Review
Cerita Spies in Disguise
Cerita ini
mengisahkan tentang seorang lelaki muda yang suka mencipta alat- alat bagus
yang dapat menangkap musuh misalnya tanpa mencederakan orang tersebut
sedikitpun.
Misalnya
alat pelumpuh sebentar yang membuatkan orang tersebut sedar tetapi tidak dapat
berbuat apa-apa. Contoh lain yang selalu digunakan detektif untuk menghilangkan
diri adalah membaling bom asap kemudian hilang di balik asap yang memedihkan
mata itu. Tetapi bagi lelaki ini dia mencipta sebuah alat seperti bunga api
dengan mercun di angkasa dengan gambaran kucing yang amat comel. Jadinya orang
akan terpukau sejenak lantas memberi masa panjang untuk melarikan diri tanpa
disedari.
Suka untuk
saya lihat di sini betapa kita semua boleh menangkap pesalah-pesalah tanpa
mencederakan mereka dengan alat yang sesuai meskipun penjenayah berat itu
menggunakan kekerasan. Menurut watak utama cerita ini, apa bezanya kamu dengan
penjenayah tersebut jika masing-masing mencederakan untuk mendapatkan tujuan.
Jika
menembak misalnya mungkin tidak terkena pada penjenayah tetapi terkena kepada
orang lain ataupun benda lain yang mungkin mngakibatkan kerosakan seterusnya
kerugian sekaligus menyebabkan kemarahan orang dan menyusahkan orang lain.
Kesan
daripada perlawanan lepas, menyebabkan luka yang dalam kepada orang terdekat
seterusnya memunculkan penjenayah baru ditonjolkan pada watak antagonis cerita
ini. Dalam cerita ini dia satu-satunya watak yang mempertahankan cara tersebut
sedangkan orang lain lebih memilih untuk menggunakan cara biasa iaitu pistol
untuk menembak, bom dll. Namun pada akhirnya mereka akur dan dapat menerima
bahawa tanpa menggunakan kekerasan itu lebih baik.