Aena Aleesa baru balik bekerja
daripada kilang tayar berhampiran rumahnya. Badan, kaki dan tangannya sakit-sakit mungkin kerana
ini merupakan minggu pertamanya. Dia bekerja di bahagian dapur kilang dimana
harus memotong bawang putih, bawang merah, cili dan lain-lain berguni-guni.
Tangannya pedas. Tak cukup dengan itu kena goreng telur berpapan-papan berserta
ayam menggunakan api besar. Panas cili tak hilang berdiri tepi api pula. Seksa
betul. Harus berdiri 12 jam.
Rasa macam nak cari kerja lain.
Tapi apakan daya dia memandang atap rumah yang bocor sana sini itu. Dia harus
mendapatkan gaji untuk membaiki rumah papan yang hampir roboh ini. Matanya
terpejam kerana kepenatan dan tertidur selepas solat isyak.
Terjaga jam 5 pagi harus Bersiap
untuk ke tempat kerja jam 6 pagi. Baru Aena teringat yang hari ni Ahad dia
boleh tidur lebih lama. Selepas subuh, dia ingin mencabut rumput depan rumah
kerana tak elok tidur lepas subuh menurut pesan orang tuanya. Jadi setelah
membersih Kawasan sekitar, membasuh kain dan memasak sardine, dia pun
merebahkan diri. Teringat peristiwa semalam di mana dia tersalah Lorong nak ke
kilang lalu termasuk ke Lorong rumah orang kaya-kaya. Dalam hatinya berkata
kalau dapat tinggal dalam rumah banglo yang besar mesti seronok.
Dia mula buka facebook
setelah seminggu tak sempat nak tengok kerana kesibukan dan kepenatan berkerja.
Aena memang join group kerja kosong sahaja dan dia melihat ada kerja kosong
sebagai orang gaji lalu dia memohon kerja itu melalui link wasap. Setelah
berkongsi resume, membaca notification group wasap dan reply story kawan-kawan
seadanya, dia pun tidur. Aedel menghempuk bantal di kepala Aena sambil berkata,
“Asyik tidur je keje”. Aena membalas, “aku dah masak sardine kt dapur tu, makan
sampai habis. Jangan membazir!” lalu menyambung tidurnya yang terganggu. Aedel
menjelir lidah sambil berlalu ke dapur. Aedel merupakan adik Aena yang baru
pulang dari asrama dan mereka berdua sahaja yang tinggal di rumah ini semenjak
kedua ibu bapa mereka berpisah.
“Sapa makan tak basuh
pinggan ni!!” jerit Aena di dapur Ketika melihat sebatang sudu dalam sinki.
“Alah sekeping tu pun nk riuh sekampung, tolong je lah” kata Aedel. “Masalahnya
pandai guna pandailah basuh, lau satu sudu tu dikumpul-kumpul banyak jugak nk
kena basuh, phm?!”Aedel buat tak dengar dan terus keluar untuk berjumpa
rakan-rakan.
****
Malam itu, Aena mendapat
berita gembira. Dia sujud syukur dan menadah tangan kepada tuhannya kerana dia
mendapat interview kerja yang diinginkan dengan gaji yang agak lumayan. Tempat
tinggal dan makanan disediakan. Keesokan hari yang sepatutnya dia pergi ke
kilang,dia tidak datang.Adiknya kata, “hai baru kerja kejap takkan dah berhenti
kot?!” Dia malas membalas lalu menyambung tidur kerana interview petang nanti.
“Cuti sebab nak tidur je apalah”. Dalam hati Aena rasa macam nak cubit je adik
dia tu, tapi sabarkan jelah.
Petang itu dia memakai
baju kurung terbaiknya dan datang ke rumah agam besar itu. Rezekinya hari itu,
kerana dia diterima dan boleh pindah masuk rumah tersebut pada hari itu juga.
Seminggu untuk training.
Dalam rumah itu ada Dato
yang suka terperap dalam bilik analisis saham katanya, Datin yang tegas suka
marah dan ada anak bongsu mereka Ayman Haikal.
Ayman Haikal terkenal
playboy. Dia suka mengusik hehe. Macam Aedel desis hati Aena. Dia kalau boleh
nak buat hal sendiri dan tidak berniat nak masuk hal rumah tangga orang atau
hal-hal orang gaji yang lain. Dia ditugaskan di bahagian dapur.
Setelah sebulan lebih
kerja di situ, dia sudah cekap dan tahu apa yang perlu dilakukan. Kadang-kadang
Ayman ada mengusik dia dan orang gaji yang lain, tapi dia buat tak tahu dan
malas melayan dengan berdiam diri dan tidak membalas usikannya. Kadang-kadang
ada si Ayman letak serangga mainan di tempat mereka sedang mencuci, orang gaji
lain selalunya akan menjerit-jerit dan dia sendiri pun Ketika mop lantai
dibaling ular mainan, tapi dia buat muka toya sahaja walaupun ada kejutan kecil
di hati.Selalunya dia akan mengusik time Datin takde supaya xde isu berbangkit.
Hujung minggu itu, Aena
balik ke rumahnya yang tidak begitu jauh kerana mahu membaiki saluran paip yang
bocor. Ketika membaiki menggunakan alatan yang baru dibelinya menggunakan duit
gaji pertamanya, dia mulai sedar yang dia seperti tikus membaiki labu. Dalam
hati ingin memarahi Aedel yang Cuma muda setahun daripada dia tapi tak reti nak
tolong repair. ‘Nak hidup senang je dia ni’ desis hati Aedel. Dari belakang
Aedel mengetuk kepala Aena dengan kepala paip besi lama kerana melihatnya
seperti termenung jauh. Aena yang memang berang dalam hati dengan Aedel terus
mengejar Aedel macam singa berhantu.
Aedel yang ketakutan
melihat kakaknya tiba-tiba naik hantu yang melampau-lampau padahal usik sikit
terus lari keluar rumah tanpa sempat memakai kasut. Aena mengejar dengan paip
besi yang sama untuk mengetuk adiknya sehingga benjol kepala. Selagi tak benjol
selagi tu dia tak puas hati.Dalam hati Aena, dahla tak nak tolong lagi nak bagi
aku sakit, memang nak kena dia ni!
Sekali mereka berlari
sehingga berhampiran Kawasan pekan dan tiba-tiba guruh berdentum lalu hujan
lebat turun. Tiada tempat berteduh yang ada. Aena memang takut dengan guruh
kilat sebab pernah hampir disambar kilat Ketika kecil. Dia lalu membuang besi
itu kerana tidak mahu kilat tertarik dengan besi dan berlari ketakutan. Mereka
berdua berlari dengan basah kuyup. Kemudian terjumpa pondok telefon di jalan
raya dan segera menumpang teduh di dalam yang kebetulan ksong. Aedel yang
menyedari trauma kakaknya itu ikut masuk ke pondok telefon dan memeluk kakanya
untuk menenangkannya. Dia sangat tahu kakaknya tu Nampak garang kasar dan ganas
tapi ada takutnya juga sehingga boleh bertukar menjadi semut. Kalau di rumah ,
mesti Aena menjauhi tingkap atau menyorok bawah katil sambil diselimuti toto
selimut bantal tebal kerana ketakutan.
Kilat sambar menyambar dan
guruh berbunyi kuat seolah-olah berada di atas kepala. Aena menggigil kesejukan
dan juga kerisauan
Ketika itu Ayman di dalam
kereta melalui kawasan itu. Dia memandu secara perlahan kerana hujan lebat dan
terlihat adegan Aena memeluk erat seorang lelaki di dalam pondok telefon dengan
baju yang basah. Dia berasa sangat geram. “Oh patutlah tak layan aku, rupanya berpelukan
dengan lelaki lain. Ingat Muslimah sangat!”
--------
Tiba di rumah agam itu,
Aedel menghantar Aena menaiki motor. Selepas turun dan bercakap-cakap sebentar,
Aena melayangkan flying kiss pada Aedel sambil melambai tangan. Dia gembira kerana Aedel membaiki paip dan menampal
atap bocor selepas kejadian kelmarin. Dia berasa sangat bertuah mempunyai adik
yang memahami dan bertanggungjawab melakukan kerja-kerja itu.hahah.
Tapi kalau Aedel buat hal
atau malas nak buat kerja nanti mulalah nak pukul-pukul atau mengata dia tak
pernah nak menolong.
Adegan yang dilihat
mengada-ngada itu dilihat Ayman daripada jendela tingkap rumahnya. “Aena ni
memang sah berpura alim, tengoklah cmne dia nk jual mahal dgn aku.”gumam Ayman.
Selama ni, jika dia mengorat orang gaji, semua akan suka sebab dia kacak
tambahan dia suka bagi hadiah dan elaun tambahan. Siapa yang tak nak?
Seminggu kemudian, Ayman
ingin mengajak Aena keluar makan luar di hotel. Dia ingin melihat reaksi dan
respon balas Wanita itu. Aena kemudian menyatakan dia sudah kenyang dan menolak
dengan baik.
Aedel mennghantar
makanan lebihan daripada asramanya. Selepas habis waktu makan asrama, segala
lebihan akan dibuang, daripada penuh tong sampah, baik dia cakap kepada mak cik
kantin yang dia nak.Lagipun hari jumaat bukan ramai orang dan makanan itu masih
elok dan sedap.
Setelah mengetahui
kakaknya tiada di rumah, dia segera menghantar mesej untuk datang ke rumah agam
untuk mengantar makanan. Kebanyakan orang dalam rumah tu sudah mengecam mukanya
yang selalu hantar makanan dan menghantar Aena ke tempat kerja.
“Aena sayangku,
hati2 kerja. Cepat balik rumah,” jerit Aedel setelah menerima sedikit wang saku
daripada Aena.Dalam hati Aena nak beli jiwa lah tu, biasanya takde nak cakap sweet2
sume bunyi macam nk cari gaduh.
Babak seperti itu
seringkali dilihat Ayman dan dia sangat sakit hati. Sepatutnya orang gaji dalam
rumah ni minat dia bukan orang yang jauh lebih tak hensem daripada dia, pakai
moto cabuk pulak tu. Orang gaji muda yang lain dalam rumah tu semua pernah suka
kat dia Cuma Aena ni je yang jual mahal sangat. ‘Kenyang konon, rupanya nak makan
nasi boyfriend bagi, melampau betul!’ gumam Ayman.
Setelah menjamah makanan
asrama, Aena mula membasuh pinggan,tiba-tiba
ditaruhnya berbesen-besen pinggan berhabuk dari almari mana tah oleh si Ayman.
“Tolong basuh pinggan ni” suruh Ayman. Aena yang kehairanan kerana tiada khabar
nak buat kenduri ke ap kena basuh sebegitu banyak.”Ada majlis pape ke,
enc..”belum sempat menghabiskan ayat, Ayman memotong,”jangan banyak bunyik
sangat, buat je”. “Baik” tunduk Aena.
Dalam hati Ayman, “huh,
padan muka. Tu hukuman pertama sebab suka abaikan aku sebelum ni dan menggatal
dengan lelaki lain tanpa izin aku.haha”
Setelah penat membasuh,
Aena berjumpa dengan ketua orang gaji di rumah itu yang Bernama Mak Cik Melati
Kasih. “cik Mel ada apa-apa ke hari ni nak kena basuh pinggan banyak?””mana ada
apa setahu makcik”. “Ayman suruh?” “Dia saja nak mengusik je tu, biar jelah.
Takyah fikir sangat.”
‘Haish mengusik yang
membazir tenaga aku je’ marah Aena dalam hati. “Baiklah klu cmtu Cik Mel, saya
nak mop lantai jap.”
Ketika Kembali ke dapur
terkejut mengalahkan beruk Ketika melihat lantai penuh dengan serbuk pencuci
baju. “Mana ada budak-budak dalam rumah ni, sapa pulak yang …” Ayman menuang
sebaldi air di tempat sabun itu. Rasa macam nak mengamuk pun ada Aena Ketika
itu yang baru plan nak sapu je serbuk-serbuk tu. Sekarang bila dah campur
dengan air makin bertambah pulak kerjanya. Kena mop berkali-kali supaya lantai
Jubin tu tak licin. Ayman dengan muka selamba kata, “Aku ada terbau something
kat dapur ni, bersyukur sikit aku dah tolong buh sabun dengan air. Ringan skit
kerja kau.” Aena dengan muka ingin marah ingin membalas namun segera dicantas
Ayman, “Aku tak bagitahu Datin pasal bau tu kira nasib baiklah, tapi kali ni
je, lain kali jangan harap. Pandai-pandailah kau nak menjawab. Apapun kau
bereskan sume ni, aku dah tolong half ko setelkan lagi half.”Kata Ayman sambil
berlalu pergi ke biliknya. Dalam bilik, tekekek-kekek dia ketawa.”Nak tengok
cmne permainan ko Aena Aleesa, hahah”.
Dalam diam Aena dah mula rasa geram macam nak pukul kepala Ayman
dengan kepala paip besi sebab sapa bagi idea camni atau sengaja nak tambah keje
dia. Padahal takde bau langsung yang Aena bau. Lantas Aena meninggalkan tempat
tersebut dan hendak mengadu kepada Cik Mel. Beberapa minit kemudia terdengar ‘Gedebuk’
bunyi Datin jatuh lalu mengaduh kesakitan. Sapa punya kerja nih tak bersihkan
dapur! Jerkah Datin. Aena mula cuak muka biru dan ketakutan. Dia yang
ditugaskan untuk menjaga kebersihan dapur.Cik Mel segera datang dan diikuti Aena.
Muka Aena macam nak menangis dan Ayman yang mengintai hanya tergelak kecil.
“Pandai sangat menjawab kan, tengok cmne kau nak bersuara depan mak aku.”
Setelah beberapa
peringatan diberi, Aena harus lebih bertanggungjawab terhadap Kawasan dia dan
cuba elakkan sebarang kejadian tak diingini berlaku.
Cik Mel yang mendengar
segala perjalanan cerita Aena hanya memberi Nasihat sedemikian dan menyuruh
supaya tidak menyalahkan tuan rumah meskipun tuan rumah yang jelas buat salah
kerana status mereka hanya orang gaji. Aena Cuma mengiyakan dan sedang
merancang bagaimana untuk membalas perbuatan itu dalam kepala.
Ketika Ayman keluar, Aena
cepat- cepat letak serbuk pencuci bawah pintu dan ditolak kedalam dengan
penyapu memandangkan pintu bilik teruna itu berkunci. Memastikan tiada siapa
melihat, dia menjirus air bawah pintu itu juga. Ketika ada orang gaji bahagian
ruang itu lalu, cepat-cepat Aena berpura mengelap lantai sambil tersengih
mengatakan dia terkotorkan bahagian itu. Lalu berlalu pergi dengan senyuman
sinis.
‘Gedebuk’ bunyi seseorang
jatuh di bilik atas. Aena segera ke tempat kejadian untuk melihat mangsanya.
Ternyata Datin sekali lagi terjatuh. ‘Ayoyo camne Datin pulak yang terkena lagi
nih.’
Ketika orang gaji bahagian
itu disoal, mereka menyatakan sudah membersihkan sebersihnya. Lalu meminta cctv
dipertonton sebagai bukti. ‘habislah aku camni’ gumam Aena.
-------------------------------------
Selepas beberapa bulan...
"Cik Mel, saya akan ikut cakap cik Mel, letihlah mcm
ni," keluh Aena.
Ayman sedang
duduk bersandar di atas kerusi beroda dengan kaki kiri diatas kaki kanan secara
melintang. Kelihatan seperti bos-bos. Aena berdiri sambil menundukkan kepala
seakan hamba tawanan. “Baiklah, saya menngalah
dan tidak mahu bermusuh dengan encik lagi.”
Sambil memandang
mata ke mata.
“Saya telah
tertawan dengan Encik Ayman!” laung Aena.
Ayman terkejut
dengan pernyataan itu meski itu termasuk dalam rancangan playboy nya namun
bukan secepat ini. Dia sekadar tersenyum.
‘Baru sedar agaknya
dia ni yang aku hensem n kaya, baik pulak tu bagi elaun untuk sapa yang date dengan
aku,’ “Ok baik, mulai hari ini, nak keluar mintak izin, faham walaupun balik kampung
!” “Baik encik Ayman eh silap sayang. Baik sayang” kata Aena lembut meskipun
dalam hati rasa macam nak termuntah.
Semua orang gaji
tahu yang bila mereka date, kena panggil sayang. Sebelum Aena dah banyak orang
gaji yang date dengan Aeman antaranya Milah Ainun, Bariyah Nasir dan banyak
lagi yang masih bekerja di sini dengan harapan dapat date lagi padahal lepas
seronok- seronok, orang gaji tersebut akan diputuskan dengan alas an sudah
tidak serasi.
Alasan Ayman
untuk date orang gaji sebab senang nak kawal dan merasa diri lebih terhormat.
Mungkin pernah trauma dengan kes kecurangan yang berleluasa jadi bila girlfriend
depan mata senang sikit dan kurang
curiga.
Aena memang tak
suka Ayman Cuma berlakon suka dan berharap suatu Ketika nanti selepas Ayman
bosan akan tinggalkan dan tidak akan mengacau kerja dia lagi.
Di meja makan di
restoran mewah itu, mereka berbual dengan gembira. Aena menceritakan serba
sedikit latar belakang hidupnya yang hidup sendiri di kampung semenjak ibu ayah
berpisah.
“Nah amik gold card
nih,” hulur Ayman kepada Aena. “Apa ni?!” “Untuk perbelanjaan kau dan keluarga,
dah jangan banyak tanya, guna je,”Aena mengambil dan tidak berhasrat untuk menggunakannya
kerana risau nanti Ayman mintak balik duit yang pernah digunakan.
Balik daripada
makan luar itu, Aena terus berjumpa Cik Mel menanyakan mengenai gold card. “Memang
setiap girlfriend dia bagi, tapi kad tu time putus dia minta balik, guna secara
berhemat je.” Aena mengangguk. Baru nak rasa terharu dan nak rasa sayang tapi
rupanya memang dia buat benda ni kat semua gf dia, mungkin untuk dapatkan
kesetiaan atau rasa sayang berlebihan,,hmm ntahlah.
Setelah sebulan,
Ayman melihat transaksi gold card yang pernah diberi kepada Aena. Dia berasa
agak terkejut kerana tiada sebarang transaksi yang dilakukan. ‘Apa agaknya
dalam minda Aena ni,’ bisik Ayman kepada diri sendiri.
Hari itu, ntah angin
apa Ayman membelikan bunga untuk Aena. Aena hanya
tersenyum sambil mengangguk berpura suka. Dalam hati memang sangat girang sebab
ini bunga pertama yang diterima daripada lelaki namun akal mewaraskan yang ini
hanya sementara. Selepas bosan mesti akan ditinggalkan. Ayman melihat Aena
seperti tidak gembira setulusnya dan dia sedar mungkin Aena hanya berpura-pura
suka. Tapi dia nekad nak bagi Aena betul jatuh cinta kepadanya sebelum memilih
meninggalkannya. Dia tahu itu tidak baik tapi hatinya geram kerana pernah
dicurangi oleh perempuan yang telah merampas segala hatinya hingga dia rasa
seperti mahu mati ketika diputuskan. Jadi perasaan itu ingin diberikan kepada kaum
perempuan juga yang pernah melukainya hatinya dengan parah. Dia telah pasakkan
dalam hati yang hatinya memang tak akan diberikan kepada satu makhluk bernama
perempuan pun di dunia ini. Semua yang dilakukan hanya permainan cinta. Cinta
tipu-tipu.
Ayman menelefon Aena
dan setiap kali itulah Aena akan selalu mengangkat tidak kira sesibuk mana pun.Sekiranya
di hadapan Datin, dia akan angkat kemudian letak dalam poket dan bercakap, “sori
ya Datin” supaya Ayman faham hint tersebut lalu mematikan talian sendiri. Aena
tahu kalau tak angkat mesti Ayman akan mengamuk sakan dan marah-marah, jadinya
kalau dia malas nak cakap pun, dia angkat dan senyap sambil buat bunyi bekerja
dengan alatan. Kemudian terpacul muka Ayman depan dia untuk tengok apa
pekerjaan dia. Haha.
“Oh makan yaa, ni
yang sibuk sangat sampai orang call suruh naik atas kejap pun tak nak dengar.” Aena
hanya tersengih sambil menyuakan sedikit ayam goreng itu. Tanpa disangka Ayman
mengangakan mulut dan mengunyah ayam itu.
Aena yang terkejut
lantas memantaskan setiap suapan sebelum ke sinki untuk basuh pinggan yang
dimakannya tadi. “Aik, satu suap je? Kedekut betul!”
Mereka sering
bertukar cerita, berjalan merata-rata dan keluar makan di pelbagai tempat.
Tanpa sedar sudah hampir 5 bulan mereka menjalin hubungan dan tiada tanda yang
Ayman mahu meninggalkannya atau bosan dengan hubungan ini. Dalam diam Aena mula
menyimpan rasa tapi segera dinafikan untuk tidak kecundang dalam permainan hati
ini.
Aena berfikir untuk
memberi sesuatu kepada Ayman kerana dia yang selalu menerima. Tetapi jelas dia
tidak mempunyai sebarang idea untuk itu. Kalau dia nak belanja makan mesti
Ayman menolak kerana katanya tidak gentleman perempuan belanja lelaki. Jadi dia
ingin bertanya secara santai. Lelaki itu tidak menjawab panggilan telefonnya,
dan dia rasa sangat geram. ‘Kalau orang tak angkat, tahu marah. Dia buat boleh
pulak.’
Ketika pertemuan di
taman selepas joging itu, ternyata Ayman memberi loket kepadanya. Loket indah
yang mempunyai sepasang hati berwarna emas. Loket yang sama dipunyai Ayman.
Kiranya couple set. Huhu.
Aena terharu dan
menganggap ini Cuma hadiah kecil untuk mengambil hatinya kerana Ayman tidak
mengangkat telefonnya beberapa kali dan tiada di rumah banyak hari dengan alasan meeting.
-------
Hari itu ada tetamu datang ke banglo itu dan berpakaian menarik. Ayman seperti biasa usik mengusik perempuan dan Aena seperti terdetik cemburu di hati. Adiknya Aedel tahu kisah berhubungan Ayman dan Aena ini dan menyatakan pendapat yang dia sangat tidak menyutujuinya. "Jika nak teruskan, bersiap sedia untuk dikecewakan macam ex2 dia yg lain." Aena membalas, "Yewww aq tahulah. aq syg dia pun tipu2 je spya dia xmenyusahkan keje aq je". Hati Aena tahu yg perkataan itu menyalahi rasa yg ada di dalam hati.
Suatu petang yang hening, angin bersepoi2 bahasa, Ayman tak semena-mena mengajak Aena pergi Swiss untuk melancong. Sebenarnya Ayman sudah agak selesa dengan Aena dan dia cuma teringin nak ke sana untuk meluncur ski. Entah bagaimana Ayman sudah menyediakan passport untuk Aena serta pakaian yang bersesuaian serta kelengkapan.
"Suprise !!" kata Ayman smbil menunjukkan passport serta tiket penerbangan ke arah muka Aena setelah Aena menyelesaikan kerja2 nya.
Aena mulanya ingatkan ini prank tetapi Ayman menunjukkan muka serius dan menyatakan siap2 mental utk naik flight ke Swiss esok. Pasal kerja takyah risau, dah kawtim dgn Datin. haha.
Aena mulai bingung dan berfikir adakah ini benar2 berlaku atau mimpi atau apakah. Otaknya seolah beku mencari makna tetapi dia malas nk fikir, follow the flow je lah. 'Seronok jugak dpt bercuti ni pastu kena pastikan bilik asing.'
"Bilik asing kan? Klu sekali saya xmau ikut" tegas Aena.
"Ye sy tahu, dah cpt tengok barang2 tu sume toiliteries brg perempuan ap yg ptut, cukup x sume tu utk seminggu. Sy da siapkan sume cuma awk kena double check takut sy tertinggal apa2."
Aena hanya mengangguk. Entah mimpi apa Ayman ni.
Aena yang mmg sedia terkejut sbb first time nk pergi bercuti pastu ke luar negara pastu esok pulak tu. tak sempat nk bincang dengan sesiapa. Dia rasa perlu tenangkan diri dan mengatakan dia perlu ke tandas waktu itu.
Ayman mengangguk dan menunggu Aena di bahagian dapur tempat bilik2 orang gaji.
Aena keluar daripada bilik mandi dan melihat suasana agak gelap di dapur. Dia melihat seperti ada kelibat di tangga sebelah tandas dan mulai merasa cuak.
"kau buat apa hah"
Aena yang melihat kelibat yang berdiri dalam keadaan separa gelap serta rambut mengurai di tangga mengurut dada terkejut. 'Nasib baik xde sakit jantung, Datin rupanya'.
Sebelum Aena sempat menghabiskan rasa terkejutnya dan ingin membalas baru keluar tandas, Datin menjerkahnya, "By hook or by crook aku tak nak kau pergi Norway dengan anak aku, paham?! Entah apa yang kau dah buat dengan anak aku tu sampai tersuka plak dia kt kau. Ingt sekalipun dia suka kmi mak ayah dia da ada calon terbaik sebagai isteri dia, PAHAM?!!!"
Aena hanya membalas, "Okay"
Dalam hati, ber english plak dgn aq mcm aq phm. Pastu Datin ni tahu dah anak dia nak g oversea marah aq bt ap, patutnya halang anak dia la beli tiket. aq pun xtau ap2. Tapi disebabkan malas nk pjgkan cite n Aena rasa penat kerja seharian dia cuma ckp ok n dlm kepala fikir nk tido je.mls nk serabut.
"Bagus klu kau paham. Aq xnk ada trick up your sleeve eah, klu ada siaplah."
Datin pun berlalu pergi setelah memberi kata dua dan menghidu kedatangan Aeman.
"Whateverlah malas nak pikir" desis Aena. 'Asalkan xkena buang kerja.'
Aena entah macam mana dalam menerawang memikirkan malas untuk memikirkan kejadian2 mengejutkan dalam babak hidupnya hari ni seperti drama, tersalah langkah lalu terjatuh di hadapan tandas.
Aeman yang memang menuggu Aena dari tadi datang ke tandas kerana merasakan Aena mengambil masa terlalu lama. Dia terkejut melihat Aena terlentang depan tandas.
Aeman cemas memeriksa nafas Aena sambil melintangkan jari telunjuk di bawah hidung Aena. Aena segera menepis. Dia sedar ketika terjatuh cuma malas nak bangun dan ingin merasai momen-momen terjatuh ini sambil memejam mata sebelum Aeman datang dengan riak wajak bimbang.
Aeman: awk ok x ni?
Aena: sy ok je cuma sy terjatuh waktu keluar tandas, belakang sy sakit
Aeman: sy dukung awk g bilik ye
Aena:awk jgn yg bkn2
Aeman: eh sy xde niat pun, cuma nk tlg
Aena: hmm yelah
Aeman sambil angkat Aena kebilik dan meletak Aena perlahan atas katil:
Awk rehatlah ya
Aena: Hmm.. esok cmne
Aeman: jgn fikirkan sgt...yg penting awk fokus utk sihatkan diri je skrg.
Aena: klu sy xpergi, mesti awk sedih kan?
Aeman: mmg sy harap sgt kita dpt pergi. sy da plan lama pastu ada event best kt sana yg xde waktu lain. klu pun awk xdpt pergi sy fhm meskipun hati sy nak sangat pergi dan kongsi momen best tu dgn awk.
Aena hanya mampu menunjukkan muka sedih. Aena: "maafkan sy. malang mmg tidak berbau." sambil hidungnya berpura-pura bau sesuatu.
Aeman tersengih kecil melihat kelakuan itu.
Aeman berlalu pergi ke biliknya setelah meletakkan ubat gamat serta teh suam yg dibancuhnya di atas meja kecil Aena.
Aena dalam hati, 'Prihatin jugak dia ni. apa yg aq dah buat smp dia lyn aq baik cmni?' Aena pegang kepala.Sakit sbb terlebih pikir. 'Lantakla betul ke tipu ke perangai dia tu. Bagus jugak aq sakit ni, tak yah pergi mcm yg Datin suruh.'
Esok hari pun tiba.
Aeman melihat Aena sekali lagi yang sedang terbaring di atas katil sebelum berangkat ke airport.
Aeman: "Awak masih sakit lagi ke?"
Aena yang sebenarnya dah elok sihat: "Maafkan sy Aeman...."
Mata Aeman memandang kebawah lantai menyembunyikan rasa sedih tangis teramat: "Saya rasa mcm xnk pergi, nak teman awak kat sini..."
Aena:"Saya xnk jadi penghalang kerjaya dan apa jua keinginan awak, teruskan apa yang awk mahu dan awk akn sllu dpt sokongan sy"
Aeman: "Terima kasih awk...knp sy rasa mcm ni kali terakhir kita akan berjumpa? Terus terang sy dah mula rasa syg dgn awk dan nak lbh serius dgn awk.."
Aena dalam hati,'Aq ni org gaji kau je, betul ke ayat2 dia ni atau dia nak aq jatuh hati betul2 kt dia sebelum dump aq?'
Aena:"Saya pun mulai ada rasa yg sama.."
Aeman daripada muka sedikit kelat mula tersenyum girang:"Betul ke apa awk ckp ni? Awk xmain2kan sy, kan?"
Aena,'Dia ni dah kenapa? Sejak bila percaya ckp ppuan? Bkn playboy sllu xcaye ckp ppuan ke?'
Aena:"Saya harap awk betul2 memaknakan perkataan awk kerana bila awk bg 10 sy bg 100."
Aena meniru dialog2 yg pernah dia dengar di dalam drama TV kerana dia takde idea nak balas apa. Klu diam rasa mcm pelik pulak.
Meskipun agak geli utk diucapkan dalam percintaan kepura-puraan ini. Tak sabar nak putus nak bebas mcm ex2 dia sebelum ni. 'Haish bilalah dia ni nk bosan dengan aq.'
Setelah berbual panjang, pemandu memanggil Aeman untuk segera ke lapangan terbang memandangkan ada urusan kerja di Swiss juga di sana yang harus diuruskan. Aeman seakan sangat berat untuk melepaskan Aena. Pesan akhirnya sebelum pergi, "Jaga kalung ni ya, tanda hubungan kita?" Aena mengangguk sekadarnya. Aena seakan tidak begitu faham dengan keadaan ini dan hanya melayan apa yang patut.
Setelah beberapa hari Aeman pergi, Datin bersemuka dengan Aena dan menyatakan bahawa dia dipecat daripada menjadi orang gaji dan diberikan pampasan 3 bulan gaji. Aena sungguh tidak faham dengan situasi ini.
Datin dengan nada menyakitkan hati, "Sebelum anak aku balik fell head over heels for you, better kau blah. Jangan pernah mimpi eah nk jadi Cinderella. oh dan sume barang2 yg dia pernah bagi, pulangkan balik."
Henfon, hadiah bantal comel2, baju, gold kad dan rantai emas itu semua diambil Datin. Barang Aena yang tinggal sama seperti ketika dia datang ke rumah agam itu kerana barang baru yang dibeli hasil duit gajinya juga dirampas kerana Datin menganggap tu sume pemberian anaknya.
Dato sempat menegur bahawa perbuatan ini sungguh tidak patut dan mampu memberikan kesan buruk kepada anak mereka kerana melibatkan soal hati. Namun tidak dipedulikan Datin.
Sebenarnya Aena rasa sayang kepada rantai itu bukan kerana nilai wangnya tetapi kerana itu hadiah pemberian Aeman dan dia sempat berpesan untk menjaganya sebelum pergi. Pesan itu sudah cukup menyatakan bahawa betapa pentingnya untuk menjaga kalung itu.Walaubagaimanapun, dia sedar itu bukan hakknya untuk menuntut lebih daripada Datin. Dia sempat berfikir untuk menelefon Aeman atau menghantar mesej mengenai hal ini namun belum sempat dia hendak melakukannya, Datin lebih pantas mencapai.
Dia hanya memilih untuk abaikan itu semua dan berharap Aeman mengetahui kebenarannya saat pulang suatu hari nanti dan memahami tindakannya yang tidak mampu melawan. Langsung tidak diketahuinya yang hari tersebut tidak akan tiba sampai bila-bila.
Dia juga bersyukur sekurangnya dia menerima duit pampasan meskipun segala barang baru telah diambil Datin. Sekurangnya dapat menampung hidupnya sebelum dapat menjumpai kerja baru.
Dengan beg buruk yang serupa ketika dia keluar daripada rumah papan itu untuk kerja, dengan beg dan isi yang sama juga dia pulang. Bezanya kali ini dengan wang lebihan untuk memenuhi keperluan hidup. Matanya bergenang..
Pada masa yang sama Aena diusir pergi, Ayman yang sedang berada di tempat meeting terlepas gelas dan serpihan kaca melukai kulitnya. Hatinya berasa sangat tidak sedap seolah ada perkara buruk telah terjadi kepada Aena.
Dia menghubungi Aena berkali-kali namun tiada jawapan.
Telefon, kalung dan segalanya tersimpan kemas dalam peti kayu yang diletakkan Datin di dalam stor. Tiada siapa dapat mendengar.
Entah kenapa Aeman mulai berfikir yang bukan-bukan dan dia takut berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Aena.
Tidak pernah Aena menolak panggilannya sepanjang mereka berhubungan tidak kira sesibuk mana pun dia.
Aeman kemudian tanpa menghiraukan perkara lain berkejar balik ke rumah. Dia membeli tiket flight on the spot untuk pulang ke rumah. Dia mahu melihat keadaan Aena dengan mata kepalanya sendiri. Ketika di rumah, jika lambat reply atau apa sahaja dia boleh bergegas turun tangga dan melihat keadaan Aena namun ketika dia jauh hatinya rasa tidak enak sehingga dia dapat melihat sendiri keadaan Aena depan mata.
Dia tiba di tanah air waktu malam dan hujan sangat lebat. Teksi sudah menunggu dan dia dengan muka terburu-buru pantas menyuruh teksi untuk memecut. Namun sayangnya kereta tersebut tidak dapat memecut kerana banyak kereta memandu perlahan dan berlakulah jem.
Aeman yang tidak sanggup menunggu jem serasa mahu keluar dari kereta dan berlari ke rumah.
Dia melihat motor yang berhenti di sebelah kanan kerana tersekat apabila ada kereta yang ingin menukar haluan. Aeman kemudia keluar dan memberikan kad banknya lalu menunggang motor itu memecut ke rumah.
Hatinya berkata yang di harus segera jika tidak dia mungkin akan kehilangan sesuatu yang tersayang dan mungkin tidak akan mendapatkannya kembali..
Dalam kesamaran hujan, ribut guruh petir kilat Aeman memecut dan tidak semena datang kereta keluar daripada simpang tidak memasang lampu lalu dilanggar Aeman. Aeman tercampak dan meninggal di tempat kejadian.
Malam itu cuaca sejuk, Aena berfikir,'Ah~ kenapalah aq tak terfikir nak tulis no tel Aeman dalam kertas, boleh msg dia dkt fon berbeza..'
'011- 5125 pastu apa eah, ingt no depan je... aduh byk kemungkinan utk nombo2 lain. tulislah kt kertas kemungkinan nombor2 ni, mana tahu dapat ilham..'
Aena mula menulis nombor2 rawak di atas kertas di meja dapur.
Menulis, berfikir, cross out banyak nombor. Aena memegang kepala menarik rambut dan menyatakan, kenapa banyak sangat kemungkinan nombor2 di dunia ni!!! harghhh
pastu kenapalah aq ni xkuat ingatan, klu kuat ingatan aq mesti selesai masalah ni dalam satu saat!
Aedel hanya melihat kakaknya yang seakan begitu teruk menyelesaikan masalah Matematik. Menggeleng kepala, dia pun menyatakan di suatu tempat berhampiran sini ada kerja kosong sbg tukang sampah, xperlukan pengetahuan matematik pun.
Aena melihat Aedel, "Matematik?"
----------------
Datin yang baru sahaja menerima panggilan telefon meraung kesedihan kerana kehilangan anak tersayang.
Dato yang mahu mewariskan syarikat kepada darah dagingnya juga turut kecewa dan menyatakan perlahan namun berbunyi seperti marah, "Sungguh mahal harga yang kamu mintak Datin, lihatlah cinta yang kamu halang ini dan nyawa yang menjadi korbannya."
Datin semakin kuat meraung di dan bergema di dalam rumah. Penyesalan yang tidak dapat diundur.
Beberapa bulan kemudian...
Datin mengambil anak angkat yang merupakan anak saudaranya yang miskin bernama Alif Fateha. Dia mempunyai kemiripan dengan Aeman serta hampir sebaya. Alif Fateha tinggal di bilik yang pernah menjadi bilik Ayman. Sebelum ini Alif menyewa di bilik kecil kerana keluarganya terlampau ramai, 15 orang adik beradik. Ibu bapanya masih bekerja sehingga sekarang sebagai penjual nasi lemak.
Datin mahu menebus kesalahannya dan bertekad untuk mencuba menjadi penjaga yang lebih baik serta tidak mahu terlampau bertegas soal hati lagi. Dia menganggap Alif adalah peluang keduanya.
Alif fateha melihat bilik.sgala kad2 bank yg dberi guna sebaiknya.berhemat dan xmmbazir. hampir setiap bulan belikan brg rmh utk family.
Suatu hari, Aena sapu sampah tepi bangunan seperti biasa. Alif yang kebetulan lalu kawasan tersebut nampak Aena.Dia rasa macam ada sesuatu dengan Aena. Ada hutang dengan dia ke? atau dia berhutang dgn aq?
Alif kata kita pernah jumpa ke. Muka macam
bese kenal. Aena kata xkenal. Dia serik nk knal dgn org kaya lgi tngok alif
pakai kete sport. Tu pun sbnrya kete hadiah datin dengan dato, ikutnya dia nak
naik bas sahaja kemana-mana.
Alif kata nak nombor boleh, ntah knp dia minx
padahal xbese nk minx kt perempuan. Aena tak nak bagi sbb takut kena game lagi.Sehingga hari
ini dia menunggu jika Ayman nak datang bela Nasib dia ke ap. Tetapi senyap
sunyi seolah dia tak pernah wujud dalam hidup lelaki itu.
‘Nampak mcm syg sgt kat aq dah dan aq pun mcm
dah mula nk syg kt dia, tetapi aq ni ibarat kertas pakai buang je. Mungkin skrg
dia tgh happy dgn org lain.’
‘Mulai hari ini aku bertekad nak lupakan dia
langsung dan tak nak tunggu dia lagi. Buktikan yang boleh langsungkan hidup
dengan gembira tanpa dia. Dasar lelaki Nasib baik aku tak sayang sangat-sangat
lagi.’
Pada hari yang dia berfikir sedemikianlah dia
terjumpa dengan Alif ini.
‘Mungkin tuhan nak tengok aku akan terjatuh
lopak yang sama ke x, kesalahan lama tak mahu ku ulang lagi.’
Alif yang melihat Aena seakan termenung
Panjang, berkata, “Jangan risau, saya bukan orang jahat, Cuma nak berkenalan.
Kalau awak ragu tak mengapa esok saya datang lagi.” “Btw nama saya Alif Fateha
tau, saya bukan perempuan,” ujarnya lagi sambil berseloroh.
Keesokan harinya Alif harus datang ke tempat
kerja Dato untuk membantu serba sedikit hal ehwal perniagaan serta menyambung
pekerjaan arwah anaknya dahulu. Ada beberapa projek dibawah seliaannya yang
harus diteruskan. Alif mempunyai latar belakang pelajaran dan pengalaman yang
lebih kurang sama.
Aena merasa sangat risau jika benar Alif
benar-benar datang seperti yang dikatakan. Jika tidak datang tak mengapa, kalau
datang aduhai nak menyorok mana. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk amik MC dengan alasan pening kepala. Yelah pening fikir nak buat apa klu
tersua muka.
--------------
“Alamak mesti dia tertunggu- tunggu aku tak
datang semalam dengan hari ini. Bukan niat nak menipu keje bertimbun pula kena
disiapkan segera,” keluh Alif. Dia berhasrat untuk mendapatkan sesuatu daripada
stor rumahnya dan akan menjenguknya semula keesokan hari.
‘Apa aku nak bagi ni,’Alif menyelongkar bilik
stor itu. Dia memang suka nak bagi barang daripada bertangan kosong tambahan
pula dia tidak mengotakan kata-katanya jadi harus ada barang pujukan sedikit
meskipun pensil kecil atau apa-apa barang yang masih elok. Dia membuka kotak
kayu bersaiz kecil itu dan melihat ada telefon yang masih elok, kalung bentuk
love dan beberapa barang lain. Dia lalu memilih untuk memberi kalung itu. Datin
memang ada memberitahu segala barang dalam stor tu memang dah tak guna, tunggu
masa untuk dibuang saja. ‘Elok lagi ni daripada terbuang,’gumam Alif.
---------------------
“Semalam dengan kelmarin aku MC, harap- harap dia tak datang lagi.” Aena menyanyi-nyanyi kecil sambil menyapu sampah.
Alif memarkir kereta di tempat
parking yang disediakan di hadapan bangunan dan kebetulan melihat Aena sedang
menyapu. ‘Mungkin dia masih menunggu aku tuh, hehe’. Aena pula leka menyanyi
kecil dan dia memang ditugaskan membersih bahagian hadapan bangunan ground
floor.
Aena berjoget riang setelah melihat tiada
orang sekeliling tanpa sedar Alif datang dari belakang untuk memberi kejutan.
“Ha!”
“Opocot!” lalu kepala Alif dipukul dengan
batang penyapu kerana terlalu terperanjat.
“Eh , errr Encik Alif buat apa kat sini?”
tergugup gagap Aena menutur kata. ‘Tak sempat nak menyorok pulak dah’.
“Saya tahu awk tunggu saya depan bangunan tu
yg awak sapu kt sini hari-hari kan. Sorilah saya tak dapat datang semalam
dengan kelmarin ada hal yang tak dapat dielakkan, awak maafkan saya ya?”
Aena terdiam lalu berkata dalam hati, alamak
dia tak datang ke hari itu? Membazir je aku amik MC dahlah kerja sini MC bagi 3
hari je tinggal sehari je lagi aku boleh ambil. Pasni unpaid leave. Punyalah
berjimat cuti sekali terbazir jugak akhirnya. Ish geram betul.
Aena mencebirkan muka kerana geram cutinya
tinggal sedikit dan Alif menganggap yang Aena marah gara-gara perbuatannya
tidak datang seperti yang dijanjikan dan takut dilabel sebagai lelaki yang suka
menipu perempuan. “Saya sebenarnya pun tak sangka hari itu kena ada kerja
sampai lewat malam. Sebagai tanda maaf saya hadiahkan awak loket ni cantik
tak?”
Aena terkejut melihat kalung dengan ukiran unik itu. Itu hanya
satu sahaja dan tiada ukiran lain yang sama lagi dihasilkan menurut Ayman suatu
Ketika dahulu. Aena bingung antara dua sama ada itu kalung yang sama atau
tiruan yang banyak dijual di pasaran.
Alif melihat Aena seakan terpegun melihat kalung itu, lalu
merasa gembira kerana Aena seakan senang dengan hadiah itu.
“Awak ambil lah loket ni, sesuai untuk awak” hulur Alif. Aena
mengambilnya dan setelah pelbagai persoalan bermain dalam fikiran dia pun
bertanya, “Awak tinggal dalam banglo di Bukit Assam tu ke?” Alif terkejut. “Eh
macam mana awak tahu? Stalk saya ye…..”
“Bukan…bukan..”
bersambung...
No comments:
Post a Comment