Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Monday, 28 May 2018

Movie review

Ini sekadar perspektif dan pandangan daripada penulis sahaja. Jika ada sebarang komen, cadangan atau apa sahaja, sila luahkan di ruang komen berikut. Terima kasih.

😀😀😊😊😊



Movie Review Synopsis Wolf Children 2012

Berkisarkan tentang kekeluargaan dan kemandirian ibu tunggal membesarkan 2 orang anaknya seorang diri.


Wolf Children 2012

Seorang siswazah perempuan bernama Hana yang ditaja serta bekerja sendiri untuk menampung perbelanjaan lainnya jatuh hati terhadap seorang lelaki asing ketika berada di dalam kelas. Bermula dengan memberi pinjam buku, keluar bersama dan akhirnya mereka mula rapat. Lelaki itu kemudiannya berterus terang kepada Hana dengan menunjukkan dirinya yang sebenar iaitu seekor serigala jadian. Melihat itu memang Hana sangat terkejut namun dia dapat menerima lelaki itu seadanya dan menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Hana kemudiannya diberitahu dia mengandung dan terpaksa menangguhkan pengajiannya.

Liku-liku kehidupan yang amat memeritkan memandangkan Hana terpaksa membesarkan 2 org anaknya namun ketika mengandungkan anak kedua, lelaki yang merupakan ayah kepada kedua anak itu dijumpai mati di dalam parit air. Hana tidak dapat menahan kesedihan namun dia harus bersusah payah membesarkan anak2 itu kerana terpaksa menyembunyikan mereka daripada masyarakat kerana keduanya mampu bertukar kepada serigala.

Hana sendiri tidak tahu banyak perkara tentang serigala jadian ini. Dia banyak belajar daripada buku haiwan juga buku mengenai anak2. Dia seringkali dimarahi jiran2 kerana keadaan rumahnya yang bising dan mengganggu jiran tetangga memandangkan anak2 nya semua lasak dan berlari, melompat kesana sini.

Memutuskan untuk berpindah ke kawasan ceruk dan jauh dari orang, di situ Hana membesarkan anak2nya. Wang simpanannya sudah hampir habis dan dia tidak mempunyai sumber lain melainkan terpaksa bercucuk tanam untuk menampung makanan mereka sehari2 dan mencari pekerjaan. Berkali2 tanamannya tidak menjadi kerana dia tidak tahu cara untuk menanam sehingga ada seorang tua bermurah hati mengajarinya.



Saksikanlah movie Wolf Children untuk lebih memahami keperitan seorang ibu tunggal membesarkan anak2 yang unik dan jauh berbeza dengan anak lainnya..


Pada kesudahan cerita, anak2nya yang menginjak dewasa memilih jalan hidup yang berbeza dan Hana terpaksa merelakan meskipun tidak membenarkan pada awalnya. Ayah mereka muncul dalam mimpi Hana mengatakan saya kagum dengan kamu kerana berjaya membesarkan anak2 kita.

No comments:

Post a Comment