Aku seketul daging.
Diberi nyawa aku bergerak.
Diberi lidah aku bicara.
Diberi nafsu aku mahu.
Dengan pancaindera aku mengguna.
Aku tertarik pada yang cantik.
Keinginan ramai lalu menjadi inginku.
Sungguh hati mudah pesona.
Pada segala yang nampak dunia.
Di bucu katil aku memikir.
Memikir alam serta kejadian.
Diriku ini apakah pengakhiran
Apakah terseksa atau bahagia
Terkadang rasa tiada guna,
Hari berlalu menambah dosa,
Segala ciptaan tiada yang sia-sia,
hatta debu ada gunanya.