Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Friday, 29 September 2023

Cerita Haus Darah, Ketika Pemburu Diburu

 

Haus darah.

Haniyah Hamiz seorang pembunuh yang dahaga darah.Setiap hari harus ada seorang mati di tangannya. Jika tiada order, dia tetap akan membunuh sesiapa sahaja.

Cerita ini tiada, “sehinggalah dia berjumpa perempuan” pastu berubah hati. Bukan.

Suatu hari seorang pemangsanya, perempuan hodoh buta yang tidak tahu apa-apa dan tidak bernilai langsung untuk dibunuh terjatuh .Ok dia bunuh perempuan tu.Hati Hamiz rasa kenapa aku bunuh lalat sedangkan aku boleh bunuh gajah. Rugi betul.

Ada satu pedang yang Hamiz sangat sayang melebihi sayang kepada dirinya. Nama pedang itu adalah
Mikhdzam yg panjangnya 97 cm hampir semeter. Dia selalu tengok pedang itu dan cium dengan penuh kasih.Kadang2 dia tidur dgn Mikhdzam untuk menenangkan hatinya jika pembunuhan berlaku tidak seperti yang dirancang seperti hari ini. Egonya sangat tercalar Ketika mendapat tahu mangsanya orang buta yang bodoh.

Malam itu dia mendapat mimpi. Daging paling sedap di dunia adalah daging manusia. Harus cuba walaupun sekali seumur hidup. Ketika dia makan, memang rasa seperti dalam syurga.masam masin manis semua Bersatu padu dalam satu kunyahan yang sukar digambarkan.

Hamiz terjaga. Mulanya dia geli untuk memakan daging manusia yang merupakan kaumnya sendiri.Dia tidak mahu menjadikan pemangsanya yang lemah menjadi sebahagian daging dalam dirinya. Namun acuan itu bertukar Ketika dia melihat jika orang hebat seperti perdana Menteri, orang terkaya dunia sebagai santapan.

Perdana Menteri negeri Kulbaten menjadi sasaran pertamanya. Negara maju, rakyat bijak mengeluarkan pelbagai hasil teknologi dan barangan berkualiti.Itu cabarannya meskipun dia tahu kawalan keselamatan pasti sangat ketat.

Berhadapan dengan orang biasa semudah ABC dia membunuh mereka dan Ketika PM itu di ambang maut, muncul sekuriti terkuatnya yang digelar Bupaten. Sama hebat sama tangkas dengan Hamiz. Setelah luka teruk kemenangan berpihak pada Hamiz lalu dia mengejar PM  itu seperti singa lapar.

Setelah merasanya buat pertama kali, niat untuk merasa sekali seumur hdup seolah bertukar menjadi ketagihan setiap hari. Meskipun seleranya buruk namun ketangkasan dan kehebatannya sentiasa meningkat dari hari ke hari kerana jenis pemangsanya sudah bertukar.

Berita ini akhirnya menular di kalangan bangsawan dan mereka sibuk memikirkan cara untuk membunuh Hamiz. Namun catur terhebat mereka pun kalah satu demi satu. Mereka akhirnya memilih untuk berjumpa bomoh dari alam ghaib untuk menyingkir manusia berwajah saitan ini.

Bomoh sakti mereka berkata, jiwa ini dilindungi satu semangat penjaga pedang. Sukar untuk memasukinya. Namun ada seekor jin Bernama Khunza yang dapat tewaskan Hamiz ini.

Setelah para bangsawan setuju dengan syarat2nya, maka Khunza mendatangi Hamiz.

Kerana terlalu saktilah mereka berdua ini, dua hari dua malam bertarung dan akhirnya Khunza Berjaya memenggal kepala Hamiz ini.

Namun perjanjian bangsawan kepada Khunza masih berjalan sehingga hari ini.

~tamat~



~Epilog~

Khunza mengambil seorang bayi luar nikah yang dibuang di Lorong sampah itu dan akan mengasuhnya dengan baik seperti mana dia mengasuh Haniyah Hamiz. Menjadi petarung terhebat serta sentiasa menekankan bahwa Latihan setiap harilah yang membuatkannya lebih hebat hari ke hari. Matlamat Khunza Cuma satu untuk mendapatkan hasil bulanan yang terjamin dalam proses menyesatkan manusia.hahaa. goda tak cukup kena ada kontrak. Sepanjang proses pengasuhan, tiada istilah kasih syang ditunjukkan sbaliknya hanya kkejaman supaya tiada istilah cinta manusia yang dapat menghentikan.


ni pendek je..lau rasa nk sy panjangkan leh komen yeeew

No comments:

Post a Comment