Labels

Cerpen (18) html (16) movie (12) modul (7) Business (2) Kisah Cinta tipu-tipu (2) SAP Security (2) c++ (2)

Wednesday, 17 December 2025

Makro ekonomi

 Hari ni nak tulis mengenai kewangan dan mikro ekonomi. Berikut merupakan sari pati artikel saya kali ini.

1) Inflasi dan interest rate

2) Market cycle

3) The psycology of wealth

4) Why asset outperform income

5) How government shape economies


Inti pertama: Inflasi

Pertama, apakah itu inflasi serta kaitannya dengan kadar faedah. Inflasi dalam bahasa mudah adalah harga barang atau perkhidmatan yang meningkat mengikut peredaran waktu. 
Berikut adalah maksud secara ilmiah.

"
Inflasi ialah kenaikan berterusan dalam harga barangan dan perkhidmatan, yang menyebabkan kuasa beli wang menurun, di mana setiap ringgit dapat membeli kurang daripada sebelumnya, biasanya diukur dengan perubahan peratusan tahunan pada Indeks Harga Pengguna (IHP). "

Inflasi Diukur melalui Kadar Inflasi (peratusan tahunan perubahan IHP). 

Situasi Inflasi Malaysia (2025)
Kadar: Perlahan pada pertengahan 2025 (contoh: 1.1% Jun, 1.3% Ogos, 1.3% Oktober) tetapi masih mencerminkan tekanan kos sara hidup.

Penyumbang Utama: Sektor Makanan & minuman (Orang Malaysia kuat makan dan rajin beli makanan sumbat dalam peti tapi tak makan sgt pun), pendidikan (mak ayah nak anak belajar pandai2 nanti boleh senangkan mereka), penjagaan diri (muka kena cantik untuk CEO jatuh cinta), insurans, perkhidmatan kewangan(xckup duit nak kawin dkt hotel, apalgi buat pinjamanlah), dan makanan di luar.

Faktor Penyumbang/Risiko:  Rasionalisasi subsidi (RON95), permintaan tinggi, kelemahan matawang, polisi kerajaan. 

Perbezaan Inflasi dengan Kos Sara Hidup
Inflasi adalah kenaikan harga umum, manakala kos sara hidup adalah bagaimana ia memberi kesan kepada isi rumah, yang boleh berbeza bergantung kepada komposisi perbelanjaan isi rumah (contoh: % item naik harga vs. % kenaikan harga). 


Indeks Harga Pengguna (IHP) atau Consumer Price Index (CPI) ialah penunjuk utama mengukur kadar inflasi dengan menjejaki perubahan purata harga barangan dan perkhidmatan yang biasa dibeli isi rumah, membandingkan harga semasa dengan tahun asas untuk melihat kenaikan atau penurunan kos sara hidup. IHP dikira oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) melalui 13 kumpulan utama barang dan perkhidmatan, dengan data harga dikumpul secara mingguan, bulanan atau suku tahunan, dan digunakan oleh kerajaan untuk memantau ekonomi. 
Siapa yang menguruskan IHP?
  • Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) adalah pihak yang bertanggungjawab mengira dan mengumumkannya. 

Indeks Harga Pengguna (IHP) adalah salah satu Penunjuk-penunjuk Ekonomi selain Inflasi, Pengangguran,  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

https://app.pandai.org/note/read/kssm-ek-11-01-02/kssm-f5-ek-01-02-01/penunjuk-ekonomi

Kesimpulan:
Inflasi seperti kefahaman saya seperti api kecil yang memakan kayu2 kecil padamulanya sebelum membesar memakan hutan yang lebih besar. Kayu merujuk kepada barang atau servis yang digunakan ramai.

Kos Sara hidup adalah haba yang dirasakan kesan daripada api yang terhasil.
Jika isi rumah hanya berbelanja sedikit meskipun api sebesar hutan, haba yang diterima juga sedikit namun tetap terkesan apabila isi rumah sangat ramai.

Mudahnya kita semua kena kurang berbelanja apa yang tidak perlu, berhemat serta mengelakkan hutang.
Hutang adalah salah satu punca inflasi bertambah.

Apakah barang kalis inflasi? Emas,Silver, serta menurut orang kaya klasik, jam tangan, hasil kerja seni dan barang vintage.



Inti kedua : Inflasi dan kadar faedah

Bila banyak sangat orang berhutang, orang ada banyak duit, banyak berbelanja, permintaan tinggi jadi barang akan mahal dan kadar faedah kena naik jugak!

Berikut penjelasan ilmiah nya:-
Inflasi (kenaikan harga) dan kadar faedah (kos pinjaman) berkait rapat; apabila inflasi naik, bank pusat akan naikkan kadar faedah untuk kurangkan permintaan dan kawal inflasi, membuatkan pinjaman mahal dan simpanan lebih menarik, tapi inflasi tinggi boleh 'hakis' nilai simpanan jika kadar faedah lebih rendah dari inflasi. Secara ringkas, inflasi mengurangkan kuasa beli wang, manakala kadar faedah digunakan sebagai alat dasar kewangan untuk mengawal inflasi. 
Hubungan Inflasi dan Kadar Faedah:
Mengawal Inflasi: Apabila inflasi meningkat (terlalu banyak wang mengejar barang sedikit), bank pusat akan naikkan kadar faedah. Ini menjadikan pinjaman lebih mahal, mengurangkan perbelanjaan dan permintaan, sekaligus mengawal kenaikan harga.
Kuasa Beli & Simpanan: Inflasi yang tinggi mengurangkan kuasa beli wang anda; barang jadi mahal. Jika kadar faedah simpanan atau pelaburan anda lebih rendah daripada kadar inflasi, nilai simpanan anda sebenar akan susut.
Pinjaman & Hutang: Kadar faedah yang lebih tinggi meningkatkan kos pinjaman (seperti pinjaman perumahan, kenderaan) dan beban hutang, menyebabkan orang kurang meminjam.
Pulangan Nyata (Real Return): Inflasi mengurangkan pulangan sebenar (nyata) daripada pelaburan anda. 
Contoh Kesan:
Inflasi Tinggi: Makanan, perumahan, dan kos harian lain meningkat.
Kadar Faedah Tinggi (Akibat Inflasi): Bayaran bulanan pinjaman naik, tapi simpanan dalam bank beri pulangan lebih baik. 
Secara keseluruhan, kadar faedah adalah alat utama untuk menguruskan inflasi dan kestabilan ekonomi. 

Kesimpulannya: Kadar faedah untuk menghalang orang berbelanja lebih banyak. Ibarat hukuman kerana tamak. 
Orang tamak selalu rugi,huhu. Itu dari sudut moral, dari sudut ekonomi,
faedah tinggi menyebabkan harga bond murah. Bond kerajaan paling selamat. Sesuai untuk pelabur yang mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan.