Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Thursday, 24 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod Akhir)

 Daniyah menyibukkan diri dengan kegiatan dakwah dan berpesatuan. Petang itu dia baru sahaja selesai daripada memberikan makanan kepada fakir miskin di kawasan terpencil bersama-sama sahabat yang lain. Dia mahu mandi dan beristirihat. Datang panggilan telefon dalam begnya, lantas dia menjawab. Ternyata ada beberapa urusan yang perlu diuruskan tentang persiapan majlis ilmu yang akan diadakan nanti. Setelah mandi dia terus keluar tanpa sempat menjamah apa-apa makanan.


Syurahbil menerima panggilan daripada pengerusi persatuan dakwah. Dia sibuk menguruskan kemasukan pelajar baru sebagai ajk dan menekuni ilmu dengan para ulama. SMS dan panggilan daripada tunangya tidak sempat untuk dibalas lagi.


Beberapa minggu kemudian.


Syurahbil sudah pulang ke tanah airnya. Ibunya berasa sangat gembira dan berpuas hati setelah sekian lama akhirnya permintaannya tertunai jua. Dia ingin Syurahbil melangsungkan perkahwinan dengan segera. Raisa tidak mahu terburu-buru kerana sekarang merupakan puncak kejayaannya sebagai pelakon tetapi dia tidak menolak pada masa akan datang dia perlukan peneman yang menyakinkan.


Malam itu dan seperti malam-malam lainnya, Syurahbil berdoa di atas sejadah memohon petunjuk hidayah tuhan. Hatinya mahu melupakan muslimah itu namun sesibuk mana pun dia, tetap ada gemersik lembut menjentik hatinya tentang wanita itu. 'Ah,lupakan, dia sebentar lagi akan jadi milik orang.'


"Esok akad nikah akan diadakan di Masjid Khadijah. Jangan lambat bersiap." Ujar ibu Daniyah kepada anak-anaknya. Matanya tertumpu kepada muka Daniyah. Tidak dapat dipastikan riak seperti apa itu. Tak terlihat gembira, gugup atau keliru cuma seperti pasrah dengan keadaan.

Ketika subuh hendak menjelma, Daniyah menunaikan solat sunat sebelum subuh. Sebelum itu dia bangun bertahajud merayu bersungguh-sungguh kepada tuhannya untuk membantunya dalam membuat keputusan ini.Doanya seperti pada waktu sahur yang sebelum-sebelum ini, mahu dikurniakan kebaikan serta ketaatan dalam berpasangan. Di waktu sahur itu dia berdoa mohon untuk diluputkan rasa cinta kepada lelaki lain yang bukan suaminya kerana hal hati ini walaupun puas untuk dilupakan namun masih menyergah dan memeluk erat hatinya. Dia tidak mahu berlaku curang meskipun di dalam hati.

"Ya Allah, aku mohon kepadamu, hilangkanlah bayangan Syurahbil dalam hatiku andai bukan dia tertulis dalam takdir jodohku..." Di balik pintu, ibu Daniyah mengelap air mata.

Pagi yang hening itu, ketika berada di masjid dan bersedia untuk membina alam baru bagi 2 mempelai, sekumpulan polis datang. Mereka datang untuk menyoal siasat Cikgu Jabil berkenaan kes kemalangan yang melibatkan Raisa Adriana.  Raisa dilaporkan nazak dan sedang berada di hospital bertarung nyawa. Semua orang gempar.


 Syurahbil mengesat air matanya. Datin Lily marah-marah dan tidak jelas kepada siapa. Raisa disahkan meninggal dunia. Keluarga Raisa yang berada di luar negara sedang dalam perjalanan untuk kembali mengambil mayat ketika menerima khabar duka itu.

Maqsing-masing terkejut, terkelu dan terkedu di masjid itu. Tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka bahawa Cikgu Jabil boleh terlibat dalam perkara sebegitu. Lagipun apa faedah yang diterima? "Ini semua fitnah!". Masih bergema suara jeritan dan penafian yang sangat lantang itu.

"Doamu dijawab tuhan", bisik ibu Daniyah. Daniyah tersentak dan jelas tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh ibunya.


Tamat Siri 1.



No comments:

Post a Comment