Mengisahkan seorang puteri yang lahir di zaman di mana masyarakat memandang rendah kepada perempuan dan amat sukar untuk hidup sekalipun membeli barang dapur atau mengambil air di perigi jika tiada lelaki. Dalam keluarga yang hanya ada ayahnya sahaja sebagai tunggak keluarga, itu satu keperitan apabila ayahnya ditangkap dan dimasukkan ke penjara atas kesalahan yang kurang jelas. Kehidupan bagi mereka 4 beranak itu sangat sukar dan beban itu tertanggung di bahu seorang anak gadis muda yang masih kecil dan juga usahanya untuk membebaskan ayahnya.
Di kesudahan episod, bakal ada peperangan terjadi, dan tempat mereka menjadi kelam kabut. Di kesempatan itu, Parvana yang merupakan watak utama berjaya menyelamatkan ayahnya dari penjara itu serta ingin menemui ibunya.
No comments:
Post a Comment