Labels

Cerpen (18) html (16) movie (10) modul (7) SAP Security (2) c++ (2) Business (1)

Tuesday, 27 March 2018

Idea untuk Jutawan Bisnes

Salam sejahtera kepada bakal pengubah dunia bisnes sekalian. 

Jika seorang peniaga atau usahawan menjual satu barang yang tidak dijual di mana2 lagi, keuntungan yang diperolehi bakal menjadi berlipat ganda. Contohnya pembuat tisu, kertas, atau apa2 yang lain mungkin nampak kecil tapi semua orang guna dan tiada siapa jual lagi sebelumnya. Lebih baik lagi jika kita menjual sumber itu akan menyebabkan keuntungan yang lebih berlipat ganda kerana pembeli yang terdiri daripada organisasi akan membeli dengan banyak. Contohnya kilang simen, penjual batu bata, pembekal biji benih, kelapa sawit, kekabus, arang batu dan lain2.

Di sini saya lampirkan potensi bisnes di Malaysia yang boleh dikembangkan berdasarkan pengetahuan saya.

1. Bisnes araang batu.

Apakah arang batu? Ia  adalah sejenis pepejal hitam, yang digunakan sebagai bahan bakar dengan meluas. Ia terbentuk dalam ekosistem melalui pengawetan tumbuhan oleh air dan lumpur daripada pengoksidaan atau penguraian secara semula jadi. Pepejal ini, yang merupakan batuan yang keras dan mudah terbakar (justeru namanya, arang batu), mengandungi karbon dan hidrogen (serta sebatian hidrokarbon), selain sebatian dan unsur-unsur lain, terutamanya sulfur. Ia digali dari bumi melalui lombong arang batu, samada di bawah tanah atau secara terbuka di permukaan bumi.
Sehingga ke hari ini, arang batu menjadi sumber utama bagi penjanaan tenaga elektrik di seluruh dunia. Pembakaran arang batu turut membebaskan karbon dioksida dan juga jelaga-jelaga ke udara, sekaligus kegiatan ini dianggap sebagai penyumbang utama terhadap pembebasan gas rumah hijau, selain pencemaran udara. (source wikipedia)

Sy bold dan linekan menunjukkan di mana hasil batu arang melalui air dan lumpur.Malaysia mempunyai banyak tempat seperti itu, dan hanya masa menentukan sapa yang menemukanya. 

100 peratus arang batu yang digunakan dlm TNB adalah diimport!
Image result for batu arang untuk menjana elektrik
(Source : http://www.utusan.com.my/mobile/bisnes/ekonomi/kos-arang-batu-rm6-1b-1.467719 )

Dianggarkan 15 bilion lebih digunakan untuk membeli arang batu yang diimport dengan 22.2 juta tan pada 2015
Nampak tak,,banyak tu klu orang Malaysia dapat duit tu klu jual arang batu kt TNB.. Tak payah nakbayar mahal2 kat negara luar setiap tahun.

Menurut saya(xde kajian pun), potensi tempat yang mungkin ada adalah Lumut, Manjung, Batu Gajah, situ ada tasik biru kot..aduii rasa mcm nk sruh geologist menjelajah je kt situ tngok ada batu arang ke xx,,huhu..okla sekian entri sy kali ni.Nantisy tambah klu ada potensi bisnes lagi

Oh ye untuk perempuan, ada sorang coach ni dia ckp,,boleh x korg tlg ciptakan tudung yang terus pakai.Maksudnya mcm baling ke atas dongak kepala terus elok terletak kt muka,,hahaa,dia nak beli klu ada sbb isteri dia bersiap lama sgt.Takpun tudung yang cantik bila pakai terus muka mcm Neelofa ke apa,,hahahaa..klu korg fikirkan sesuatu dan dpt buat cmtu,laku keras kott. hahaa

(ps// kdg2 idea merepek ni bole jdi bisnes maju jgak, mcm grab tu dlu org xpndg pun anggp merepek skrg dah jd gergasi haaa amik kau)






















**Tulisan ini adalah sekadar pendapat penulis sahaja.