Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Thursday, 10 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod 3)

 Hampir sebulan Syurahbil belajar di pondok itu bersama-sama abang Daniyah. Perubahan sikap dan penampilan perlahan-lahan dapat dilihat. Tiada lagi besi rantai yang terlihat di badan Syurahbil. Dalam diam hati Daniyah berkocak.

Ketika majils tadarus mengaji bergilir-gilir dalam satu kumpulan, ada seorang pelajar tua yang terbaca salah baris pada ayat Quran, dengan segera Syurahbil membetulkan bacaan baris tersebut. Ahli kumpulan hanya mengangguk-angguk. Daniyah yang berada dalam kumpulan tadarus yang lain tersenyum melihat hal itu. Cikgu Jabil hanya memerhati.

Selesai daripada majlis itu, Cikgu Jabil mendekati Daniyah dan kawan-kawannya yang sedang berbual. Cikgu Jabil dapat menangkap puji-pujian yang disebut terhadap Syurahbil kerana dia memang terkenal berani dengan pelbagai perbuatannya. Cikgu Jabil tidak dapat menahan lalu menyuarakan hasrat hatinya, tentang apakah jawapan Daniyah dapat diterima kerana sudah lama dia menunggu. Sebelum ini hasrat disampaikan melalui abangnya tapi masih belum menerima jawapan.

“Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang kepada kamu untuk meminang anak kamu, maka hendaklah kamu menikahkan orang tersebut dengan anak perempuan kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” tegas  Cikgu Jabil.

Daniyah kemudian menjelaskan,“Apabila engkau tidak berhasrat untuk menikah dengan seseorang maka engkau tidaklah berdosa untuk menolak pinangannya, walaupun dia seorang lelaki yang soleh. Ini adalah kerana pernikahan dilangsungkan atas pilihan untuk mencari pendamping hidup yang soleh disertai dengan kecenderungan hati terhadapnya. Namun apabila engkau menolak dia dan tidak suka padanya kerana perkara agamanya, sementara dia adalah seorang yang soleh dan berpegang teguh pada agama maka engkau berdosa dalam hal ini kerana membenci seorang mukmin, padahal seorang mukmin harus dicintai kerana Allah, dan engkau berdosa kerana membenci keteguhannya dalam memegang agama ini.

Akan tetapi baiknya agama lelaki tersebut dan keredhaanmu akan kesolehannya tidaklah mengharuskanmu untuk menikah dengannya, selama tidak ada di hatimu kecenderungan terhadapnya.”

Cikgu Jabil seolah dapat membaca penolakan Daniyah tetapi dia tidak mahu mempercayainya.

Malam itu, Daniyah bermimpi sesuatu yang aneh. Kambing dapat terbang ke langit hingga mencecah awan. Ramai yang melihat dan merasa takjub akannya, Kemudian kambing itu bertukar menjadi kuda dan mendarat di hadapan Daniyah. Dia lalu menaikinya dan terbang bersama-sama ke langit biru. Daniyah berasa sangat gembira ketika itu.

Pukul 3 pagi Daniyah terjaga dari tidur dan terfikir apakah makna disebalik mimpi itu, apakah baik atau buruk. Sekiranya baik alhamdulillah, sekiranya buruk dia mohon doa untuk dijauhkan. Lantas Daniyah mengambil wuduk dan mengerjakan solat sunat. Selepas solat dan mengaji, dia tidak dapat melelapkan mata lalu mengambil keputusan untuk membaca buku bertajuk Pesan Buat Hati nukilan Azura Zamri 

Entah bagaimana terdetik dalam hatinya untuk menulis surat. Surat untuk Syurahbil.

Assalamualaikum wbt.

Pertama-tamanya surat ini amat tidak wajar untuk ditulis dan dibaca namun masalah hati amat sukar untuk dikawal. Surat ini tiada madah tiada pantun tetapi straight to the point.

Baru-baru ini saya menerima lamaran daripada seorang ustaz dan sekarang masih berfikir untuk memberi jawapan. Dalam tempoh berfikir itu saya mengenali Syurahbil dan perlahan-lahan hati saya terpaut. Saya sedar ini seperti perigi mencari timba, tetapi amat sukar saya meneka apa yang ada di dalam hati timba itu. Sekilas mata kita tak pernah terpandang, apatah lagi untuk bertukar senyum.

Selalu saya ingin berfikir bahawa tindakan saudara Syurahbil menunjukkan tiada hati langsung untuk saya tetapi kenapa hati saya mengatakan sebaliknya? Mohon maaf terlebih dahulu jika apa yang hati saya rasakan itu salah tetapi saya takut tersalah membuat keputusan tanpa mengetahui isi hati saudara.

Keluarga saya tidak ada masalah apabila saya menanyakan sifat saudara dan saya pasti keluarga kita lambat laun boleh menerima. Jika tiada balasan, saya akan melupakan rasa ini selama-lamanya dan menerima pinangan ustaz serta berlaku setia kepadanya.

Mohon surat ini dibakar setelah dibaca bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Sekian terima kasih.

Yang menunggu,

Daniyah


Surat itu dibaca berulang kali dan seperti ingin menulis surat lain yang kedengaran lebih sopan dan tertib tetapi itu nampak sangat macam nak mengorat. Lebih baik begini berbunyi tegas dan matang. Dilipat kemas dan diletak ke tepi. Sekarang bagaimana cara untuk sampaikan surat ini kepada Syurahbil? Nak bersua muka amatlah kekok sekali. Kali terakhir berbual hanyalah di hospital. Itupun beberapa patah perkataan.

Adik Daniyah, Daffa membawa beberapa buah buku hadis lalu memberikannya kepada Syurahbil yang sedang makan di kantin. "Ni kakak bagi untuk rujukan", Daffa segera berlalu setelah menyelesaikan amanat yang dipinta kakaknya pagi tadi. 'Bila masa pula mintak buku-buku ni? Takpelah nanti aku baca' getus hati Syurahbil. Selepas makan, Syurahbil menyelak-nyelak helaian buku tersebut untuk membaca isi kandungan buku lalu terjatuh sekeping surat.Dia kemudian ragu untuk membuka sebelum memilih untuk membacanya.

Cikgu Jabil yang baru selesai kelas melihat Syurahbil membaca kertas dengan wajah yang sukar difahami. Dia kemudian mendekati Syurahbil. "Buku apa ni, Syurahbil?"Syurahbil hanya tersenyum sambil membalas, Daniyah bagi untuk rujukan tambahan. Mengertilah kini Cikgu Jabil tentang perantaraan buku tersebut untuk memberi surat, lalu dia mengatakan,"Rasanya abang Daniyah, Suhail ingin berjumpa dengan kamu. Buku-buku boleh tinggal dahulu nanti ambil semula.InsyaAllah aman di sini." Syurahbil lalu menyelit surat di celah buku dan berlalu pergi.

Setelah kelibat Syurahbil hilang, Cikgu Jabil membaca isi surat tersebut. Dia mengambil keputusan untuk membawa surat itu kepada ahli keluarga Daniyah untuk meminta penjelasan.



No comments:

Post a Comment