Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Saturday, 2 May 2020

Review Onward 2020 (Kisah adik beradik yang baik berlatarkan masyarakat yang lupa sejarah)



Sinopsis:

Mengisahkan Ian dan Barley, dua adik beradik yang tinggal bersama ibu mereka setelah kematian ayah mereka dalam sebuah quest. Masyarakat mereka dahulunya menggunakan kuasa magik untuk membantu orang ramai namun sejak kehadiran teknologi, ilmu magik semakin pupus dan generasi muda mula hilang keyakinan terhadap keupayaan diri mereka. Hadiah kelahiran diamanahkan oleh ayahnya untuk diberikan kepada  Ian pada tahun ke16  melalui ibunya ternyata sebuah tongkat ahli sihir dan sebuah permata phoenix. Ada surat bertulis mantera untuk memanggil ayah mereka untuk sehari. Mantera yang digunakan bagaimanapun tidak menjadi kerana ayah mereka muncul setengah.
Jadi mereka mencari permata Phoenix sebelum 24 jam kerana setelah itu ayah mereka hilang dan tidak dapat kembali lagi. Sepanjang perjalanan itu Ian banyak belajar mantera sihir daripada abangnya, bergembira dan saling bantu membantu.



Kemudian ketika mereka berada di bukit dan sudah semakin hampir dengan permata itu, mereka kembali ke kawasan rumah mereka semula dan masa berbaki beberapa jam sahaja. Ian berasa sangat marah dan merasakan gerak hati abangnya tidak berguna namun setelah difikirkan semula, dia banyak belajar daripada abangnya. Pada masa yang sama Barley tidak putus asa. Dia terus mencari maksud tersembunyi dan akhirnya berjaya menemui permata itu tersembunyi di balik pancur air. Ketika dia mengambil permata itu, seekor naga sumpahan muncul dan ingin mendapatkan permata itu. Ian, emaknya dan seorang Manticore bersungguh-sungguh membunuh naga itu.


Ian sempat membaca mantera dengan berhasil hingga ayahnya menjadi bentuk sempurna namun dia tidak dapat bersama-sama ayahnya beberapa minit berbaki itu kerana dia terperangkap dalam runtuhan batu.

Akhirnya masyarakat disitu mula menghargai bakat yang mereka miliki dan tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi lagi.


Pengajaran:
1) Sebagai seorang individu masyarakat kita harus menjaga nilai sejarah dan mengasah potensi diri yang sekian lama terpendam.
2) Hargai orang di sekeliling kita terutamanya keluarga daripada memfokuskan kepada orang yang telah tiada
3) Berani untuk mengubah hidup biar apa orang kata

No comments:

Post a Comment