Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Sunday, 8 April 2018

Sinopsis The Breadwinner (2017)


Mengisahkan seorang puteri yang lahir di zaman di mana masyarakat memandang rendah kepada perempuan dan amat sukar untuk hidup sekalipun membeli barang dapur atau mengambil air di perigi jika tiada lelaki. Dalam keluarga yang hanya ada ayahnya sahaja sebagai tunggak keluarga, itu satu keperitan apabila ayahnya ditangkap dan dimasukkan ke penjara atas kesalahan yang kurang jelas. Kehidupan bagi mereka 4 beranak itu sangat sukar dan beban itu tertanggung di bahu seorang anak gadis muda yang masih kecil dan juga usahanya untuk membebaskan ayahnya.


Di kesudahan episod, bakal ada peperangan terjadi, dan tempat mereka menjadi kelam kabut. Di kesempatan itu, Parvana yang merupakan  watak utama berjaya menyelamatkan ayahnya dari penjara itu serta ingin menemui ibunya.


Sinopsis cerita Suddenly Twenty (2016) Thailand

Cerita berunsurkan kekeluargaan serta percintaan.

Mengisahkan seorang nenek tua bernama Parn yang amat menyukai nyanyian. Sayangnya hajatnya tidak kesampaian ketika dia muda sehinggalah dia menjadi tua. Dia bekerja di kedai minum, selalu pelupa, bergaduh dan main cakap lepas saja orangnya. Dia amat berbangga dengan anak lelaki tunggalnya yang merupakan seorang pembantu professor di sebuah universiti.

Disebabkan cakap lepas Nenek Parn itu menyebabkan menantunya sering terasa hati dan terpaksa bersabar, namun suaminya sering menyuruh dia bersabar kerana begitulah sikap orang tua. Kebiasaanya, nenek Parn akan mengelap kasut hitam anaknya, Phong supaya terlihat kemas dan bersih selalu.
Kisahnya bermula apabila Nenek Parn ingin dihantar ke rumah penjagaan orang tua apabila isterinya masuk hospital dan dikatakan berpunca dari neneknya yang suka cakap lepas. Nenek Parn apabila mendengar perbincangan sebegitu merasa amat sedih dan buat- buat tidak tahu sahaja. Dia termenung di stesen bas dan tiba- tiba terlihat kedai gambar dan mahu mengambil gambar terbaik untuk majlis pengebumiannya nanti. Namun kemudia dia mendapati wajahnya berubah 50 tahun lebih muda. Ketika dia menyedari dan ingin ke kedai itu semula ternyata kedai itu tidak wujud. Dia terpaksa menerima keadaanya seperti itu dan berubah seperti orang muda.
 Pada masa yang sama seorang lelaki sedang mencari penyanyi yang benar- benar pandai menyanyi seperti penyanyi konservatif yang boleh menyanyi dengan perasaan dan dia terdengar Cik Parn menyanyi di rumah orang tua. Dia berasa amat tertarik. Sayangnya saat Cik Parn melihat cucu lelakinya bernama Boom turut ada di sana dia terus berlari menyorokkan muka dan tidak sempat dikejar lelaki yang ingin mengambilnya sebagai penyanyi itu.
Cik Parn kemudian dicari Boom untuk ditawarkan menjadi penyanyi utama kugiran mereka dan akhirnya mereka terkenal kerana kesedapan suara serta rentak yang menarik. Mereka menyertai ujibakat dan diterima serta harus membuat persembahan di Young Blood yang merupakan sebuah rancangan televisyen yang terkenal.

Pada masa yang sama, rahsia itu diketahui oleh Chian yang merupakan peminat Cik Parn sejak kecil apabila Chian mengesyaki Cik Parn yang menyewa bilik di rumahnya ada kaitan dengan kehilangan nenek Parn dan mula menyelongkar bilik sewa itu. Setelah mendapati benar banyak barang nenek Parn di rumah itu, Chian inginkan penjelasan namun akhirnya dia sedar sendiri yang senyuman Cik Parn sama seperti nenek Parn ketika muda2 dahulu. Sejak itu, mereka berdua mula rapat. Akibat terlalu rapat serta dipengaruhi fikiran oleh Lumyai, kawan Chian, anak Chian memutuskan untuk menghalau Cik Parn dari rumah itu kerana tidak mahu dia mempunyai hubungan sulit dengan ayahnya.  Dia tanpa ada pilihan memutuskan untuk tinggal di rumah penerbit muzik itu untuk sementara waktu.
Keesokan harinya, setelah dikomen tentang lagu nyanyian ciptaan Boom yang kedengaran tidak bagus, penerbit muzik itu mengatakan lagu itu harus ditukar serta kugiran ini tidak ada apa2 maknanya tanpa Cik Parn. Boom yang terasa hati keluar dan dikejar Cik Parn namun Boom tawar hati kerana mengira mereka berdua sudah tidur bersama padahal tidak ada apa yang berlaku. 
Kemuncaknya apabila kugiran mereka akan menyertai konsert besar dan sebelumnya Cik Parn dilamar Nut, penerbit muzik dan Cik Parn berjanji akan memberikan jawapan selepas konsert. 
Namun, ketika menunggu Boom mendapatkan gitarnya, dia terlibat dalam kemalangan dan kehilangan banyak darah. Namun konsert yang mulanya hendak dibatalkan, diteruskan juga atas permintaan Cik Parn kerana itu lagu tulisan Boom. Dia mengatakan yang ketika di wad nanti dia harus diberitahu betapa penonton amat menyukai lagu itu. Nut menggantikan Boom bermain gitar ketika persembahan itu.


Ketika di hospital, Cik Parn menawarkan dirinya untuk menderma darah kerana dia satu satunya yang mempunyai darah yang sama dengan Boom. 
Meskipun tahu kesan dari memberi darah itu, dia akan menjadi tua, dia tetap ingin memberinya..

Anaknya Phong sudah mengetahui kebenaran tentang ibunya, nenek Parn adalah Cik Parn ketika meneliti foto lama ibunya. Ketika ibunya ingin bertindak menyelamatkan anaknnya, Boom dengan menderma darahnya, Phong mengatakan dia sebagai bapanya pasti akan mengusahakan sesuatu untuk anaknya dan ibunya bolehlah meneruskan kehidupan ibunya yang seperti ini, menjadi penyanyi pujaan ramai dan lain-lain ketika usia muda ibunya tidak dapat melakukannya kerana sibuk menjaganya yang kecil seorang diri. Namun jawab ibunya,



....