Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Tuesday, 8 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod 1)

Kitab mulia bacaan umat Islam itu dibuka dan ayat- ayat wahyu dari langit dibaca. Lisan itu basah dengan ingatan kepada tuhannya yang agung. Mereka sekeluarga merupakan pelajar pondok dan terpelajar dalam bidang agama. Masing-masing berserban, berjubah putih, membela janggut dan menutup aurat dengan sebaiknya.

Daniyah membetulkan jilbabnya dan menadah tangan berdoa. Hujan lebat yang datang tiba-tiba memberi peluang untuk Daniyah meminta hajat kerana itu adalah waktu digalakkan berdoa. Solat istikharah yang dilaksanakannya sebelum ini untuk menjawab lamaran Cikgu Jabil masih samar. Daniyah memohon petunjuk atas urusan ini dan tidak mahu terburu-buru mengambil keputusan yang melibatkan usianya sendiri.

Asyraf  yang kebetulan lalu di tepi surau terpandang akan aksi Daniyah yang bersungguh merayu tuhannya. Hujan lebat ketika itu membuatkan ramai pelajar pondok masuk ke surau juga menumpang teduh. Asyraf tidak menyia-nyiakan panggilan tuhan ke situ lantas mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat. Dia teringat kali pertama bersua dengan anak ustaz itu ketika melihat dia berdebat dengan ilmu untuk menjelaskan perkara fiqih. Hatinya terpaut akan ketinggian ilmu yang dijelaskan beserta nas dalil yang lengkap serta mudah difahami. Naluri hatinya sangat mengagumi sikap wanita itu dan dari kawannya dia mengetahui yang Daniya datang daripada keluarga soleh ,solehah, hafiz dan hafizah.

Daniyah ketika bangun untuk menunaikan solat sunat datang seorang akhwat(saudara perempuan) berjumpa dengannya dan mengatakan Ustazah Asiah iaitu emaknya mahu berjumpa atas perkara yang mustahak. Daniyah tanpa berfikir panjang terus menunggang motor dan memecut ke rumah dengan laju kerana dia baru teringat akan pesan ibunya malam tadi untuk berjumpa selepas kelas.

Di persimpangan jalan, ketika  lampu baru hijau, Daniyah terus memulas minyak namun tanpa disangka dari arah berbeza datang kenderaan laju melanggar dan pemandu tersebut tidak sempat menekan brek. Hujan ketika itu membuatkan pandangan ramai kabur dan tidak jelas. Ramai yang tidak menyedari kemalangan terjadi. Daniyah dalam sedar tidak sedar mengucap kalimah syahadah berharap dapat mati dalam keadaan husnul khatimah.

Ketika mata dibuka, kaki Daniyah berbalut dan tidak boleh digerakkan sangat. Daniyah mengucapkan syukur alhamdulillah kerana masih diberi kurniaan untuk bernafas di atas muka bumi. Daniyah berasa sangat bersyukur kerana kebanyakan keperluannya seperti Quran, tudung sarung dan lain-lain sudah disediakan ahli keluarganya di meja kecil sebelah katil. Setelah menunaikan solat, Daniyah membaca Al-Quran dengan perlahan.

Suara sayup-sayup itu didengari Syurahbil yang terlantar di katil sebelah Daniyah. Dia tidak mahu mempedulikan apa jenis bunyi yang didengarinya. Dia seorang gangster yang tahu dunianya sudah gelap dan mustahil untuk kearah itu. Hati kecilnya mengiyakan bahawa mendengar Quran itu sangat tenang. Padanlah mendengar juga mendapat pahala. Keluarganya kaya tinggal di rumah agam besar yang indah namun tiada siapa menegurnya untuk solat apatah lagi menegur gaya hidupnya yang bebas.
Ibu bapanya sendiri pun seksi dan terangan terlalu mengikut arus moden dunia tanpa acuan syariat.

"Sadaqallahul azim(Allah Almighty speaks the truth)" gumam Daniyah. Ketika mahu menutup alkitab itu, mengucap panjang Daniyah kerana muka Syurahbil yang terpacul di sebelahnya. Bergelang tembaga,bertindik telinga dan berantai besi menunjukkan imej yang agak menakutkan buat Daniyah.
"Ajarkan aku mengaji," ujar Syurahbil. Awalnya Syurahbil mahu melupakan niat lucu itu namun setelah setiap hari mendengar dan berasa tenang, dia ingin mengekalkan rasa itu terhadap dirinya dengan membacanya sendiri. Nanti pasti Daniyah akan keluar dari hospital, jadi tiada siapa yang dapat memberinya ketenangan seperti itu lagi. Mahu ke masjid atau surau dia berasa sangat kotor. Hanya ini satu-satunya peluang di depan mata.

Cikgu Jabil datang membawa buah-buahan serta air bacaan doa untuk Daniyah. Ditemani ahli keluarga Daniyah mereka berborak panjang sambil diselang selikan gelak ketawa. Daniyah banyak mendiamkan diri. Namun topik yang mahu dielakkan timbul juga akhirnya berkenaan keputusan lamaran Cikgu Jabil. Daniyah dalam diam bersyukur kerana sekarang ada alasan baru untuk memanjangkan tempoh berfikir. Meskipun tidak dinafikan akhlak dan ketinggian ilmu Cikgu Jabil sangat mantap namun hatinya masih ragu.



No comments:

Post a Comment