Kata2
semangat buat diriku yang sedang renta lemah dan tidak bersemangat.
Ya benar kamu sedang berusaha melawannya. Sedang
bergelut di dalam kemelut menyakitkan ini.
Merasa tiada harapan dan hati berdetik dengan nada
kesedihan serta kekecewaan.
Percayalah bahawa sesungguhnya ini semua
sementara. Ia akan pergi. Luka ini .
Pada saat ini, ku mohon tolong jangan fokuskan fikiran pada permasalahan.
Cuba alirkan tenaga fikiran kamu pada resolusinya. Ya betul, kamu seakan
melihat tiada jalan keluar dan tiada sesiapa dapat membantu tetapi ketahuilah
sesuatu bahawasanya kita hamba yang lemah memerlukan Tuhan yang Maha Kuat.
Allah menguji kita sekarang untuk melihat seberapa kuat keinginan kita untuk
merubah keadaan sekarang. Seberapa kuat usaha yang kita mahu berikan untuk
mendapatkan apa yang selama ini kita inginkan.
Terkadang kamu terfikir apa ertinya hidup ini dan seakan mahu menamatkannya
segera tetapi ku mohon fikirkan sekali lagi. Adakah harga nyawa kamu layak
ditimbang dengan sekalian sesuatu di dunia ini? Sungguh harga nyawa pemberian
tuhan ini jauh lebih mahal daripada duit, sahabat atau segala apa pun di dalam
dunia ini. Ku merayu tolong hargai hadiah tempoh masa hidupmu di dunia ini.
Jika ku ingin cerita tentang semua orang juga punya kisah sedihnya yang
mungkin tidak mahu kamu tahu tentang itu namun ketahuilah tentang suatu
kesimpulan, Phoenix akan timbul melayang terbang setelah jatuh tersembam di
dasar tanah yang paling dalam. Ya kamu
akan temui kesimpulan itu hampir di setiap cerita2 orang Berjaya yang dahulunya
mereka dalam keadaan buntu dan jalan mati. Jadi bersedialah kamu untuk menjadi
Phoenix itu!
Adalah penting untuk mengambil selangkah kebelakang dan melihat keadaan kamu
dengan cara yang lebih rasional dan tidak membiarkan emosi mendorong pemikiran.
Tidak mengapa untuk merasa takut atau cemas ketika memasuki wilayah baru,
namun ingatlah bahawa takut tidak seharusnya menghalang daripada mencapai cita-cita.
It's important to remember that all relationships are built upon trust
and support, and sometimes that means asking for help when we need it. As long
we should not forget those helping hand and pay back with gratitude.
No comments:
Post a Comment