-
Jiran
aku banyak tanam pokok bunga depan rumah, buah-buahan dan sayuran.
-
Petang-petang
siram pokok dan basuh kereta.
-
Kawasan
perumahan taman ini adalah Kawasan pengamal ilmu
-
Tidak
boleh tersalah cakap atau Tindakan, orang terasa nanti ada benda yang dihantar.
-
Selepas
8 malam, pasti sunyi jalan meskipun lampu jalan sudah dipasang banyak.
-
Bunyi
cakaran di dinding dan benda berguling atas bumbung sudah biasa. Aku hanya berfikir
untuk berpindah bila aku dah kahwin nanti kerana tempat ini sangat tidak sesuai
untuk budak membesar. Patutlah harga rumah yang dijual murah, rupanya kediaman
seperti ini. Mujur jiranku baik.
-
Suatu
hari yang tersangat penat kerana melakukan banyak kerja part time, Ketika ingin
memasukkan kereta ke dalam garaj, aku tertekan hon pada keretaku. Jiran depan
rumah ku Ketika itu sedang melepak dan berdangdut 3 hari 3 malam seakan terasa
dan menjeling kepadaku. Aku mengangkat tangan tanda tidak sengaja tetapi aku
agak dia tidak mahu menerima alasan tidak sengaja itu.
-
Muka
ku mula berpeluh bila masuk rumah kerana aku kira mungkin jadi sasarannya
selepas ini. Sebelum ini Makcik Maimon yang merupakan penghuni baru taman ini ada
menegur secara berjenaka yang anaknya tak
boleh tidur bunyi bising. Esoknya terus Makcik Maimon dikejarkan ke hospital
kerana sesak nafas. Orang luar mungkin mengira itu masalah kesihatan, tapi
orang kampung faham itu kerja buatan orang.
-
Malam
itu kerana tidak boleh tidur, aku memilih untuk mengaji. Membaca yasiin dan
menunaikan solat. Di luar pintu aku seakan terdengar bunyi orang ketawa
terbahak-bahak.
-
“Solat
tak betul, mengaji pun banyak salah,hahaha ibadat apa camni” lalu ketawa itu
berbunyi kuat dari luar pintu. Aku yang ketakutan kerana benda itu first time
masuk rumah, sebelum ni buat bunyi kat luar je mula mengumpul keberanian ingin
memarahi benda itu. Perlahan pintu bilik ku kuak. Jeng3
-
Tiada
sesiapa di luar. Lampu di luar yang selalu terbuka, tertutup hari ini. Dengan
nada marah, aku berkata, “Sapa pulak yang tutup lampu nih!”
-
Di
dapur terdengar bunyi orang seakan bermain periuk kuali.Dalam kegelapan, aku
melihat ada bayang-bayang membelakangiku. Dengan lagak berani, aku menyalakan
lampu dapur dan tiada apa-apa setelah lampu menyala.
-
Kembali
ke bilik dan saat membuka pintu ada tangan berkuku Panjang menyambut tanganku.
-
Tidak
mempedulikan itu dan ingin menyambung bacaan, tiba-tiba leherku seakan dicekik
tidak mampu mengeluarkan suara.Perkataan Allah pun tidak mampu ku sebut. Air
mata mengalir bukan kerana sedih tetapi kerana terlalu berusaha mengeluarkan
secebis suara yang tak berbunyi sedikit pun. Hati aku sahaja yang bebas
bersuara, lantang aku menjerit Allahuakbar ! berkali2 sehingga dari dalam
terbit ke mulutku suara itu.
-
Waktu
itu 11 malam, aku menerjah keluar ke rumah jiran depan dan mengetuk pintu
rumahnya berkali-kali.
-
Seorang
berpakaian hitam lusuh buruk busuk membuka dan tidak terlihat mukanya. Dia tidak
membenarkan aku masuk tetapi langsung ku masuk dan tidak ku sangka rumah itu
penuh asap hingga tidak Nampak lantai. Di hadapanku juga tidak Nampak apa-apa
dan Ketika aku ingin keluar Kembali melalui pintu masuk yang ku kira Cuma dua
tiga Langkah dari tempat ku berdiri sudah hilang. Aku sesat !
-
Mula
menyesali sikapku yang terburu nafsu dan aku bukannya mahir bab agama atau ilmu
batin, Cuma rakyat marhaen yang pandai baca Alfatihah dengan 3Qul.
-
Aku
memejamkan mata, membaca ihdinassirotol mustaqim berkali2. Tunjukkan ku jalan
yang lurus.
-
Lalu
aku beralih ke belakang tempat dimana aku percaya aku bermula. Melangkah perlahan2
smbil hatiku kuat menyakini Allah yang berkuasa atas setiap sesuatu. Segala sesuatu yang basah dan kering, gelap dan terang semuanya dalam pengetahuanNya.
-
Setelah
berpuluh Langkah akhirnya aku tiba di pintu dan keluar.
-
Ketika
keluar hari sudah mahu subuh. Pelik betul aku rasa macam 2 3 minit je dalam tu.
-
Azan
subuh sayup2 kedengaran dan hatiku tergerak untuk pergi ke surau setelah
bertahun2 rasanya kaki ini tak jejak ke sana.
-
Di
surau hanya ada 2 3 kerat kepala sahaja. Selesai subuh aku tergerak membelek
buku2 di dalam surau dan terjumpa mathurat dan mulai membacanya. Adik aku di
kampung rajin baca, aku Cuma rajin dengar je selalunya.
-
Setelah
subuh di surau, aku terjumpa jiran sebelah rumah. Mukanya terlihat marah.
No comments:
Post a Comment