Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Wednesday, 9 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod 2)

"Wa Ja Da", Daniyah mengajar menggunakan lidi panjang pada muqaddam itu. Syurahbil lalu mengajuknya dan melihat dengan tekun huruf-huruf arab itu. Awalnya Daniyah menolak namun melihat kesungguhan insan yang mahu berubah itu, dia berubah fikiran. Lantas memberi peluang dengan mengatakan bahawa untuk pemula memang tidak boleh baca Quran terus, tetapi kena mula daripada Muqaddam. Mengenal huruf-huruf Hijaiyah dahulu. Syurahbil harus membeli Muqaddam dahulu dan sekarang mereka sedang belajar membaca.

Seminggu di hospital pun berlalu dan ternyata Syurahbil merupakan insan yang mudah tangkap serta cepat belajar. Muqaddam telah habis dibacanya siang dan malam. Tiba masanya untuk membaca Al-Quran pula meskipun lambat dan merangkak. Sebenarnya bukan sahaja pesakit sebelah katil Daniyah sahaja yang belajar, ada juga beberapa mak cik tua yang ingin membetulkan bacaan mereka dengan Daniyah namun tidak sekerap Syurahbil memandangkan masing-masing punyai isu kesihatan.

Ketika membaca surah mudah sebelum An-Nas iaitu Al-Falaq, ibu bapa Syurahbil datang melawat. Mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti dan itu mengekang mereka untuk datang lebih awal. Lagipun mereka tahu Syurahbil sering keluar masuk hospital atas kegiatan jenayahnya. Sebenarnya bagi penjenayah jarang atau hampir tidak pernah mahu masuk hospital kerana dapat diganggu oleh polis dan sewaktu dengannya namun bagi Syurahbil itu bukan satu masalah kerana dia mempunyai faedah dari hospital ini.

Ibu bapa Syurahbil yang melihat adegan itu mula berasa kurang senang. Ibu Syurahbil, Datin Lily menjegilkan mata kepada Daniyah umpama memberi amaran untuk tidak berhubungan dengan anaknya lagi meskipun semata untuk mengajar membaca dan mendalami ilmu akhirat. Daniyah hanya tertunduk malu. "Dasar tak sedar diri, pipit ada hati nak terbang dengan enggang," luah Datin Lily.

Syurahbil tidak mahu memanjangkan babak ini lalu pergi ke katil sebelah sambil mengajak ibu bapanya. Daniyah hanya menyembunyikan diri di bawah selimut sambil menyeka air mata.

Terdengar suara lantang Datin Lily memarahi anaknya, "Kenapa duduk katil sini, kan dah tempah bilik special untuk kamu dengan ada pengawal semua!". Suara Syurahbil perlahan membalas kata-kata ibunya seperti tidak mahu orang lain selain ibunya mendengarkan.
"Kamu tu dah bertunang dengan Raisa Adriana, jangan lupa! Dia artis paling popular sekarang ni dan jangan terfikir nak menduakan dia." Datin Lily mengingatkan.

Daniyah yang terdengar ayat itu tersentak. 'Bertunang?'

Setelah ibu bapa Syurahbil berlalu pergi, Syurahbil datang ke katil Daniyah sambil membawa Quran yang baru dibelinya. Dia ingin menyambung bacaan yang terhenti tadi pada surah Al-Falaq yang membawa erti waktu subuh.

Daniyah yang menyedari kehadiran jirannya itu, lantas mengatakan bahawa abangnya Suhail akan datang untuk mengajar Syurahbil sendiri.Terkejut dengan kenyataan yang datang tiba-tiba itu, Syurahbil membalas,"Mak saya memang jenis cakap kasar, tapi please tolong jangan simpan dalam hati. Saya masih mahu belajar dan tak biasa dengan orang lain."

"Jangan risau abang saya tidak garang. Bahkan dia salah seorang  tenaga pengajar yang disukai ramai di pondok kami. Berkenaan hal ini tiada kaitan dengan kata-kata mak kamu kerana memang sudah lama saya memberitahu hal ini kepada abang dan pada hari ini yang dia baru boleh datang mengajar."

Syurahbil diam dan menggangukkan kepalanya.

No comments:

Post a Comment