Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Wednesday, 31 July 2024

Kisah seram pendek : Jaga jaga belakang pintu

Abu dan Ali baru sahaja berpindah ke kota raya dan berjaya mendapatkan rumah sewa yang murah di pinggir bandar. Mereka berasal daripada kawasan kampung yang sama.

Setibanya mereka di rumah itu dan mendapatkan kunci daripada tuan rumah melalui bawah pasu, mereka pun melihat isi rumah itu. Kosong, suram dan tiada apa. 'Memang patutlah, murah,' gumam Abu.

Malam itu, mereka tidur beralaskan kain pelikat serta beg baju sebagai bantal. Memandangkan tiada kipas atas dan bawah, jadi mereka membuka semua tingkap untuk angin masuk.

Tiba-tiba Abu terjaga dan terdengar bunyi sret sret di luar seolah-olah bunyi kuku panjang mencakar dinding. Abu menjengah ke luar tingkap untuk melihat binatang apa tetapi tiada apa yang dapat dilihat.

Dilihat seperti semak samun di tepi rumah bergerak-gerak. 'Mungkin binatang tu dah lari ke situ,' fikir Abu. Abu yang terjaga tidak dapat melelapkan mata, terasa rumah ini masih panas. Dia lalu masuk ke tandas untuk mandi. Dari dalam tandas, dia mendengar bunyi seseorang berjalan di luar serta memasak.  "Ali kalau masak, masak lebih sekali, aku pun lapar jugak" laung Abu dari dalam  tandas yang menyangka Ali memasak di dapur. Kemudian dia teringat, mereka mana ada kuali, water heater atau apa jua peralatan, dia lalu menjenguk kepala ke luar. 

Ternyata dapur gelap tiada orang yang memasak. 'Aku berkhayal ke,' detik Abu.

Dia menggeleng-geleng kepala dan meneruskan mandian. Dia memang mahu berlama-lama di situ. Seketika kemudian terdengar bunyi atap bumbung tempat Abu mandi dihentak-hentak seolah ada orang di atas bumbung yang melompat-lompat. Abu merasa sangat tidak selesa. Dia lalu menjerit, ''Sapa tu, hah, hidup jangan melampau!,"

Kemudian bunyi itu berhenti dan Abu segera menyelesaikan mandian. Ketika dia mahu mengambil tuala terlihat ada sepasang mata merah sedang melihatnya dengan tajam dari celahan lubang bilik mandi. Terkejut Abu.'Sapa pulak mengintai aku tengah malam buta nih'.

Abu bergegas keluar dan melihat daripada tingkap yang memang sedia ternganga di dapur dan tiada orang di luar. 'Efesien btul kerja.'

Abu kemudian memakai baju dan melihat Ali yang lena tidur di biliknya di bawah bungkusan selimut nipis.

---------------------------------------

Ali tidur dengan lena di hadapan tingkap biliknya. Angin berhembus sekali sekala. Pintu biliknya memang terbuka luas untuk pengudaraan. Sekejap dia beralih ke kanan dan sesekali dia beralih ke kiri ternampak ada kelibat rambut panjang melihat dari tingkap. Tersenyum.

Ali  menggeliat dan menguap beberapa kali. Dia melihat jam dinding menunjukkan jam 5. 'Apa salahnya siap awal untuk kerja hari ini,'. Dia kemudian mandi dan bersiap untuk berjoging sekitar kawasan kampung yang baru sahaja mereka pindah. Angin bertiup dan pintu rumah terbuka luas gara-gara Ali tidak menutup dengan rapat.

Terasa agak pelik kerana kebanyakan jalan tiada lampu dan bergelap. Kebanyakan rumah juga gelap tidak memasang lampu di dalam atau di luar rumah. Ali malas mengendahkan hal itu dan menganggap mereka semua mahu berjimat. Dengan menggunakan headlamp, dia berjoging sambil mencari surau di kawasan sekitar. Terdengar bunyi sesuatu di semak samun dan Ali segera menyuluh. Khuatir juga akan kedatangan binantang buas. Namun tiada apa. Dia lalu berjalan santai ingin menikmati udara pagi. Dari belakang ada mata yang sedang memerhati.

-------------------------------------------------------

Abu terjaga dan melihat ke luar seperti hari hendak terang.Dia segera ingin ke tandas untuk menunaikan hajat dan membersihkan diri sebelum menyembah tuhan. Namun tidak disangka air tiada. Ada tandas buruk di luar, dia pun pergi ke situ dan mendapati ada air mengalir dari paip di tandas lama di luar rumah.

Dia mengambil tuala di dalam rumah dan membiarkan pintu dapur ternganga. Sebelum dia ke tandas, dia pergi ke bilik Ali untuk mengejutkan dia dan juga untuk memberitahu supaya jangan kunci pintu dapur untuk dia masuk nanti. Tubuh kaku di bawah selimut itu dikejut berkali-kali supaya bangun namun hampa kerana seolah-olah tidur mati. 'Mungkin penat sangat kot, takpelah lepas mandi kejut lagi.'

Ketika seronok-seronok mandi di luar tandas, ada bunyi di luar tandas seperti menebas- nebas semak dan Abu tidak mahu mengendahkannya. Kemudian terdengar jejak kaki itu berjalan dan berhenti di depan pintu tandas Abu. Abu melihat di bawah ruang pintu terlihat seperti kaki melayang. Perasaan seram mula menjengah. 'Pagi-pagi pun da buat kerja, rajin betul kacau orang,' desis Abu.

Kemudian benda itu mengetuk-ngetuk pintunya dengan kuat. Abu tidak tahu mahu bereaksi apa.

Terdengar bunyi kayu seperti disendal di hadapan pintu tandas Abu menyebabkan Abu tidak dapat keluar.

Dia menolak pintu itu dengan kuat namun hampa.Lalu dia menarik nafas dan menendang pintu itu dengan kuat sebelum pintu itu terbuka.

Abu seperti hendak marah, "Tak guna Ali ke nak kenakan aku pagi-pagi ni. Jagalah dia," . Ketika hendak masuk ke pintu dapur yang sudah sedia terbuka itu, Abu ternampak bayang-bayang laju melintasinya memegang pisau. Abu tergamam dan berhasrat menyorok kembali ke tandas lama.

Saat dia berlari ada benda ikut mengejar daripada belakang yang membuatnya semakin berdebar.

Ketika dia masuk ke tandas lama itu dan menutup pintu tandas, terkejut bukan kepalang, ada benda bergayut di belakang pintu menghadap pintu. Abu terjerit kemudian perlahan-lahan kepala benda itu menoleh ke arah Abu sambil merenyeh.

Abu segera ingin keluar dari situ sebelum benda itu memanjangkan tangannya dan memegang kain tuala Abu.

--------------------------------------------

Ali bersiar-siar di kawasan kampung itu dan melihat jumlah langkah di jam smart watchnya. Dia sudah melangkah hampir 10 ribu langkah namun kelibat orang, kedai mahupun surau tidak dijumpainya. Dia juga mulai sedar yang seakan-akan dia berpusing di tempat yang sama. Dia kemudian mematahkan satu dahan yang dijumpainya dan selepas 10 minit dia menjumpai dahan yang sama. Ali bingung. Tiba-tiba ada getaran dalam seluarnya dan terkeluar bunyi:

I'm a survivor (What?)
I'm not gon' give up (What?)
I'm not gon' stop (What?)
I'm gon' work harder (What?)
I'm a survivor (What?)
I'm gonna make it (What?)
I will survive (What?)
Keep on survivin' (What?)
I'm a survivor (What?)
I'm not gon' give up (What?)
I'm not gon' stop (What?)
I'm gon' work harder (What?)


Caller ringtone Ali berbunyi kuat.


Ali tidak mahu berputus asa, dia kemudia mengetuk pintu salah sebuah rumah di situ. Namun hampa ketukan bertalu-talunya tiada jawapan. Semua rumah juga menunjukkan reaksi yang sama. Akhirnya Ali bertekad untuk memecah masuk rumah itu. Dalam rumah itu serta rumah-rumah lainnya, semua seperti rumah tinggal tidak berpenghuni. Dia ke bilik dan melihat ada susuk  yang terbaring dengan selimut nipis.

Dia menyelak dan sebelum sempat melihat insan di balik selimut terdengar bunyi pintu dapur terbuka. Dia menoleh dan berpaling semula melihat insan yang baring ternyata kerangka mayat dengan mulut ternganga sambil tangan naik ke atas. Sungguh mengejutkan.

Ali lantas ke dapur dan melihat ada sosok hitam memasuki kawasan belakang rumah. Di situ dia melihat ada tandas dan semak samun. Dia pun mengambil pisau dan mula menebas-nebas semak di luar dapur sebelum terdengar bunyi orang mandi di tandas lama itu. Dia ingin melihat orang di dalam, tetapi amat tidak mungkin dengan gelap dan suasana sunyi seperti itu makhluk bernama manusia di situ. Dia mengambil kayu dan menyendal pintu tandas itu lalu masuk ke dapur. 

Tiba-tiba dari arah semak, muncul makhluk menyeringai dan menerkamya dengan laju sebelum dia sempat berbuat apa-apa.

Dia seperti mamai, mabuk dan tidak sedar apa yang dibuatnya selepas itu.

----------------------------------


Abu sekarang berada di dalam bilik, mengunci kejap pintu dan cepat-cepat memakai baju dan seluar. Dia mengintai melalui lubang pintu untuk melihat jika ada benda di luar. Ternyata ada sosok sama sepertinya sedang mengintai juga lubang pintu. Jelas seperti cerminan dirinya.

Dia terkejut dan berundur ke belakang, terlanggar dinding dan pintu biliknya berbunyi seperti dilanggar figura itu. Dia kemudian mengintai lagi di lubang pintu dan ada mata disebelah sana yang ikut mengintai. 

Pengsan sekejap.

------------------------------------

Ali tidak sedar sekarang pukul berapa dan berada di mana. Dia seperti baru lepas bangun daripada tidur yang panjang. Termangu-mangu. 




























Tuesday, 30 July 2024

Kisah Cinta tipu-tipu Episod 2

Alif melihat Aena seakan terpegun melihat kalung itu, lalu merasa gembira kerana Aena seakan senang dengan hadiah itu.

“Awak ambil lah loket ni, sesuai untuk awak” hulur Alif. Aena mengambilnya dan setelah pelbagai persoalan bermain dalam fikiran dia pun bertanya, “Awak tinggal dalam banglo di Bukit Assam tu ke?” Alif terkejut. “Eh macam mana awak tahu? Stalk saya ye…..”

 

“Bukan…bukan..”


"Saya main teka2 je..."

hahahaa Alif gelak berdekah. 

"Awak ni agak2 lah, kita baru kenal pastu tekaan awk random sgt...klu awk teka sy suka warna biru pastu betul kira ok lgi sbb xbyk pilihan warna...ni tempat kot. ada beratus2. awk bkn sebut negeri tpi betul2 nama tempat. Dah2 sy nk dgr penjelasan awk dsebalik tekaan tu. Jom g minum"


"Oh...sy masih kena kerja..."

Lekas tangan Aena menyapu nyampah.

"Baik. Klu mcm tu sy tunggu awk smp hbis keje. sy nk kan penjelasan awk hari ni jgak,"

Aena mula tergamam. Adui aq punya nk larik skli terlepas ayat tak patut. Aena rasa ingin memarahi dirinya kerana tidak berhati2 dalam berkata2 hingga menjeratkan diri dalam situasi kekok ini.


"Sebenanrnya sy dpt mimpi malam tadi..." Ilham Aena untuk mengelak pun muncul. Sy harap itu menjelaskan dan tak perlu membazir duit, tenaga dan masa minum kat luar.

"Uish! Ni buat saya lagi curious..kita baru jumpa sekali awk da termimpi2 bumbung rmh sy? Sekali nama tempat plak tu. Ceritakan lebih byk ttg mimpi awk tu. Sy nk dgr dan verify betul ke x maklumat awk dpt tu."

'Ah sudah...'

"Pastu sy mimpi ada naga terbang tiup api dia da jadi merepek2, jdi xde maklumat lain dah utk awk verify.."

"Hebat awk eah.." ujar Alif sambil mengelus janggut nipis di dagunya.

Riak muka Aena da berubah cuak. Adakah dia da tahu aq memain..

"camne awk pandai ckp English, hebatla tukang sapu pun pandai sebut verify."

lol. ingt apa lah td. 


"Hey ingt sy xbljr sekolah ke?"

"Haha takdelah, okla skrg da pkul 5 waktu utk awk checkout. Jom sy nk culik awk bwk jln2"

"Sorry sy xrela diculik awk" Aena berlalu pergi dari situ dengan kadar segera.

Alif menjerit memanggil dari kejauhan, "awk awk nama awk apa".


Aena keesokan harinya ingin menukar tempat sapu sampah daripada di depan bangunan ke bahagian lain kerana dia tidak mahu terserempak dengan Alif. Namun semua orang tidak mahu bertukar kerana sudah selesa dengan tempat masing-masing. Lagipun di bhg depan kena pastikan betul2 bersih kerana itulah tempat pertama orang lalu lalang jadi siapa yang mahu kerja lebih setelah ada kerja sedia ada yang senang.


Aena pasrah. Dia meneruskan kerja seperti biasa dan mahu mempercepatkan kerja supaya tidak terjumpa lagi itupun jika dia datang hari ini.


Setelah siap menyapu dan mengemop lantai dengan cepat Aena bersiap untuk menyorok di belakang. 
Alif: Wah cepat, cekap dan efesien ya awk keje hari ni? Tak sabar nk keluar dengan saya ya.
Dah jom kita kluar makan sy lapar.

Aena: Eh eh sy ada urusanlah lps kerja sori awk. pastu sy da kenyang.

Alif: Kenyang makan apa?
Aena : tak ingat
Alif: Sy xnmpk pun awk mkn lunch td...yg sy nmpk awk baring2 kt tangga.
Aena dengan muka terkejut: Apa?! Awk stalk sy? Sy report polis
Alif: Polis..polis... sy nk buat aduan dulu. Ada orang curi benda penting dalam hidup sy..
Aena: Apa? kata Aena sambil menjeling.
Alif: Ada orang mencuri perhatian sy...wakaka
hahah

Alif sendiri pun hairan bagaimana dia boleh berkelakuan dan berkata yang sedemikian jauh berbeza dgn karakter sebenar dia yang selalu berdiam diri.
Dia rasa seolah sudah kenal lama dengan Aena dan watak perempuan itu menarik untuk lebih dikenali.

Aena: Ok fine.. jdi apa  yg patut sy bt spya awk xkacau sy kerja lagi?  sy xtenang tau x? awk kata sy curi perhatian awk? awk plak curi ketenangan kerja sy bole plak??
Aena mula sedikit berangin.

Alif: woooo rilek2 chill cool.. ok awk ikut sy skli ni pastu sy janji dah xkn kacau awk lgi boleh?

Aena berfikir pjg dan kemudian menghantar msg kpd adiknya sebelum mengangguk setuju.
Aena: kena berpegang pada janji ye utk xkacau sy lh....dan satu lgi saya ikut ni jgn bt yg bkn2 sy ada karate. haa

Alif hanya tergelak.

--------------------------

Tempat yang paling Aena nak elak untuk jejakkan kaki dan disitulah kakinya berpijak sekarang. Rumah agam tempat dia pernah menjadi orang gaji. Rumah keluarga Aeman, majikannya. 

----------------------------

"Kenapa awk bawak sy ke sini.."
"Saya saja nak bawak awk ke sini sbb awk kan smp termimpi2 bumbung rmh sy, sama x dgn mimpi awk? jgn risau sy bkn tinggal sorg kt sini tpi dgn family ada org gaji skli. Family ada buat majlis makan2 kt dalam, boleh lah join skli hari ni."

"Saya pening kepala, sy nk baliklah."
"Maila masuk tngok2 dlu, xmkn pun xpe..."
"sy xnk nnti sy pengsan. sy xsuka klu ramai2 org nnt sesak nafas" helah Aena.
"ok baik2. sori awk"

----------------------------------------------------
Di rumah Aena sedang berfikir utk menukar kerja lain supaya dia tak terlibat dengan keluarga itu lagi.
-
-
-kubur
-sedih
-xmahu tipu2 lg


Wednesday, 10 July 2024

Beautiful clothes

 


Hai semua, pada coretan kali ini saya akan menunjukkan koleksi pakaian menarik yang saya jumpa di internet. Ada yang guna 3D ilusion, ada yang guna daripada bahan buangan utk selamatkan alam sekitar, ada yg letak lampu lumonisence menunjukkan warna warni daripada arah berbeza. Jadi sy saja nak kumpul setempat di sini supaya bila saya nk tengok, bole datang sini.


1. Pakaian ini nampak seperti pari-pari.




























2. Bersinar dalam kegelapan, terang.
 

3. Nampak macam di awang awangan. Timbul.


4. Memperkenalkan Anna Wintour, editorial team daripada majalah Vogue. Pakaian dia kebanyakannya menutup aurat, sopan dan bergaya.


5. Ini adalah pereka fesyen baju yang saya minat dan terkenal di tanah air. Rizman ruzaini yang menggabungkan design tradisional Melayu dan moden.
Baju dia nampak lawa,simple dan ekslusif.




6. Rasanya ni mcm ada konsep ilusi dan futuristik. Pereka fesyen bernama Iris van herpen 

7. Lain-lain design baju yang nampak menarik.





Sesuai dipakai zaman covid untuk jaga jarak, huhu



Thursday, 4 July 2024

Kisah bersendiri dan aku (Rekaan semata-mata) Part 3 Akhir

Warkah akhir
Arkan yang merupakan ayah angkat Asiah menghadapi sakit tua dan bila- bila masa sahaja akan menemui tuhannya. Aryana yang kecewa dengan keluarganya, mengenepikan egonya dan datang untuk melawat di masa akhir Arkan.Arkan tidak mempunyai sebarang harta untuk diberikan namun dia sempat memberikan sedikit nasihat untuk Aryana,"Ingatlah! Sungguh bapa cuba menjadi yang terbaik meski Arkan sendiri bukan yang terbaik namun jangan jadikan ini sebagai penghalang untuk Aryana menjadi lebih baik daripada Arkan bahkan daripada Aryana sendiri."
Asiah hanya mengangguk dalam sendu.

Akhirnya Arkan melepaskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat di kediamannya. Asiah tidak tahu bagaimana untuk reaksi, kadang dia berasa adakah dia jahat apabila dia tiada sebarang perasaan untuk ibu dan bapa angkatnya?
 Asiah menyedekahkan alfatihah sebagai hadiah untuk Arkan. Air mata mengalir terkenang pristiwa pahit yang pernah berlaku di antara mereka dan dia memilih untuk memaafkan mereka semua.

Cinta manis
Asiah berkenalan dengan Affan melalui applikasi dating di mana Affan menegurnya dahulu. "Selamat Pagi! Saya Affan," begitu tegurnya. Asiah yang baru sahaja membasuh kain, membalas, "Selamat pagi, awal bangun hari ni?" Mereka berbalas mesej dan Asiah rasa hubungan mereka berpotensi untuk ke peringkat yang lebih serius. Namun itu cuma mimpi dimana ketika dalam satu perjumpaan secara berdepan, Asiah tidak sengaja melihat screen saver Affan adalah seorang perempuan cantik. Dia juga melihat Affan berbalas mesej dengan perempuan kerana ternampak ada gambar perempuan. Chat mereka yang saling menyemangati sebelum ini tidak lagi memberi makna kepada Asiah setelah dia mengetahui hal itu.
Dia ingin menoktahkan perkenalan ini dan berfikir mahu fokus dalam memajukan dirinya sahaja.

Bertambah rezeki
Asiah ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi daripada kerja asalnya. Itu membuatkan Asiah berasa sangat gembira. Minggu itu, dia demam. Dia keseorangan merawat luka hatinya serta merawat suhu badannya. Dia sedar hidup berseorangan memang apa sahaja yang dimahukan perlu diusahakan sendiri. Asiah melihat akaun banknya hanya berbaki RM20 dan dia tidak mampu untuk membeli air kelapa atau bubur melalui applikasi penghantaran makanan. Apa yang boleh dilakukannya adalah memasak meskipun dia sangat tidak larat dan memakan ubat.
Asiah berasa sedikit gembira dan bersemangat apabila memikirkan tentang kenaikan gaji yang bakal diterimanya selepas ini. Itu yang membuatkannya bangun daripada katil dan mula memotong bawang.

Asiah bertekad ingin menjadi pelabur sepenuh masa, dia tekun menelaah buku-buku yang terlibat serta menonton video berpelajaran. Dia juga sudah memulai berdagang di pasaran bursa meskipun tidak mempunyai modal yang besar.
Asiah bertekad untuk tidak mahu bekerja di bawah orang sehingga tua kerana dia mahu menjana pendapatan sendiri dan bebas kewangan. Dia berhasrat untuk membantu orang susah dan juga dapat menerokai dunia di luar sana.

Setelah hampir setahun, dia belajar tanpa putus asa, akhirnya dia berjaya mendapat pulangan yang memberangsangkan. 2 tahun kemudian dia berjaya menjana keuntungan 3% daripada modal yang ada setiap bulan serta dividen yang diterima setiap bulan daripada syarikat besar membuatkan portfolio Asiah bertambah kukuh.

Kini Asiah berumur 30 tahun dan masih bujang. Dia sudah dapat menjana 5 angka setiap bulan. 
Dia sedar wang yang banyak tidak dapat membeli kebahagiaan. Namun sekurangnya dia sedar bahawa dengan duit dan masa yang dia punyai, dia boleh melakukan pelbagai aktiviti yang dia mahukan seperti skytrex, paragliding, hang gliding, bungee jumping, parachuting, parasailing dan pelbagai lagi. Dia juga dapat melancong ke pelbagai negara selagi mempunyai internet untuk membantu dia melakukan kerja sepenuh masanya itu. 
Sekali sekala dia akan mendermakan sebahagian wangnya kepada pusat kebajikan, anak yatim dan sewaktu dengannya.

Asiah berasa sangat gembira dengan kehidupannya sekarang. Jauh di sudut hati dia masih dahagakan kasih sayang seseorang dan inginkan peneman hidup namun dia sedar ini seperti coretan tertulis dalam takdir buku hidupnya untuk hidup mandiri.
Kesendirian seorang diri dan dirinya sendiri hingga ke akhir hayat.
Di penghujung umur 30 tahun, ada lelaki ingin melamarnya dan ingin menjadikan dia sebagai suri hati sepenuh masa. Ada yang mengatakan lelaki itu tertarik dengan hartanya tetapi Asiah malas mempedulikan hal itu kerana memang semua manusia pentingkan diri sendiri. Asiah batuk dan terasa sangat sakit di kepala. Setelah menemui doktor, Asiah berasa sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia menghidap kanser otak tahap 4 di mana dia mempunyai beberapa bulan sahaja untuk hidup lagi.

Asiah yang mendengarkan berita ini terdiam dan tidak tahu bereaksi bagaimana. Di sepanjang perjalanan hidupnya dia selalu berdoa supaya dimatikan dalam husnul khotimah iaitu sebaik-baik kematian. Beberapa minggu lagi majlis pertunangan antara Asiah dan lelaki yang serius ingin melamarnya akan berjalan. Asiah pasrah.

Setelah majlis pertunangan selesai, Asiah memberitahu Aryana yang dia mahu ke Palestin beberapa bulan untuk menjalani aktiviti kemasyarakatan sebelum berkahwin. Aryana kelihatan berat hati. Asiah meyakinkan ibu angkatnya tidak ada perkara buruk yang terjadi. Alasan sama yang diberikan Asiah kepada tunangnya. Mujur mereka merelakan setelah puas dipujuk. Asiah ingin menghembuskan nafas terakhir di sana tanpa membiarkan orang sekeliling mengetahui niat asalnya.

Mati hidup semula?
Khairul seorang petani berjaya dan dia sudah menjalankan bisnis tanamannya secara import dan eksport ke merata negara.  Suatu masa ketika dia sudah menjadi begitu jutawan mempunya kereta mewah dan banglo hebat dia masih terasa kosong di hati. Dia sedar itu bukan hanya sekadar peneman tetapi jauh lebih besar. Dia berhasrat untuk memberikan makanan terbaik kepada mangsa perang dan dia teringat kepada Palestin.Dia ingin ke negara itu dahulu dan menemui NGO atau badan yang diiktiraf jujur sebelum menyalurkan bantuan. Dia tidak mahu bantuan yang dihulurkan disalah guna pihak tertentu.

Asiah yang sedang sibuk membantu merawat seorang pesakit merasa sangat terkejut ketika mendengar dentuman bom yang tidak jauh dari tempatnya berada sekarang. Dia beristigfar berkali-kali.
Sebelum Asiah sempat mengucap seketul bom jatuh di tempat dia berdiri sekarang. Innalillah.

Berita kematian rakyat Malaysia di Palestin terpapar di akhbar dan siaran televisyen. Keluarga angkat Asiah merasa sangat sedih termasuk tunang Asiah juga. Tidak puas dengan hal ini, tunang Asiah menuntut pampasan rugi kerana banyak wang sudah dibelanjakan untuk majlis kahwin yang bakal berlangsung. Meskipun Asiah banyak mengeluarkan modal tapi tunangnya itu tidak segan silu meminta ganti rugi.

Khairul yang berada tidak jauh daripada kawasan letupan itu segera mencari tempat perlindungan di celah runtuhan bangunan. Sepatutnya dia harus pulang ke Malaysia hari ini mengikut jadual kerana urusannya sudah selesai di sini tetapi entah mengapa hatinya mahu tinggal sehari dua lagi di sini dan nah ini padahnya ketika tidak mahu mengikut rancangan asal. Marahnya kepada diri sendiri di dalam hati. Dia sedikit gentar akan situasi itu namun masyarakat di situ seperti tidak memberi respon yang sama kerana mereka sudah lali dengan bunyi bom di sana sini, mayat bergelimpangan. Bunyi itu terdengar seakan bunyi mercun sahaja di telinga mereka.


"La ila.....ha.." Sayup terdengar suara ingin mengucap dari dalam runtuhan bangunan. Khairul dengan pantas mengalihkan batu bata yang menghempap. Dalam kesamaran Asiah dapat melihat cahaya semakin lebar di atas kepalanya. Dia beranggapan yang mungkin dia sudah meninggal namun dia harus mengumpul tenaga untuk mengucapkan kalimah syahadah yang suci itu. "...illallah..." Mata Asiah pun tertutup. Khairul melihat wajah perempuan itu yang kuyu lemah dan seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Dia segera memeriksa nadi dan ternyata masih berdenyut dengan sangat lemah.

TAMAT


Epilog:
Kenapa tamat sedangkan cerita macam baru nak start? Sebabnya setelah babak itu berlaku Asiah tidak lagi bersendiri dengan dirinya sendiri lagi. Dia akan menemui bahagia bersama peneman yang mahu susah senang bersama, berkongsi cerita serta ingin belajar lebih menyayangi diri Asiah...dan babak2 seterusnya akan menjadi persis sama seperti novel romantis cinta yang lain fiuu~

Asiah ingin memasak kerana seperti itulah tanggungjawab seorang isteri dan ingin mengemas rumah serta membasuh baju. Namun itu semua telah selesai dilakukan Khairul kerana itu memang rutin hariannya bangun 4 pagi melakukan kerja rumah. Asiah memuncungkan mulut kerana tidak berpuas hati hampir setahun usia perkahwinan mereka dia masih belum melakukan kerja rumah sepenuhnya. Dia tidak mahu menjadi beban kepada pasangannya. "Dah kunci alarm pukul 3 pagi dah, nape asik terbangun pkul 6 nihh," rungut Asiah dalam suara serak basah bangun tidurnya...Khairul hanya tersengih kecil, "Abang tak mahu sayang bangun terlampau awal buat kerja berat, abang masih mampu buat. Sayang kena dapatkan rehat yang cukup..." "Tapi nanti abang bosan, penat dan letih,," "Taklah." "Macam mana klu nnt abg benci syg tpi xsampai hati nk ckp?" "Please jgn fikir negatif?" Akhirnya Asiah mengalah, "Tapi abg kena janji klu abg rasa penat dan perlukan bantuan tlg bgthu Asiah sbb Asiah sygkan hubungan kita sgt2". "Baiklah syg, abg janji meskipun abg rasa xkn penat bt benda ni smp bila2....."