Baca review ramai
kata cerita ni not worth it, membazir masa dan lain2.
Kemudian saya tengok
sbb rasa jalan cerita menarik dimana pasangan terperangkap di kawasan perumahan
yang tiada jalan keluar seperti maze.
Tujuan saya tengok
sbb nk tahu apa tujuan pemerangkap membuat benda ni.
Sebelum membahas pandangan saya lebih panjang, mari kita lihat apa maksud
Vivarium.
What is the meaning
of Vivarium?
vivarium. noun. vi·var·i·um vī-ˈvar-ē-əm, -ˈver-
plural vivaria -ē-ə or vivariums. : an
enclosure for keeping or raising and observing animals especially for
laboratory research.21
Oct 2023
Maksudnya
bekas tertutup untuk mengkaji tentang kelakuan makhluk tersebut.
Saya
rasa Saya rasa cerita Vivarium ni best. Sebab apa? ok saya bagi pendapat sikit.
1.
Cerita lain dari yang lain.
2.
Movie ni bagi hint tentang apa yang berlaku dan nak penonton selesaikan
kekeliruan tu sendiri.
3.
Ini bukan happy ending punya cerita di mana watak utama berjaya membebaskan
diri dan merungkaikan misteri.
4.
Ada unsur suspens dan terkejut juga..
Untuk
org yg mls nk fikir hint2 apa sume tu mungkin kurang sesuai untuk tengok, tpi
bg mereka yg berjiwa penyiasatan sangat digalakkan tengok sebelum membaca atau
tengok movie explained tu.
Saya
suka dengan watak mereka berdua di mana tidak mudah putus asa dan sentiasa
mencari jalan keluar. Memang ada disebut yang mereka bergaduh tentang punca
mereka terperangkap tapi kebanyakan masa babak berikhtiar dan menerima hasil
ikhtiar ditunjukkan.
Contoh,
lelaki tu kata kita akan jalan straight terus , mereka terus berjalan dri pagi
sampai malam dan perempuan tu ikut je tanpa sebarang rungutan. Oh ya! satu yang
saya suka di sini mereka tak mengeluh pun tentang kesusahan hidup mereka.
Perempuan tu tak marah atau menengking pun bila lelaki tu decide nk buat benda
yang kelihatan sia2 sehingga menjejaskan kesihatan. Dia cuma diam dan tengok.
Ok
ni list hint2 yang sy rasa mungkin boleh membantu siasatan.
Oklah
pape pun ap konklusi kalian lepas tengok cite ni?
saya
rasa mcm mls nk fikir teruk2 nk baca movie explained lah yg ditulis org lain...
Sebelum
tengok movie explained disarankan fikir kemungkinan apa sebenarnya yang
terjadi. sy rasa mcm katak yg berevolusi yang kurung manusia ni untuk kaji
dorg...tpi xtahulah.
PS/sy
ada movie penuh klu nk tngok boleh komen atau share email. tq.
Dari sudut rohani saya ttiba terfikir yang ni mungkin
pergolakan dalam diri. Dalam diri kita ada sisi baik dan jahat. Cuma bagaimana
cara mengawalnya. Budak dalam cerita ini seperti keinginan. Pertama kemunculan
bayi itu bila kita sedar yang kita ada sisi jahat yang perlu dibela. Contoh keinginan
nafsu berbelanja boros, mengumpat orang, mengada-adakan cerita,judi, arak,
perempuan dan sewaktu dengannya.
Kemudian bayi itu membesar dengan cepat. Dia akan
menjerit sekiranya keinginan tidak dipenuhi.makanan kena penuh dengan susu yang
banyak. Watak lelaki dalam cerita ni rasa rimas terhadap budak tu menjerit
mintak makan dan kurung dia dalam kereta. Teringat pasal puasa menahan hawa
nafsu. Tapi perempuan tu bawak keluar budak tu kerana kesian.
Keinginan akan membesar dengan cepat bila terus
dilayan. Kemudian dia akan bertukar menjadi ketakutan bila realiti baru muncul
daripada keinginan itu sendiri.
Maksudnya bila dia cuba belajar tentang keinginan dan
dapat sesuatu input yang baru, dia mula takut. Contoh macam waktu dia melihat
budak tu berubah menjadi sesuatu yang lain, dia mula ketakutan. Sewajarnya mungkin
dia patut belajar lebih banyak lagi dan tidak takut dengan pengetahuan baru
itu.
Bunyi macam pening, ok saya bagi contoh. Ni contoh ye.
A ni suka mencuri, lepas tu dia nak belajar apa yang triggered dia buat cmtu,
rupa-rupanya bila perasaan dia terguris je oleh orang lain terus rasa nk
mencuri tu dtg haa cmtulah. Bila dtg pengetahuan baru sama ada dia nak rasa
takut bila org guriskan hati dia atau dia overcome.
Ttiba makin kompleks pula bila sy tulis ni.
Ok jump ke part last, keinginan tu bila disubur dengan
rasa takut, tidak mahu belajar lebih banyak lagi dan semakin lama semakin besar
akhirnya membunuh diri sendiri. Tak dinafikan ada babak last yang tunjuk dia
nak bunuh budak tu , tapi budak tu dah terlalu kuat dan dia tiada penambahan pengetahuan
untuk menangani raksasa itu seperti kelemahan dan kekuatan makhluk itu.
Okla sekian tulisan sy yg pening ni, pape pun terima
kasih baca,,,mini love