penjaga yang benar-benar menatang mereka seperti mereka yang punyai ibu bapa. Dia teringin mempunyai anak tetapi takut akan risiko badan selepas kelahiran dan juga populariti selalunya akan menurun selepas berkahwin apatah lagi mempunyai anak.
Selesai penggambaran, Datin Lily yang menunggu tidak jauh dari kawasan penggambaran datang menghampiri. Dalam hati Raisa,'ni tak lain mesti nak cakap pasal kahwin atau pasal lelaki. Bosan betul'.
Raisa tersenyum sambil memberi salam kepada Datin Lily. Perlakuan mereka tidak lepas dari lensa selebriti, ada sahaja kamera yang bekerja.
Datin Lily yang menyedari kelakuan mereka diperhati wartawan memeluk Raisa seolah-olah mereka rapat dan menyatakan secara berbisik kepada Raisa untuk berjumpa di tempat lebih privasi.
Di dalam bilik mekap, ibu Syurahbil menyatakan tindakan Syurahbil sangat melampau kerana dia pergi ke luar negara begitu lama seolah-olah hendak melarikan diri. Tambahan pula sikap Syurahbil sangat jauh berbeza dari sebelum ini. Datin Lily memujuk Raisa untuk pergi ke luar negara juga untuk memujuk Syurahbil pulang ke pangkuan keluarga.
Raisa bersetuju tetapi dia harus memberitahu keluarganya dahulu. Datin Lily lantas menyatakan bahawa keluarga Raisa sudah pun bersetuju. Penggambaran jelajah istimewa akan diadakan di luar negara di tempat yang sama. Program itu tidak terlalu padat dan mempunyai beberapa episod sahaja. Raisa mengangguk.
Setelah bakal mentuanya berlalu pergi, Raisa langsung menelefon Syurahbil.
Raisa seorang yang cantik dan berbakat. Tidak sedikit yang mahu mendekatinya termasuk ahli perniagaan yang kaya raya, ahli politik dan lain-lain. Dia tidak mahu kelihatan terlalu terhegeh-hegeh pada lelaki tetapi dia mahu tahu asal kedudukan dia dengan lelaki itu.
No comments:
Post a Comment