Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Saturday, 11 April 2020

Review Cerita Spies in Disguise


Review Cerita Spies in Disguise

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki muda yang suka mencipta alat- alat bagus yang dapat menangkap musuh misalnya tanpa mencederakan orang tersebut sedikitpun.
Misalnya alat pelumpuh sebentar yang membuatkan orang tersebut sedar tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Contoh lain yang selalu digunakan detektif untuk menghilangkan diri adalah membaling bom asap kemudian hilang di balik asap yang memedihkan mata itu. Tetapi bagi lelaki ini dia mencipta sebuah alat seperti bunga api dengan mercun di angkasa dengan gambaran kucing yang amat comel. Jadinya orang akan terpukau sejenak lantas memberi masa panjang untuk melarikan diri tanpa disedari.

Suka untuk saya lihat di sini betapa kita semua boleh menangkap pesalah-pesalah tanpa mencederakan mereka dengan alat yang sesuai meskipun penjenayah berat itu menggunakan kekerasan. Menurut watak utama cerita ini, apa bezanya kamu dengan penjenayah tersebut jika masing-masing mencederakan untuk mendapatkan tujuan.

Jika menembak misalnya mungkin tidak terkena pada penjenayah tetapi terkena kepada orang lain ataupun benda lain yang mungkin mngakibatkan kerosakan seterusnya kerugian sekaligus menyebabkan kemarahan orang dan menyusahkan orang lain.

Kesan daripada perlawanan lepas, menyebabkan luka yang dalam kepada orang terdekat seterusnya memunculkan penjenayah baru ditonjolkan pada watak antagonis cerita ini. Dalam cerita ini dia satu-satunya watak yang mempertahankan cara tersebut sedangkan orang lain lebih memilih untuk menggunakan cara biasa iaitu pistol untuk menembak, bom dll. Namun pada akhirnya mereka akur dan dapat menerima bahawa tanpa menggunakan kekerasan itu lebih baik.
Original Spies In Disguise (2019) movie poster in C8 condition for ...

Review cerita Wanted 2008

Kisah ini melibatkan liku-liku perjalanan yang harus dihadapi oleh seorang pejuang. Tetapi dalam cerita ini dalam sebut acuan seorang pembunuh. Mari kita baca apa permulaan latihan dalam cerita ini sebelum boleh mula dilaksanakan di lapangan.

Pertama sekali mereka memastikan calon tersebut benar-benar bersedia dan ianya memang datang dari dalam hati tanpa dipaksa-paksa. Dalam cerita ini Wesley menyatakan kesanggupan beliau untuk menyertai meskipun menyedari tidak dapat berpatah semula ke kehidupan biasa.
Setelah mendapat kesanggupan Wesley, Clara lakonan Angelina Jolie membawa Wesley ke tempat latihan pertama atau Bahasa mudahnya tingkatan pertama. Di situ dia mengikat tangannya sendiri di belakang kerusi dan berhadapan dengan seorang peninju. Sambil berkata- kata, dia ditumbuk oleh peninju tersebut di muka sehingga pengsan.

Seterusnya apabila sedar dia berada di pusat penyembelihan. Tukang sembelih bertanya kepada Clara, pada kali keberapa Wesley pengsan seolah-olah ingin mengetahui daya tahan mangsanya kini. Dengan lemah Clara menjawab kali ketiga. Tukang sembelih tersebut membe

No comments:

Post a Comment