Orang selalu cakap saya nak cantik. Saya nak kulit putih, nak kulit flawless. Mesti semua orang suka. Peluang pun ada banyak, senang dapat kerja, bila susah ramai orang nak tolong dll faedah.
Tapi tahukah anda ada juga kelebihan menjadi tidak cantik?
Jika anda tidak pernah dengarkan ini, saya mohon untuk teruskan membaca.
Kelebihan yang pertama adalah dikejar-kejar orang yang menjual kosmetik.
Dimana saja anda berada, anda akan diberi perhatian. Anda seperti golongan khusus atau golongan target untuk penjual2 kecantikan. Tanpa anda, siapalah yang akan membeli produk mereka.
Jika anda bertuah, anda mungkin akan dipilih untuk menjadi orang 'sebelum' dan 'selepas' mereka.
Saya pernah diambil gambar sebelum mencuba produk dan selepas mencuba. saya tak beli pun sbb sy berniat ketika itu hanya untuk mencuba produk secara percuma saja. Ketika itu sempat terasa seperti model marketing produk yg tidak berbayar. haha. Dapatlah merasa ala-ala artis sekejap.
Kelebihan kedua. Tidak dikejar lelaki2 miang yang hanya sukakan kecantikan luaran sahaja.
Sekiranya anda disukai, anda tahu benar dia suka bukan kerana wajah anda semata-mata tetapi identiti anda. Hati anda, sikap anda yang jauh lebih bersinar melebihi apa yang ada pada fizikal anda.
Tidakkah anda rasa bertuah yang anda tidak perlu menyaring lelaki lagi apabila memang kecantikan itu bukan sesuatu kemungkinan pasti.Tambahan kalau anda tidak berharta, lagilah pasangan anda tulus menyayangi anda apa adanya. Bukan kerana rupa bukan kerana harta tetapi kerana jiwa anda seadanya.
Berbeza dengan mereka yang cantik. Tambahan pula kaya. Bagaimana mereka mahu betul2 mengetahui lawan jenis itu sedang menyukai mereka apa adanya atau kerana kelebihan yang jelas melekat pada diri mereka?
Kelebihan ketiga.
Kata -kata anda lebih bermakna kerana anda adalah daripada golongan majoriti.
Ini masih lagi dalam bidang kosmetik kecantikan. Adakah anda rasa majoriti penduduk dunia ini adalah orang yang cantik? Anda mungkin tersilap.
Orang biasa, orang tidak berapa cantik, kulit tidak cantik, anggota tidak berapa indah dll ciri yang membuatkan mereka di golongan tidak begitu cantik sepenuhnya. Ketahuilah masing2 mempunyai kekurangan yang kita tidak nampak secara kasar dan menyatakan diri mereka tidak cantik. Kesimpulannya majoriti penduduk dunia merasakan mereka tidak cantik.
Memandangkan anda adalah daripada golongan majoriti, apakah kelebihan anda? Tanpa anda sedar, anda lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju penggunaan bidang kecantikan.
Komen saya, kita semua sebenarnya cantik. Usah biarkan external validation memberi makna pada hidup kita.
Kelebihan keempat.
Anda sangat diperlukan di meja itu.
Ya untuk orang yang cantik, bagaimana dia hendak memperkenalkan diri dia cantik jika tiada orang yang tidak begitu cantik disebelahnya? Bagaimana dia hendak mengorat lelaki hensem itu?
Lelaki itu mestilah nak perempuan yang paling cantik daripada barisan-barisan itu. Dan watak anda sebenarnya sangat penting untuk menyinarkan keberadaan dia di situ.
Usah remehkan batu- batu kerana tanpa batu, berlian takkan nampak indah.
No comments:
Post a Comment