Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Friday, 11 November 2022

Kisah kasih di hati (Episod 4)

 Langkah yang kedua, Cikgu Jabil berhenti. Dia berfikir jika keluarga Daniyah mengetahui hal ini pastinya mereka akan menjodohkan mereka berdua. Dia terdiam dah memilih pendekatan berbeza.

Syurahbil memanggil Daffa untuk memberitahu hajatnya ingin bertemu dengan Daniyah di bawah pokok besar di tanah tinggi. Daniyah dengan ragu pergi bersama-sama Daffa ke pokok itu.Daffa agak keberatan mulanya untuk meneman kerana dia mempunyai ujian pada keesokan pagi dan banyak yang perlu diulangkaji. Mereka berdiri di samping Syurahbil. Daniyah hanya merenung tanah sambil sekilas melihat Syurahbil yang seakan menyusun ayat sambil merenung kehadapan. Bayu pagi menghembus lembut.

"Terima kasih kerana sudi berjumpa. Mengenai surat itu,..." Sebelum sempat Syurahbil menghabiskan ayat, Daniyah dengan perasaan yang sangat malu terus mencantas,"Lupakan segala isi surat itu jika ianya negatif. Perkara lain boleh balas semula dalam surat. Tak elok berjumpa untuk elak fitnah. Jika tiada yang penting, saya gerak dahulu." Daniyah lantas pergi dengan muka merah padam kerana terlampau malu. Dia tidak mahu isi surat itu dibahas lagi jika tiada respond positif kerana itu sangatlah tidak wajar baginya untuk memulakan jika lelaki itu tiada hati padanya. Daffa hanya mengikut dari belakang sambil menggeleng kepala.'Jumpa tak sampai 5 minit, baik suruh orang lain teman,'gerutunya.

Petang itu, Cikgu Jabil tersenyum-senyum sambil membawa buah-buahan kepada keluarga Daniyah.

Di meja makan, mereka berbual-bual mesra sebelum Suhail bertanyakan perjalanan Syurahbil ke Mesir bagaimana. Daniyah tersentak.Cikgu Jabil melihat Daniyah sebelum menyatakan bahawa Syurahbil ingin hidup dan belajar terus dengan alim ulamak di sana jadi Cikgu Jabil membantu mengaturkan kerana sekarang adalah waktu terbaik. Perkara elok tidak baik ditunda-tunda.

Rumah sudah gelap dan semua orang seperti diulit mimpi lena. Daniyah tidak dapat melelapkan matanya. Dia berfikir apakah benar mahu mendalami ilmu agama atau ah~

Ternyata perjumpaan mereka dibawah pokok itu adalah perjumpaan terakhir sebelum Syurahbil dihantar keluar negara. Alangkah ruginya dia kerana terburu-buru menilai keadaan.

Semalaman dia tidak dapat tidur, bermunajat kepada tuhan dan akhirnya dia mengambil satu keputusan besar. Dia ingin mendalami ilmu agama juga dan pastinya hanya keluarga yang patut tahu hal ini. Dia tidak mahu membesar-besarkan perkara ini sampai ke pengetahuan orang lain.

Ibu bapa mereka bersetuju dan sahabat rapat Daniyah iaitu Alya akan ikut sekali untuk pergi ke Mesir bertalaqi.

Cikgu Jabil menumbuk telapak tangannya kerana fikirnya satu saingan akan kurang, ternyata Daniyah beralasan mahu berjaulah pula dengan rakannya.  Daniyah sememangnya mahu meluruskan hatinya belajar ilmu dengan alim ulamak. Dia dan Alya sering ke masjid bertalaqi dengan guru, para ustaz dan ustazah.

Sekian lama belajar di sana kelibat Syurahbil langsung tak dapat dilihat sehinggalah suatu hari, ketika majlis tadarus anjuran Persatuan Melayu Nusantara di adakan di Masjid Ibn Tulun antara masjid terbesar di daerah itu. Penganjur melakukan ice breaking untuk lebih mengenali sesama rakan senegara lalu meminta untuk berkumpul ikut negeri masing-masing. Dalam kumpulan itulah dia ditemukan dengan Syurahbil. Dalam diam hati Daniyah tersenyum gembira. Syurahbil nampak tidak terkejut dan berlagak seperti biasa, seperti baru pertama kali berjumpa.

Mereka membaca tadarus seperti biasa dan Syurahbil mengetuai kumpulan itu. 

Tidak lama kemudian, datang seorang Syeikh mencari lelaki bernama Syurahbil. Syeikh itu berkenan dengan pekerti Syurahbil dan berhajat ingin menjodohkan dengan puterinya yang cantik dan beragama.

Daniyah yang mengetahui hal itu merasa seperti kelam dunia sebentar. Baru terasa gembira menyentuh tetapi seakan sudah hilang untuk dicapai. Seperti tiada harapan lagi. Dalam kumpulan tadarus itu, para jejaka mengatakan itu seperti sebuah peluang keemasan. Siapa yang tidak mahu bermenantukan orang sini yang beragama. Tambah pula Syeikh itu berharta dan mempunyai anak yang baik budi pekerti. Ibarat seperti bulan jatuh keriba. Sungguh rugi kalau ditolak. Daniyah hanya mampu menangis di dalam hati menahan sesak di dada. Di dalam masjid itu, dia berdoa supaya dikurnia kekuatan dan diberi petunjuk hidayah.







No comments:

Post a Comment