Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Wednesday, 1 November 2023

Review cerita Vivarium

Baca review ramai kata cerita ni not worth it, membazir masa dan lain2.

 

Kemudian saya tengok sbb rasa jalan cerita menarik dimana pasangan terperangkap di kawasan perumahan yang tiada jalan keluar seperti maze.

 

Tujuan saya tengok sbb nk tahu apa tujuan pemerangkap membuat benda ni.

 




Sebelum membahas pandangan saya lebih panjang, mari kita lihat apa maksud Vivarium.

 

What is the meaning of Vivarium?

vivarium. noun. vi·​var·​i·​um vī-ˈvar-ē-əm, -ˈver- plural vivaria -ē-ə or vivariums. : an enclosure for keeping or raising and observing animals especially for laboratory research.21 Oct 2023

 

Maksudnya bekas tertutup untuk mengkaji tentang kelakuan makhluk tersebut.

Saya rasa Saya rasa cerita Vivarium ni best. Sebab apa? ok saya bagi pendapat sikit.

1. Cerita lain dari yang lain.

2. Movie ni bagi hint tentang apa yang berlaku dan nak penonton selesaikan kekeliruan tu sendiri.

3. Ini bukan happy ending punya cerita di mana watak utama berjaya membebaskan diri dan merungkaikan misteri.

4. Ada unsur suspens dan terkejut juga..

 

Untuk org yg mls nk fikir hint2 apa sume tu mungkin kurang sesuai untuk tengok, tpi bg mereka yg berjiwa penyiasatan sangat digalakkan tengok sebelum membaca atau tengok movie explained tu.

 

Saya suka dengan watak mereka berdua di mana tidak mudah putus asa dan sentiasa mencari jalan keluar. Memang ada disebut yang mereka bergaduh tentang punca mereka terperangkap tapi kebanyakan masa babak berikhtiar dan menerima hasil ikhtiar ditunjukkan.

 

Contoh, lelaki tu kata kita akan jalan straight terus , mereka terus berjalan dri pagi sampai malam dan perempuan tu ikut je tanpa sebarang rungutan. Oh ya! satu yang saya suka di sini mereka tak mengeluh pun tentang kesusahan hidup mereka. Perempuan tu tak marah atau menengking pun bila lelaki tu decide nk buat benda yang kelihatan sia2 sehingga menjejaskan kesihatan. Dia cuma diam dan tengok.

 

 



 

Ok ni list hint2 yang sy rasa mungkin boleh membantu siasatan.



 





Oklah pape pun ap konklusi kalian lepas tengok cite ni?

 saya rasa mcm mls nk fikir teruk2 nk baca movie explained lah yg ditulis org lain...

Sebelum tengok  movie explained disarankan fikir kemungkinan apa sebenarnya yang terjadi. sy rasa mcm katak yg berevolusi yang kurung manusia ni untuk kaji dorg...tpi xtahulah. 

 

PS/sy ada movie penuh klu nk tngok boleh komen atau share email. tq.

 

 

Dari sudut rohani saya ttiba terfikir yang ni mungkin pergolakan dalam diri. Dalam diri kita ada sisi baik dan jahat. Cuma bagaimana cara mengawalnya. Budak dalam cerita ini seperti keinginan. Pertama kemunculan bayi itu bila kita sedar yang kita ada sisi jahat yang perlu dibela. Contoh keinginan nafsu berbelanja boros, mengumpat orang, mengada-adakan cerita,judi, arak, perempuan dan sewaktu dengannya.

Kemudian bayi itu membesar dengan cepat. Dia akan menjerit sekiranya keinginan tidak dipenuhi.makanan kena penuh dengan susu yang banyak. Watak lelaki dalam cerita ni rasa rimas terhadap budak tu menjerit mintak makan dan kurung dia dalam kereta. Teringat pasal puasa menahan hawa nafsu. Tapi perempuan tu bawak keluar budak tu kerana kesian.

Keinginan akan membesar dengan cepat bila terus dilayan. Kemudian dia akan bertukar menjadi ketakutan bila realiti baru muncul daripada keinginan itu sendiri.

Maksudnya bila dia cuba belajar tentang keinginan dan dapat sesuatu input yang baru, dia mula takut. Contoh macam waktu dia melihat budak tu berubah menjadi sesuatu yang lain, dia mula ketakutan. Sewajarnya mungkin dia patut belajar lebih banyak lagi dan tidak takut dengan pengetahuan baru itu.


Bunyi macam pening, ok saya bagi contoh. Ni contoh ye. A ni suka mencuri, lepas tu dia nak belajar apa yang triggered dia buat cmtu, rupa-rupanya bila perasaan dia terguris je oleh orang lain terus rasa nk mencuri tu dtg haa cmtulah. Bila dtg pengetahuan baru sama ada dia nak rasa takut bila org guriskan hati dia atau dia overcome.

 

Ttiba makin kompleks pula bila sy tulis ni.

 

Ok jump ke part last, keinginan tu bila disubur dengan rasa takut, tidak mahu belajar lebih banyak lagi dan semakin lama semakin besar akhirnya membunuh diri sendiri. Tak dinafikan ada babak last yang tunjuk dia nak bunuh budak tu , tapi budak tu dah terlalu kuat dan dia tiada penambahan pengetahuan untuk menangani raksasa itu seperti kelemahan dan kekuatan makhluk itu.

 

Okla sekian tulisan sy yg pening ni, pape pun terima kasih baca,,,mini love


No comments:

Post a Comment