Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah tengok cerita tu malam tadi.
Perasaan? Rasa lega. Hahaaaa
Selepas itu baca review tentang orang tulis pasal cerita ni, sebab nak tahu kenapa cerita ni mcm femes dan terima banyak anugerah. Dah baca review ramai kata kelakar dan best.
Bila tengok kali ke 2 yup mmg ada unsur2 geli hati tu. Rasanya cerita ni femes sebab ending dia.
Ending dia membawa kepada pembahagian 2 pendapat. Satu yang setuju dia kembali pada yang asal dan pihak kedua yang menganggap itu tidak adil.
Ok lah ini sinopsis cerita:
Mengisahkan Andy(lakonan Anne Hathway) yang agak selekeh dan outdated diterima masuk sebagai assistant untuk syarikat gergasi dalam bidang fesyen.
(Babak dia di interviu: https://www.youtube.com/watch?v=b2f2Kqt_KcE&list=PLZbXA4lyCtqp3QeQqHel-UoUErzCSSctn&index=2)
Pekerja-pekerja dalam syarikat itu, semuanya berpakaian cantik dengan fesyen terkini serta memakai heels untuk perempuan.
Setelah diterima masuk, dia sering mendapat oncalls daripada Miranda, bossnya untuk melakukan pelbagai kerja termasuk membelikan makanan, minuman, mengambil bajunya dll.
Suatu masa, ketika bossnya ingin pergi ke suatu tempat menaiki kapal terbang untuk menghadiri acara penting, bossnya menelefon Andy untuk mendapatkan ganti penerbangan pada malam itu juga kerana penerbangan sedia ada batal akibat taufan melanda.
Miranda mencuba sehabis baik namun tetap tidak dapat mendapatkan pengganti. Pelbagai panggilan dilakukan walaupun ketika itu dia sedang makan malam bersama ayahnya. Dia akhirnya tidak dapat menikmati masa bersama-sama ayahnya yang datang melawat kerana sibuk kesana kemari mendapatkan penerbangan jet, helikopter atau apa-apa sahaja yang ada ketika itu di sekitar kawasan.
Keesokan harinya, dia dimarahi dengan teruk oleh bossnya kerana gagal mendapatkan penerbangan.
Andy seakan mahu menangis dan agakan saya dia ingin ke tandas untuk membersihkan muka serta menenangkan diri rupanya dia pergi ke department lain dan mula mengadu.
(Babak mengadu: https://www.youtube.com/watch?v=zJf-J5RXxw8)
Menyatakan dia sudah cuba yang terbaik tetapi bos tak pandang. Bila buat satu kesalahan mula nak kecoh satu dunia. Segala keberhasilan dia lakukan sebelum ini seolah tiada makna.
Kawan dia yang mendengar mula menjawab, adakah awak nak saya bela awak? menyatakan awk dah buat yang terbaik tetapi tak dihargai bos? Cuba tanya diri awak betul2. awak dah buat yang terbaik ke sebenar2nya?
Dari situ dia mula mengubah penampilan menjadi lebih baik.
Dia juga kemudiannya mendapatkan tugas untuk menghantar buku ke rumah Miranda.
(Dapat tugas special: https://www.youtube.com/watch?v=rHgfDt9aEh0)
Hari pertama, ada banyak bilik dan banyak meja bunga, jadi dia keliru mana satu tempat yang perlu diletakkannya.
Anak Miranda menyatakan, maila naik atas hantar kt sini.
Ketika dia naik atas, ternampak olehnya Miranda dan suaminya bergaduh. Dengan teragak-agak Miranda meletakkan buku tersebut di lantai lalu bergegas pergi.
Keesokan harinya di waktu pagi, dia mendapat amaran daripada assistant pertama bahawa dia mungkin akan dipecat kerana Miranda sangat marah kepadanya.
Andy merasa takut ketika namanya dipanggil masuk ke pejabat Miranda.
Miranda menyatakan bahawa dia perlu mendapatkan steak dalam masa 15 minit daripada sekarang serta mendapatkan buku Harry Potter yang tidak diterbitkan lagi. Jika tidak, Andy tidak perlu bersusah payah datang kerja lagi.
Andy sangat terkejut. kerana di awal pagi mana nak dapat stik. Dia terpaksa bergegas ke restoran berdekatan dan memaksa chef memasak stik.
Untuk buku pula, dia merasakan hampir berputus asa kerana arahan itu amatlah mustahil untuk dilakukan. Setelah melakukan pelbagai panggilan dan merasakan ini pengakhiran kerjayanya, dia mendapat panggilan semula menyatakan dia mendapat sampel manuskrip.
Andy merasa sangat gembira.
Dipendekkan cerita ke babak akhir, di dalam kereta ada Miranda dan Andy.
Miranda menyatakan saya nampak diri saya dalam awak. Seorang yang tidak mudah berputus asa penuh determination macam tu.
Andy tidak bersetuju dan menyatakan saya bukan awak. Tak nak jadi mcm awak. Sanggup mengorbankan orang lain untuk mencapai cita-cita sendiri.
Miranda menjawab, bukankah pengorbanan itu perlu? Lagipun awak juga melakukan hal yang sama. Mengorbankan Emily untuk cita2 awak pergi ke Paris.
Miranda kata, Lagipun, siapa yang tak nak jadi macam saya? merujuk kepada mempunyai banyak wang, kepintaran, kekuasaan serta terkenal.
Andy menggeleng sendiri.
Keluar daripada kereta itu, Andy memilih untuk berhenti menjadi assistant Miranda dan kembali pada dirnya yang asal.
Ya, iaitu memakai baju lama yang tidak terlalu berfesyen serta meneruskan kareer menjadi journalist kesukaannya.
Dia tidak mahu meneruskan perjalanan hidupnya dalam syarikat fesyen gergasi itu lagi.
Ending scne : https://www.youtube.com/watch?v=A3t7N0e6rhQ
No comments:
Post a Comment