Menjadi guru kelas akhir amat mencabar dan mereka datang dari keluarga yang sangat susah disertai gaya pemikiran yang berbeza.
Walaupun sering diuji dengan pelbagai ragam, Cikgu Naina tetap bersabar dan penuh keazaman. Kelas itu berpakat memasang letupan di dalam kelas berniat untuk menakutkan cikgu itu namun diketahui ramai kerana dapat didengari semua. Kerana itu, satu kelas dipanggil menghadap pengetua untuk digantung sekolah, namun dibela Cikgu Naina mengatakan itu adalah pembelajarannya.
Mereka diminta diberikan peluang sehingga peperiksaan akhir bagi membuktikan yang mereka juga mampu berjaya seperti pelajar lain. Dengan penuh semangat, Cikgu Naina memberikan mereka motivasi terlebih dahulu. Menulis perangai buruk di muka surat akhir dan membuangkannya jauh2 agar tidak mengganggu hidup mereka lagi.
Cikgu Naina sangat bagus dalam menerangkan konsep2 sehingga dicemburui kelas pertama kerana cara pengajaran yang menarik.
Semuanya berlangsung dengan baik sehinggalah Aatish yang merupakan pelajar nakal dalam kelas itu mensabotaj projek sains yang diwakili sekolah itu di peringkat kebangsaan gara2 geram kerana dihina. Satu kelas turut mengaku terlibat walhal hanya dua orang sahaja yang melakukannnya. Natijahnya, satu kelas digantung sekolah tapi diberi keringanan untuk menduduki peperiksaan akhir atas budi bicara Cikgu Naina terhadap pengetua.
Mendengar perkara sedemikian dia berasa sangat kecewa terhadap murid2nya sehinggalah Aatish datang kepada cikgunya meminta maaf dan mengatakan ketika semua orang menulis perangai yang harus dibuang di kelas tempoh hari dia tidak menulisnya dan sekarang dia telah menulisnya iaitu sikap tidak mahu percayakan sesiapa termasuk dirinya dan cikgunya
Mendengarkan itu, Cikgu Naina berasa terpujuk dan mula mengajar mereka di luar sekolah. Mereka semua belajar dengan begitu bersungguh2 sehingga ke akhir peperiksaan. Meskipun menerima soalan bocor, mereka menolaknya.
Ketika keputusan keluar, semua orang berasa sangat berdebar dan alhamdulillah mereka semua lulus dan ada di antara mereka mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Cikgu lain ada juga meragui keputusan itu kerana tidak logik dalam masa singkat mereka yang malas belajar itu boleh menjadi begitu bijak melainkan dengan jalan tipu, namun kebenaran terbongkar jua akhirnya.
Bertahun2 kemudian Cikgu Naina mendapat kejayaan demi kejayaan dan bersara menjadi pengetua setelah 20 tahun berkhidmat dalam pendidikan.
Pengajaran yang penulis dapati :
1) Dalam kehidupan kita, meskipun teruk diuji spt Cikgu Naina, haruslah bersabar menempuhinya
kerana penghujungnya dia berjaya menjadi guru yang paling disayangi kelas itu.
2) Meski kita sering ditolak, dihalang untuk mencapai cita2 teruslah berusaha kerana rezeki kearah itu ada, cuma cepat atau lambat asalkan terus berusaha tanpa putus asa.
3) Menjadi guru bukanlah mudah kerana harus mengajar perkara yang betul dan memahami modul apa yang harus diajarkan di dalam kelas terutama untuk kelas yang berbeza.
Ps// Penulis amat sarankan pembaca menonton filem ini. 5 bintang. Boleh email penulis untuk keseluruhan movie.